Sabtu, Februari 04, 2012

Percutian ke Pulau Mabul

Pulau Mabul, Sipadan dan Kapalai merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di Sabah. Ia merupakan tiga buah pulau yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Pulau Sipadan merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Keindahan laut jernihnya yang membiru dan menghijau telah memikat ramai pelancong untuk datang ke Semporna bagi menikmati keajaiban dan keindahan alam ciptaan Allah ini. 
Ishak & Umu @ Mabul & Kapalai.

Rombongan kelab guru dan keluarga yang ikut serta.

Sesiapa nak kena dakwah sila la datang ke Mabul. Hehe.

Perjalanan ke Mabul memakan masa sekitar 10-15 minit dari jeti Pakalangan. Tapi kalau dari Pekan Semporna mungkin sekitar sejam atau lebih bergantung kepada kelajuan bot.

Pelancong dinasihatkan membawa sunblock masing-masing. Suhu di pulau sangat panas di kala matahari sedang terik. Bagus juga bawa kipas tangan atau kipas bateri. Untuk makluman pulau bukan sahaja panas, malah bekalan letrik juga adalah dicatu.

Cikgu Yap Chin Hang (Orang Kelantan) antara yang ikut serta. Kelihatan bot baru memasuki zon laut hijau.

Resort-resort di Mabul
Perkampungan atas air yang jernih

Rumah atas air yang masih dalam pembinaan. Tiangnya diperbuat dari kayu yang tahan reput

Jalan-jalan di Pulau Mabul

Kapalai. Subhanallah hijau jernih airnya, patut ramai beria-ria nak datang ke sini

Siapa tak geram tengok air laut cantik macam ni

Antara hidupan laut yang dapat dilihat terus dari permukaan air.

Subhanallah cantiknya, macam bukan air laut, tetapi macam cecair khas berwarna biru-hijau.

Masa ni puan Umu tengah mengandung Ummu Asma'.
Ibu mengandung akan menjadi sangat sihat dan cergas apabila dibawa berjalan-jalan.
Memang cantik tempat ni, hebat Allah!

Untuk datang ke sini paling murah yang saya tahu kalau dengan agen pelancongan, sekitar RM 150 seorang sehari tanpa bermalam, tapi disebabkan kami ikut rombongan sekolah jadi murah la sikit RM60 seorang. Lagi murah kalau dapat tumpang kawan yang ada bot sendiri.

Baca dalam katalog yang diberi, katanya penyu banyak lalu-lalang di sini, tapi tunggu punya tunggu tak ada rezeki kami nak tengok penyu hari itu.

Subhanallah

Ramai pelancong dalam dan luar negara datang scuba dan snorkeling di sini.

Puan Umu sedang bersantai.


Sedangkan di dunia sahaja pun dah cantik macam ni, apatah lagi dalam syurga macamana la agaknya cantiknya tu. Tak dapat nak dibayangkan. Allahu Akbar!
Subhanallah..
Siapa punya bot tu?

Oh Encik Polis rupanya..
Info-info berkaitan Mabul boleh lawati:
Kosmo! Menyerap aura Mabul,  
3 Pantai Terbaik di Asia untuk Tahun 2011
Tapak Menyelam Di Semporna

Puan Umu yang geram nak berendam

Di sebuah perkampungan Palauh (orang asli yang tinggal di laut). Cantik pasir di sini. Pasir di Pulau mabul macam bukan pasir, ia seakan serpihan terumbu-terumbu karang di lautan. Halus! Sesiapa yang datang ke sini dinasihatkan supaya merendahkan pandangan kerana banyak 'ikan duyung' bergelimpangan di sana sini.

Sipadan Resort
Oh ya, buat rakan seusaha yang pernah ke Pulau Mabul mesti kenal Pak Wali ini, beliau adalah tuan rumah taklim masturat di Pulau Mabul, kalau jemaah masturat datang ke Mabul di rumah beliaulah biasanya jemaah ditempatkan. Penghidup usaha agama di Mabul ini telah kembali ke pangkuan Ilahi pada November 2011 yang lalu. Sekarang anaknya pula yang menjadi pengganti orang kuat usaha agama di Mabul. Semoga Allah terima pengorbanan arwah serta keluarganya. Al-Fatihah.
 
Muhammad Ishak Zaini
4 Februari 2012
11 Rabi'ul Awal 1433H.

13 ulasan:

Ziarah76 berkata...

Wah wah wah seronoknya jalan-jalan...baby dlm perut pun seronok jalan-jalan..hehe.
Tengok gambar laut tu mcm cermin, jernih rasa macam nak terjun je.
Innalillah, semoga Allah terima pengorbanan beliau.

Zaujah Shamsul Baharin berkata...

salam. Cantiknya pulau... Akak bgtau abg Sham yg sahak makin gemuk tp abg Sham kata "tak baik ngumpat"... Huhuhu... Kena marah.

Umma-ali berkata...

Aslm, flight dah booked on the 24th bln ni, ke tawau...tp pcik plk kata tangguhkn dulu sbb mac nnt nk ke temboro, byk ongkosnya nk guna... bila tgok air yg cantik ni, aihh...nak pujuk baliklah suh jd pg...hehe klu ada rezqi...nnt nk tnjuk kat dia bg terpesona plk... fadhilat2...huhu...

Ishak Zaini berkata...

Ziarah 76,

Alhamdulillah boleh tahan la seronoknya, masa kami pergi tu panas terik. Pergi pagi balik petang dengan muka yang hangus, kepala pun naik pening sebab tak biasa dengan cuaca pulau. Elok la baby dalam perut tak keluar lagi, kalau tak, mungkin dia pun tak tahan kepanasan.

Zaujah Shamsul, Wa'alaikum salam w.b.t.

Terbalik tu kak, siapa kata saya makin gemuk sebenarnya adalah satu pujian buat saya. Makin gemuk tandanya hati makin senang dan hidup makin bahagia. Hehe. Abang Sham pun sama, saya tengok ada naik sikit jugak badannya berbanding masa dia bujang dulu. Semoga Allah bahagiakan akak dan abng Sham juga.

Ishak Zaini berkata...

Wa'alaikum salam w.b.t Ummi Ali,

Wah, welcome to Semporna lagi sekali. Kalau jadi nak datang nanti kasi tahu la kami. Pujuk cik abe jangan tak pujuk. Hehe.

~ida~ berkata...

Subhanallah....

~geramnye tengok air tu~
"terfikir sendiri,air laut tu jernih sampai menampakkan isinya tapi tak sangka ia sangat masin "
kuasa Allah swt

Ishak Zaini berkata...

Ida,

Allah maha hebat.. Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pada peredaran siang dan malam ada tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berfikir.. Alam ini penuh dengan tanda-tanda kebesaran Allah! Kebesaran Allah bukan sahaja dapat dilihat pada keajaiban penciptaan alam ini, bahkan pada diri kita sendiri sahaja pun sudah penuh dengan tanda-tanda kebesaran Allah.. Wa fi anfusikum afala tubsiruun..

School Of Tots berkata...

Cantek sungguh Allah cipta Pulau Mabul. Pastu Allah bagi peluang untuk Tuan sekeluarga ke sana...Alhamdulillah.

ukhti,mardhiah berkata...

Assalamualaikum abang is...
masyaAllah, diah baru belajar dekat geo pasal pulau mabul n sipadan ni..unik sebab dia dalam peta indonesia, org y mendiami filipina dan pulau ini kepunyaan malaysia:)

diah terbayang-bayang, bagaimana agaknya cantik dan uniknya pulau ni..

tengok2, bukak blog, ada gambar2 y abang letak..

wahhhh...excited nya diah..

subahanallah cantik....

eeee....geramm....:)

fuad ansari berkata...

nampak sangat kat pulau tu dah ada gerakan dakwah.. sampai buat salah pun akan didakwah.. (",)

lawa pulau tu, subhanAllah... bila la agaknya boleh ke sana.. moga Allah makbulkan utk saya ke pulau mabul.. (",)

Mohd Hamka berkata...

assalamulaikum, subahanallah hebat Allah, he3, saya orang sabah sendiri belum pernah berkelana ke sana..Insyallah azam mau jalan2 sana dengan niat mahu tingu keindaahan ciptaan Allah..=)

"Sesiapa yang datang ke sini dinasihatkan supaya merendahkan pandangan kerana banyak 'ikan duyung' bergelimpangan di sana sini. " - agak tertarik dengan ayat yang gramatis..he3

Ummu Fatimah berkata...

dpt keluar masturat ke semporna dec lepas tp x dpt jejak kaki ke pulau. masa tu tgh 5 bulan pregnant. mujahadah betul rasanya perjalanan dari tawau ke semporna. kirim salam ahliah anta ye..

Hamba. Allah berkata...

follow saya balik ustaz...:)