Rabu, Mei 23, 2012

Khidmat Persiapan Ijtima' II

Alhamdulillah, tatkala Ijtima' zon KL sedang berlangsung di Seri Petaling dengan jayanya, tatkala bayan alim ulama berkumandang di corong-corong Radio Islam Nusantara, tatkala sebahagian rakan seusaha telah berbondong-bondong keluar di Jalan Allah menjalankan misi mentablighkan ajaran Islam di serata tempat, kami di Sabah masih rancak membuat persiapan untuk Ijtima' Sabah Zon Timur di Masjid Nur Imam Kg Sepagaya Lahad Datu.

Laporan khidmat jemaah dari Semporna minggu lalu boleh baca di sini

Untuk minggu kedua berturut-turut rakan seusaha dari Semporna telah ramai-ramai turun padang pada hujung minggu membantu apa yang terdaya bagi persiapan Ijtima Lahad Datu. Kini perjalanan sejauh 159km dari daerah Semporna ke Lahad Datu bagai sudah tidak terasa jauhnya. Allah kurniakan kemanisan dalam kepenatan berkhidmat. Semoga titisan peluh dan keringat yang jatuh di bumi Lahad Datu ini Allah jadikan ia sebagai sebab untuk Allah hujankan bumi ini dengan hidayat.

Gelanggang futsal yang didirikan minggu lalu kini telah siap sepenuhnya dipasang kanvas dan dijadikan tempat istirehat para khudama' serta turut digunakan sebagai tempat makan.

 Imbas: Ini gelanggang futsal yang dibina minggu lalu.

 Rakan rakan seusaha yang datang khidmat pada minggu lalu sekitar 30 orang tetapi minggu ini mereka yang datang khitmat dari markaz Tawau dan Sandakan telah mencecah seramai 70 orang, ruang masjid tidak lagi mampu menampung jumlah seramai itu, maka setelah dimesyuaratkan, gelanggang futsal sebalah masjid ini digunakan sebagai tempat rehat orang khidmat.

Dari Semporna, yang datang khidmat adalah seramai 22 orang, sebahagian dimesyuaratkan untuk membina khemah, dan sebahagian lagi dimesyuratkan untuk mendirikan pentas untuk bayan di satu tanah lapang berhadapan dengan masjid. Kekuatan iman yang luar biasa sekali lagi Allah tunjukkan, bermula dari awal pagi, bersambung selepas solat jamak zohor dan asar berkhidmat di bawah terik mentari yang panas hingga menjelang magrib, bersambung lagi selepas solat jamak magrib dan isyak sehingga malam berterusan berkhidmat selagi terdaya.

 Kayu yang digunakan untuk membuat stage utama.

Kerja mendirikan stage bersambung selepas magrib (kami dah jamak magrib+isyak) Satu sportlingt digunakan bagi menerangi kegelapan malam. Sambil mendengar bayan yang disampaikan oleh Cikgu Edinin Lahad Datu dari corong pembesar suara.

 Ini hasil setakat malam. telah nampak rangka-rangkanya.

 Kerja-kerja khidmat bersambung di sebelah pagi selepas sarapan.

Ramai rakan seusaha yang mahir bertukang dari Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Paris, Silabukan yang datang kali ini. Champion bab-bab memanjat dorang ni. Kelihatan juga tidak jauh di seberang sana kelihatan sekumpulan rakan seusaha sedang mendirikan rangka khemah daripada buluh atau lebih sinonim dipanggil oleh masyarakat Sabah sebagai 'bambu'.

Syura Tawau, Cikgu Zainal turut sama turun padang pada pagi Ahad meninjau kawasan serta memberi kata-kata semangat kepada para khudama yang berkhidmat.

 Selepas zohor pada hari Ahad, kerja mendirikan stage disambung hingga ke petang.

Niat di hati nak pulang selepas asar, namun melihat tinggal sedikit lagi kerja yang perlu disudahkan iaitu memasang 'bulung-bulung' (rangka atap) dan atap, kami bermesyuarat untuk pulang selepas magrib. 'Alang-alang' bilang orang sabah. Namun kerja-kerja menaipkan atap masih juga tidak berjaya kami siapkan sebelum magrib. Tukang-tukang dari Semporna pun menurunkan segala wasiat kepada tukang-tukang dari Lahad Datu untuk menyambung. Pada pengamatan saya ketika entri ini ditulis, kemungkinan besar stage bayan ini mungkin telah siap sepenuhnya insyaAllah. Selepas magrib dua buah Avanza dan sebuah Sorento pun bergerak pulang ke Semporna membawa 18 orang khudama'. Selebihnya tinggal untuk terus berkhidmat. Kami azam untuk datang lagi insyaAllah.

Kehendak hati sememangnya ingan sentiasa berdampingan dengan anak isteri, tetapi Allah dan rasul inginkan agar kita sesekali-sekala tinggalkan anak dan isteri untuk agama, untuk hidayat di seluruh alam. Teringat sebuah syair tentang kecintaan para sahabat r.hum kepada Rasulullah s.a.w: 'Kami sangat cintakan kekasih, akan tetapi kehendak kekasih memaksa kami untuk meninggalkan kekasih'.

 Kak Long yang dah biasa kena tinggal.

Sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa di hujung pelusuk Sabah ini. Semoga Allah terima kita semua untuk jadi penyampai dan penyebar agama. Semua kaum lelaki untuk hadir ke ijtima' kawasan tuan-tuan yang berdekatan pada tarikh-tarikh dan tempat yang berikut. Banyak manfaatnya insyaAllah.

19-21 Mei - Selangor & Wil.Persekutuan di Masjid Jamek BB Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22-24 Mei - Perak di Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25-27 Mei - Penang-Penanti Bukit Mertajam. Masjid Daerah Balik Pulau.
28-30 Mei - Perlis & Kedah di Masjid An Nur Pokok Sena, Kedah.
31 Mei-02 Jun - Kelantan di Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03-05 Jun - Terengganu di Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06-08 Jun - Pahang. Masjid Mat Kilau Jalan Gambang, Kuantan.
09-11 Jun - Melaka & Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12-14 Jun - Johor & Singapura di Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15-17 Jun - Sarawak (Kuching-Sibu) di Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18-20 Jun - Sarawak (Bintulu-Miri) & Brunei di Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21-23 Jun - Sabah Pantai Barat di Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24-26 Jun - Sabah Pantai Timur di Masjid Batu 6, Sapagaya, Lahad Datu.

Jemput datang ye. Ajak kengkawan yang lain juga. Semoga Allah terima kita semua insyaAllah.

Muhammad Ishak Zaini
23 Mei 2012
2 Rejab 1433H

Isnin, Mei 14, 2012

Persiapan Ijtima' Sabah Timur di Lahad Datu

InsyaAllah Ijtima' Sabah Timur akan diadakan pada 24, 25, 26 Jun 2012 bertempat di Kg Sepagaya, Lahad Datu. Jadi semua kaum lelaki yang bermastautin dan bermukim di daerah-daerah seperti Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan kawasan yang termasuk dalam kategori Sabah Timur dijemput hadir ke perhimpunan orang-orang Islam yang julung-julung kali diadakan ini.

Khidmat untuk agama Allah.

Banyak manfaatnya kita datang mendengar nasihat dan pesanan ikhlas akan disampaikan oleh masyaikh usaha dakwah dan tabligh ini. Kata-kata yang terbit dari mulut mereka dengan izin Allah mampu menyuburkan hati yang mati.

Jalan masuk ke Kg Sepagaya dari jalan besar

Dari simpang jalan besar, terus kira-kira 200meter sehingga jumpa masjid. Rasanya masa ijtimak nanti akan penuh kereta parking di kiri kanan jalan ini, boleh perasan dari jalan besar insyaAllah.

Ini pemandangan masjid Sepagaya pada waktu malam. Jam 11 malam saya tengok hampir semua telah tidur keletihan berkhidmat sepanjang hari. Bangun keesokkan pagi kagum saya tengok dalam kepenatan pun ramai yang bangun Tahjud. Allahu.

 Seusai solat Subuh, sama-sama membaca Yassin. Disamping khidmat amalan-amalan dalam masjid juga dibuat untuk menghidupkan ruh ijtimak seperti ta'lim dan jaulah.

Selesai membaca Yassin diadakan mesyarat. Laporan kerja semalam diambil, seterusnya dimesuaratkan apa kerja yang hendak dibuat hari ini, kemudian diagih-agihkan kerja. Kebanyakkan yang datang adalah dari Lahad Datu, Tawau, Semporna, Kalabakan, Paris, Silam dan lain-lain.

 Orang-orang kuat khidmat. MasyaAllah. Rakan-rakan seusaha dari Semporna yang hadir sekitar belasan orang telah ditugaskan untuk buat rangka khemah di gelanggang futsal. Lain-lain rakan seusaha dibahagikan kepada beberapa kumpulan, ada bahagian paip, khemah, mencangkul, tandas, memasak dan sebagainya. Selepas mesyuarat ada sarapan disediakan seadanya.

Pemandangan dari dalam masjid. Antara deretan kenderaan yang hadir. Kenderaan yang digunakan untuk agama Allah, insyaAllah di akhirat nanti Allah malu nak hisab.

Selepas sarapan sekira-kira selepas masuk isyrak, para khudama' terus mula bekerja.


Jalur Gemilang berkibar megah di medan Ijtima' Lahad Datu.

Gelanggang futsal sebelah masjid yang turut sama digunakan untuk tujuan ijtimak. Imam, ketua kampung, orang-orang kampung, serta kanak-kanak turut datang membantu apa yang perlu. Sporting-sporting mereka semua.

 Jentera yang digunakan untuk pelbagai tujuan sepanjang ijtimak.

Kerja meratakan tapak baru sekitar 80% siap setakat ini. Ini baru tapak, belum binaan-binaan di atasnya lagi. Bermakna banyak lagi tenaga khidmat diperlukan.


Rakan-rakan seusaha dari Semporna datang sejauh 159km ke lahad Datu untuk khidmat. Tugasnya untuk beberapa hari ini ialah membuat rangka khemah di gelanggang futsal ini. Kasi panas enjin. Rashid Bhai antara orang Lahad Datu yang full time khidmat.

Kerja mengukur dan memotong di awal pagi.

Cuaca sebelah pagi hingga tengahari agak panas. Topi limited edition. Ada yang bergilir-gilir menggunakan topi. Allahu. Semoga Allah terima. 

Ukur, potong, dan naikkan buluh kemudian baru diikat.

Sabil-sambil tu lepaskan gian menyepak bola.

Antara pemandangan di sekitar tapak ijtima'. Bawah pokok-pokok besar itu ialah sungai.

Siap ada titi gantung. Setengah jam sebelum zohor semua berhenti bekerja dan mandi serta membuat persiapan untuk Zohor. Mereka yang datang dari jauh seperti Semporna dan Tawau melakukan solat Jamak dan Qasar. Kemudian makan tengah hari.

Selepas makan tengah hari, cuaca agak redup, maka rakan-rakan seusaha dari Semporna terus menyambung khidmat sehingga hampir Magrib.Kami dah Jamak Solat Asar masa Zohor, jadi boleh sambung khidmat.

Kira-kira jam 4 lebih kerja terpaksa dihentikan seketika kira-kira setengah jam untuk memberi laluan kepada hujan untuk menyejukkan keadaan.

 
Kerja bersambung selepas hujan reda. 

 
 Kira-kira setengah jam sebelum magrib. berhenti bekerja untuk solat magrib dahulu. Maghrib sampai Isyak kami rehat.


Tinjau kawasan lain. Khidmat bahagian tandas bawah diambil oleh rakan seusaha dari Tawau, diketuai oleh Ustaz Hafi. Sepanjang Jumaat, Sabtu, dan Ahad ada lebih kurang 5-6 orang Ustaz yang sama-sama khidmat. Allahu Akbar.


 
Selepas isyak kita makan berjemaah dulu. Ringkas tapi  Allah bagi sedap. 

Selepas makan malam, kerja khidmat membuat rangka khemah bersambung. Saya kagum tengok semangat anak-anak muda ini khidmat, sehingga dicemburui oleh rakan-rakan seusaha yang lain. Kekuatan iman apakah yang Allah kurniakan kepada mereka ini. Allahu..


 
Khidmat untuk agama Allah, walaupun penat dan tanpa gaji tapi Allah beri satu kepuasan perasaan yang tak dapat digambarkan.

Keesokkan harinya, selepas bacaan yassin dan mesyuarat saya melawat tapak atas ijtimak. Kelihatan telah nampak rangka-rangkanya. Ini hasil tangan orang Lahad Datu.

 
Sesiapa yang rasa dia 'karkun' markaz Tawau dan markaz Sandakan, saya menyampaikan hasrat syura di sini, datanglah ke sini, sama-sama khidmat semampu yang boleh. Datang seberapa hari yang sedia, bawa alat pertukangan seadanya seperti cangkul, parang, sarung tangan, topi dan lain-lain. Ini ijtimak kita bersama, ijtimak ini adalah ujian buat kita. Ujian 'diri' dan 'harta'. Datanglah ke sini. Tenaga khidmat masih kurang. Masa kami datang Jumaat, Sabtu, dan Ahad ada 30-40 orang karkun yang datang khidmat. Ini pun masih kurang tenaga kerja. Dalam mesyuarat pagi sedih bila dengar laporan mengatakan ada ketikanya hanya tinggal 8orang sahaja yang khidmat. Sekali lagi wahai karkun-karkun Tawau dan Sandakan sekalian, datanglah ke Lahad Datu untuk khidmat.

Tandas yang masih dalam pembinaan.

 Tapak utama terletak di atas bukit sebelah masjid.

Padang yang luas ini masih kekurangan tenaga kerja. Antara Fadhilat Khidmat: Orang yang banyak khidmat, insyaAllah Allah akan kurniakan dia akhlak yang baik.

Sebelum kami bertolak pulang pada petang Ahad kelihatan tandas pun dah nampak rangkanya. Alhamdulillah. InsyaAllah hujung minggu akan datang kami azam nak datang sini lagi tolong apa yang patut.

Sekadar ini perkongsian untuk kali ini. Semoga pembaca blog ini yang tinggal berdekatan boleh hadir untuk khidmat. Datanglah, tinggal sebulan lebih lagi untuk kita sama-sama megembeleng tenaga khidmat untuk agama Allah. Peluang untuk tuan-tuan semua menjana pahala dan ganjaran yang besar. Ini adalah kerana yang datang ijtimak ini adalah para Ahlullah, para masyaikh, maulana, ustaz-ustaz, para da'e, para hafiz, para zakirin, para khudama'. Banyak amalan yang akan hidup sepanjang berlangsungnya ijtimak dan selepas ijtimak nanti insyaAllah. Solat berjemaah, solat-solat sunat, mesyuarat, dakwah, ta'lim, dan lain-lain bahkan selepas ijtima akan ada banyak jemaah yang akan dikeluarkan ke negara jauh mahupun dalam negeri. Yang untungnya pahala semua amalan yang disebutkan di atas akan sama dimasukkan ke dalam saham orang yang khidmat. Allahu Akbar, Allah maha kaya.


Setidak-tidaknya tuan-tuan turunlah padang mengajak kawan-kawan, saudara mara, orang kampung mahupun kenalan tuan-tuan, sediakan mereka untuk datang ke Kg Sepagaya Lahad Datu pada 24, 25, dan 26 Jun nanti. 


Bagi kaum ibu pula, jangan lupa doakan semoga Allah jayakan ijtimak ini setiap kali selepas solat. Kalau mampu, bacakan Yassin setiap hari khas untuk ijtimak dari rumah. Lagi tinggi jika ibu-ibu dapat berpuasa. Jangan lupa pujuk suami ibu-ibu untuk datang membantu apa yang patut. Semoga Allah kasihani kita semua, semoga Allah jayakan ijtimak ini.

Bagi yang tinggal jauh, anda dijemput hadir ke ijtima yang berhampiran anda sepanjang bulan Mei dan Jun 2012, terdapat 13 tempat ijtimak di seluruh Malaysia iaitu:

19-21 Mei - Selangor & Wil.Persekutuan di Masjid Jamek BB Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22-24 Mei - Perak di Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25-27 Mei - Penang-Penanti Bukit Mertajam. Masjid Daerah Balik Pulau.
28-30 Mei - Perlis & Kedah di Masjid An Nur Pokok Sena, Kedah.
31 Mei-02 Jun - Kelantan di Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03-05 Jun - Terengganu di Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06-08 Jun - Pahang. Kuantan.
09-11 Jun - Melaka & Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12-14 Jun - Johor & Singapura di Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15-17 Jun - Sarawak (Kuching-Sibu) di Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18-20 Jun - Sarawak (Bintulu-Miri) & Brunei di Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21-23 Jun - Sabah Pantai Barat di Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24-26 Jun - Sabah Pantai Timur di Masjid Batu 6, Sapagaya, Lahad Datu.

Nampak macam mudah bukan, semudah copy-paste tarikh dan tempat-tempat ijtima ini kemudian war-warkan di Facebook dan blog, tunggu tarikh, bungkus pakaian, hidupkan enjin kereta kemudian terus bergerak ke ijtimak. Tapi sebenarnya persiapan untuk ijtima ini memerlukan pengorbanan harta dan tenaga yang bukan sedikit. Kepada rakan-rakan seusaha sekalian. Sila-silalah untuk ringankan tulang sama-sama membantu membuat persiapan ijtima ini.

Muhammad Ishak Zaini
14 Mei 2012
23 Jamidul Akhir 1433H

Rabu, April 11, 2012

Kearah Sebuah Transformasi 1

Disember 2010 semasa walimah. Meniti saat-saat bahagia.

Jun 2011 semasa keluar 10 hari masturat. Ada sedikit perkembangan. Semakin bahagia.

 Ogos 2011 semasa raya. Semakin berkembang. Sangat bahagia.

 November 2011 Pulau Kapalai. Perkembangan yang pesat. Amat bahagia.


Hadiah sambutan ulangtahun kelahiran paling bermakna 2012, sebuah kebahagiaan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2012.. Abi, apasal perut makin lama makin membesar ni. Tak de bahagia-bahagianya. Pergi bersenam!
.
.
.
Abi: Huu.. Iye.. Jom gi berenang.. Kawan abang cikgu sukan cakap berenang ni bagus, sukan paling banyak keluar peluh katanya, sebab satu badan bergerak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sesi bersenam di air. Hehe.

Hari pertama: Ummi tak nak berenang sekali ke?
Ummi: Tak pe lah, Ummi nak jaga Kak Long. Abi jelah berenang.

 Hari kedua: Ummi jom la berenang sekali.
Ummi: Tak pe, Abi je la mandi, Ummi nak jaga Kak Long.
Lima minit sebelum pulang: Abi, tunggu jap, Ummi nak cecah kaki kat air.
.
.
.
.
.
.
Hari ketiga..
Ummi, jom la berenang sekali.
Ummi: Tak pe lah, Ummi nak jaga Kak Long. Kami tengok je la Abi mandi.
 Sejam kemudian..
Abi, tolong jaga Kak Long, Ummi pulak nak berenang.
Muahaha..
.
.
.
.
.
.
.
Hari keempat..
Abi, Ummi rasa badan Ummi pun dah naik la, esok pagi jom gi berenang.

Ngeh ngeh..

Sabda Rasulullah s.a.w: Ajarkanlah anak-anakmu berkuda, berenang dan memanah. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Muhammad Ishak Zaini
11 April 2012
19 Jamadil Awal 1433H

Related Posts with Thumbnails

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008