Sabtu, Julai 17, 2010

Pada Sebuah Akhlaq



JADILAH SEPERTI SANG LEBAH, DALAM BANYAK-BANYAK TEMPAT, YANG DI CARI ADALAH BUNGA. JANGAN JADI SEPERTI SANG LALAT, SEKIAN BANYAK KEINDAHAN, NAMUN YANG DICARI ADALAH KOTORAN.

JADILKANLAH DIRIMU SEPERTI BUNGA, YANG MENGHIASI DAN MEMBERI KEHARUMAN KEPADA HIDUP ORANG LAIN. ORANG YANG MELIHATNYA AKAN TERTAWA DAN TERSENYUM. MENYEJUKKAN MATA MENDAMAIKAN HATI. JANGAN PULA MENJADI SEPERTI DURI, YANG MENUSUK HATI DAN MENIKAM KALBU. MENGGURIS PERASAAN MENYIKSA RAGA.

AMBILLAH IBRAH DARI UJIAN HIDUP YUSUF AS. TETAP BERSABAR MESKIPUN DIIANAYA, MERAIKAN ORANG LAIN MESKIPUN BINASA DIRI SENDIRI, MEMBERI KEMAAFAN MESKIPUN DI SAKITI.. TIDAK MEMBALAS WALAUPUN MAMPU MEMBALAS. BETAPA BERATPUN BEBANAN YANG DITANGGUNG, PERMUDAHKANLAH URUSAN ORANG LAIN. BERAKHLAQ BAIKLAH SEPERTI AKHLAQ NABI SAW, KEJAHATAN ORANG BAGINDA BALAS DENGAN KEBAIKAN. TUBA DI BALAS SUSU. SEMAIKANLAH AKHLAQ 'AZIMAH. KERANA PADA SEBUAH AKHLAQ, DI SITU ADA PINTU HIDAYAH..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga sentiasa d berikan kekuatan dan ketabahan.. amen...

ziarah76 berkata...

insya-Allah,
sedap nukilan ni...
mudah-mudahan saya dapat amalkan

Ishak Zaini berkata...

Jazakumullah tanpa nama dan ziarah sahb..