Ketika asyik membaca dan memperdengarkan beberapa hadith bersama isteri yang telah menjadi amalan kami setiap hari selepas Isyak, tiba-tiba malam tadi saya rasa amat tertarik dan terkesan dengan kisah ini walaupun telah berulang-ulang kali pernah mendengarnya. Jadi saya salinkan sahaja kisah tersebut yang saya ambil dari pada Kitab Fadilat Solat oleh al-Muhaddith asy-Shaykh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi rah.a.
Kisah yang dipetik dari Kitab al-Munabbihat oleh Imam al-Hafiz al-Muhaddith Ibnu Hajar al-Asqalani rah.a. Dalam satu majlis bersama-sama dengan para sahabat r.a, Rasulullah s.a.w bersabda. Allah s.w.t menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini:
-wangi-wangian
-wanita
-dan solat yang menjadi penyejuk mataku.
Hadrat Abu Bakar r.a berkata, "Segala yang disabdakan oleh tuan itu benar, saya juga menyukai tiga perkara:
-melihat wajah Rasulullah s.a.w
-harta bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah s.a.w
-dan anak perempuanku dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w."
Hadrat Umar r.a berkata. "Benar wahai Abu Bakar, saya juga menyukai tiga perkara iaitu:
-Amr bil ma'ruf (meyuruh berbuat baik)
-Nahi 'anil mungkar (mencegah kemungkaran)
-dan memakai pakaian usang."
Hadrat Uthman r.a berkata, "Segala yang kamu katakan adalah benar wahai Umar, saya juaga menyukai tiga perkara, iaitu:
-memberi makanan kepada orang yang lapar
-memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian
-dan membaca al-Quran."
Hadrat Ali r.a berkata, "Segala yang dikatakan oleh kamu itu adalah benar wahai Uthman, saya juga menyukai tiga perkara iaitu:
-melayani tetamu
-berpuasa pada hari yang panas
-dan memancung kepala musuh."
Pada ketika itu Jibril a.s muncul lalu berkata, "Saya dihantar oleh Allah s.w.t supaya memberitahu kamu perkara yang akan saya suka jika saya seorang manusia." Baginda s.a.w berkata, "beritahulah," Jibril a.s berkata:"
-memimpin orang yang sesat
-mengasihi orang miskin yang soleh
-dan membantu orang miskin yang mempunyai ramai anak."
Hadrat Jibril a.s berkata lagi, "Allah s.w.t menyukai tiga perkara daripada hambaNya iaitu:
-menggunakan keupayaan diri dan harta pada jalan Allah s.w.t
-menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat
-dan bersabar ketika ditimpa kesempitan.
Semoga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang amat menarik ini. Maka tanyalah pula hati kita, apa yang menjadi kesukaan hati kita di dunia ini. Dengan hati yang amat mengaharapkan limpah rahmat Allah s.w.t yang maha luas, semoga secebis dari kesukaan-kesukaan mereka itu mudah-mudahan menjadi kesukaan-kesukaan kita juga.
Muhammad Ishak Zaini.
23 Februari 2011
20 Rabi'ul Awal 1432H

14 ulasan:
wallahumuaffiq
Allah yu'afika
emm..jika di tanya pada syg... apa yang syg sukaa?? -abg dah tahu jawapannya kan..kan? heheee.. :p
-barang hiasaaaaan!
-tunaikan tanggungjawab pada abg :)
-memandang abg dengan penuh kasih sayang...
apa yang abg suka?
Pandai dinda nak ambil hati kanda ye. Sejuk hati kanda mendengarnya. Kanda suka banyak perkara. Yang baik-baik semuanya kanda suka insyaAllah. Tiga perkara yang kanda paling suka.
1. Menggunakan keupayaan diri untuk agama Allah.
2. Seluruh ahli keluarga kita.
3. Isteri yang soleheh. Iaitu dinda yang kanda sayangi. :-)
mashaAllah ustaz,doa pd saya ye...
Sungguh indah kisah ni sepertimana indahnya baitul muslim yg ustaz bina.. (",)
baca ayat memang romantik...he.hetapi kalau anda dapat tengok gambar 2 kahwin.ustaz kita ni..lagi romantik..ala2 hindustan..berposing nye......bolih tahan jugak kau ishak..bolih masuk hero remaja ....ha..ha
p/s:jemput share pandangan ustz berkaitan artikel terbaru...di blog sy..
Assalamu'alaikum.
Anak pendang, Jazakallahu khair. Moga Allah bahagiakan tuan sekeluarga dan generasi tuan dunia akhirat.
Fuad Ansari,
Perhiasan paling indah di dunia ialah wanita solehah. Moga puteri kesayangan enta, si Husna membesar menjadi wanita solehah juga hendaknya.
Tanpa Nama, iaitu Kak Wangi (Kak ipar nombor tiga) yang ku kenali ayatnya,
Alhamdulillah, saya sangat suka berbaju kahwin kurta yang dijahit khas oleh kak Zie tempohari. Masa saya dengan Umu ziarah rumah Kak Zie (Kak ipar nombor satu), Kak Zie ada tunjuk album kalian zaman muda-muda. Termasuk album kahwin Kak Wangi dan Abang Wan tema pink tu. Oh, Saling tak tumpah bagai pahlawan Melayu zaman silam.
kalau kita tengok apa yang Abu Bakar r.a suka, ketiga-tiga kesukaannya berkaitan dengan Rasulullah s.a.w.
3 perkara yg saya suka:
1)Khatam al-quran siang dan malam
2)Sedekah setiap hari
3)Bertaubat
sy pun suka 3 perkara
1- masak utk suami / berbakti kepada suami
2- join kuliah zohor
3- melihat muka suami
Assalam.
Mintak share. Thank you so much.
Pancung kepala musuh konon..jadi yg kau pancung itu siapa yg cipta..bukan Allah yg cipta kah..kepala butu lah
Catat Ulasan