Selasa, Julai 19, 2011

Catatan Seorang Jutawan Islam

Ingin menjadi kaya tanpa perlu mengeluarkan modal walau sesen pun? Ingin menjana pendapatan lumayan tanpa perlu bersusah payah menebalkan muka mencari pelanggan untuk dijadikan orang bawahan? Ingin menjadi kaya tanpa perlu menajamkan lidah untuk mempromosi dan menjual produk dan barangan? Yang sesetengahnya sehingga tidak lelap mata memikir strategi bagi menarik pelanggan. Jangan risau, anda berpeluang untuk menjana kekayaan tanpa perlu membasahkan lidah, tanpa perlu mengeluarkan peluh, tanpa perlu pergi ke merata-rata tempat menjual untuk barang, tanpa perlu melabur dalam skim cepat kaya, tanpa kuasa minda, dan tanpa perlu risau menanggung sedikitpun risiko kerugian dan yang paling penting anda tidak akan terlibat sedikitpun dengan penipuan dan dosa serta dijamin selamat dari terlibat dengan riba. 

Inilah rahsianya:

Diriwayatkan daripada Hadrat Ibnu Salman r.a bahawa salah seorang dari sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan: "Apabila kami telah mendapat kemenangan dalam peperangan Khaibar, orang ramai mengeluarkan harta rampasan perang masing-masing yang terdiri dari harta rampasan dan orang tawanan lalu mereka mula berjual beli antara satu sama lain. 

Seorang telah datang memberitahu Rasulullah s.a.w "Wahai Rasulullah, tidak seorangpun di lembah ini yang mendapat keuntungan seperti keuntungan yang saya peroleh pada hari ini." Rasulullah s.a.w bertanya: "Wah, berapa banyakkah keuntungannya?" Dia menjawab "Saya terus menjual dan membeli sehingga saya mendapat keuntungan sebanyak tiga ratus uqiyyah perak." Baginda s.a.w bersabda, "Saya akan memberitahu kamu perkara yang lebih menguntungkan yang akan diperoleh oleh seseorang," Leleki itu bertanya, "Apakah itu ya Rasulullah?" Jawab baginda s.a.w, "Dua rakaat solat sunat selepas solat fardu." (Hadith riwayat Imam Abu Daud)

Satu uqiyah perak adalah empat puluh dirham, manakala satu dirham adalah kira-kira RM 1.70, jadi (300 uqiyyah perak x 40 dirham x RM 1.70 = RM 20, 400. !! ) Wah, bayangkan dengan usaha yang tidaklah sesusah mana (dua rakaat solat sunat selepas solat fardu), satu angka yang cukup lumayan dengan senangnya diperoleh bahkan lebih lumayan dari angka yang disebutkan di atas. Ini baru dua rakaat (selepas satu kali solat fardu), Andaikata paling-paling malas pun sehari cuma sekali sahaja kita melakukan dua rakaat solat sunat selepas solat fardu, jika dikerjakan selama sebulan jumlahnya tentu lebih besar. Cuba kita darabkan RM 20, 400 tadi dengan sebulan iaitu sebanyak tiga puluh hari (RM 20, 400 x 30 hari = RM 612, 000 !!

Nah, lebih dari setengah juta ringgit kita perolehi dalam masa sebulan. Itu baru sekiranya sehari cuma sekali kita mengerjakan dua rakaat solat sunat mengiringi solat fardu. Bayangkan pula jika dalam sehari lebih dari sekali kita mengerjakan solat sunat dua rakaat selepas solat fardu. (Nota tambahan: Tiada solat sunat selepas solat fardu Subuh dan Asar, jadi ada tiga waktu yang digalakkan untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat iaitu selepas solat fardu Zohor, Maghrib dan Isyak) maka jumlah pendapatan terkumpul yang diperolah sangatlah tinggi, dan kalau bijak merebut pelung ini, kemungkinan besar kita boleh menjadi sorang jutawan dalam masa sebulan. Ini belum termasuk ganjaran bersusah payah pergi ke masjid dan ganjaran solat berjemaah lagi. Wah! Pendapatan lumayan dengan hanya dua rakaat solat sunat selepas solat fardu setiap hari. 

Jadi, ayuhlah beramai-ramai kita rebut peluang keemasan ini!

Sabda Rasulullah s.a.w "Kekayaan sebenar bukanlah dengan banyaknya harta akan tetapi kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Muhammad Ishak Zaini
19 Julai 2011
18 Sya'ban 1432H

12 ulasan:

Ziarah76 berkata...

kaya di akhirat, insya-Allah

Umma-ali berkata...

nak3!!! nak jadi billionaire di akhirat nanti...walau di dunia jdik kuli sklipun tp kuli calon raja di syurga Allah SWT...

Ishak Zaini berkata...

Ziarah76,

Amin.. Dunia tempat menjana kekayaan di akhirat..

Umma Ali,

Allahu, malu rasa membaca komen seseorang yang dah menjual seluruh kesenangan dan kehidupan dunia dia untuk membeli kesenangan abadi akhiratnya. Bila Ummi dah kaya di akhirat nanti, jangan lupa jenguk kami yang miskin-miskin ni. Kesian kami.

ahLia teeeetttttt..... berkata...

modal hanya lah tekan nafsu

nnti jadi kaya raya.

nak2!

fuad ansari berkata...

lumayan.. lumayan.. rugi sape taknak.. (",)

Ishak Zaini berkata...

Ahlia Teet..

Nak tekan nafsu tu yang payah..

Fuad Ansari,

Semoga Allah beri taufik pada kita untuk amal.. Ingat solat sunat dua rakaat selepas solat fardu, ingat RM 20, 400..

abu zarim berkata...

saya pon nk kaya lah,,,tp,kene sgguh tekan nafsu n mujahadah di muka bumi Allah dulu,,,insyaAllah,moga di beri kekuatan,,,,

Ishak Zaini berkata...

Abu Zarim,

Allah maha kaya, milikNyalah kekayaaan yang mutlak, baik di bumi mahupun di langit..

Harta dan kekayaan dunia yang kita kumpul, apabila kita mati nanti, akan berpindah kepada milik orang lain pula.

Kekayaan amal itu yang akan kekal menemani kita hingga hari kiamat..

Tanpa Nama berkata...

Dunia adalah jalan ke akhirat... Dalam membincang tentang Jutawan Muslim...kita perlu lihat kepada Saidina Abd Rahman bin Auf kerana mereka lebih faham tentang al Quran dan Hadis Nabi SAW.. mereka yang mengajar kita cara menjadi kaya dan mulia di dunia dan akhirat. Kita tak sanggup melihat orang muslim jadi kuli orang kafir...Kerana kekayaan orang Islam dahulu mampu membuat wakaf seperti al Azhar dan sebagainya yang kita banggakan hingga hari ini.. Carilah harta sebanyak mungkin dan laburlah untuk akhirat kita.. Bumi Palestin sentiasa memerlukan bantuan kita...

Dah Jumpa! berkata...

Askm,
Boleh tolong maklumkan sumber buku hadith berkenaan hadith yang tuan telah nyatakan mengenai kaya hati diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu nama buku, jilid dan/atau nombor hadith serta syarikat cetakan.

Terima kasih.

Andri

Tanpa Nama berkata...

Amazing! Its in fаct аmazing post, I
have got much clear idea гegardіng fгom this aгtiсle.


Fеel frеe to visit my web pagе: ipad repair penang

Tanpa Nama berkata...

Hi, I read your blogs like evеrу weеk.
Yοur ωriting ѕtуle iѕ awesomе, keep doing whаt you're doing!

Here is my homepage ipad repair petaling Jaya