Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 04, 2012

Percutian ke Pulau Mabul

Pulau Mabul, Sipadan dan Kapalai merupakan antara destinasi pelancongan yang terkenal di Sabah. Ia merupakan tiga buah pulau yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Pulau Sipadan merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Keindahan laut jernihnya yang membiru dan menghijau telah memikat ramai pelancong untuk datang ke Semporna bagi menikmati keajaiban dan keindahan alam ciptaan Allah ini. 
Ishak & Umu @ Mabul & Kapalai.

Rombongan kelab guru dan keluarga yang ikut serta.

Sesiapa nak kena dakwah sila la datang ke Mabul. Hehe.

Perjalanan ke Mabul memakan masa sekitar 10-15 minit dari jeti Pakalangan. Tapi kalau dari Pekan Semporna mungkin sekitar sejam atau lebih bergantung kepada kelajuan bot.

Pelancong dinasihatkan membawa sunblock masing-masing. Suhu di pulau sangat panas di kala matahari sedang terik. Bagus juga bawa kipas tangan atau kipas bateri. Untuk makluman pulau bukan sahaja panas, malah bekalan letrik juga adalah dicatu.

Cikgu Yap Chin Hang (Orang Kelantan) antara yang ikut serta. Kelihatan bot baru memasuki zon laut hijau.

Resort-resort di Mabul
Perkampungan atas air yang jernih

Rumah atas air yang masih dalam pembinaan. Tiangnya diperbuat dari kayu yang tahan reput

Jalan-jalan di Pulau Mabul

Kapalai. Subhanallah hijau jernih airnya, patut ramai beria-ria nak datang ke sini

Siapa tak geram tengok air laut cantik macam ni

Antara hidupan laut yang dapat dilihat terus dari permukaan air.

Subhanallah cantiknya, macam bukan air laut, tetapi macam cecair khas berwarna biru-hijau.

Masa ni puan Umu tengah mengandung Ummu Asma'.
Ibu mengandung akan menjadi sangat sihat dan cergas apabila dibawa berjalan-jalan.
Memang cantik tempat ni, hebat Allah!

Untuk datang ke sini paling murah yang saya tahu kalau dengan agen pelancongan, sekitar RM 150 seorang sehari tanpa bermalam, tapi disebabkan kami ikut rombongan sekolah jadi murah la sikit RM60 seorang. Lagi murah kalau dapat tumpang kawan yang ada bot sendiri.

Baca dalam katalog yang diberi, katanya penyu banyak lalu-lalang di sini, tapi tunggu punya tunggu tak ada rezeki kami nak tengok penyu hari itu.

Subhanallah

Ramai pelancong dalam dan luar negara datang scuba dan snorkeling di sini.

Puan Umu sedang bersantai.


Sedangkan di dunia sahaja pun dah cantik macam ni, apatah lagi dalam syurga macamana la agaknya cantiknya tu. Tak dapat nak dibayangkan. Allahu Akbar!
Subhanallah..
Siapa punya bot tu?

Oh Encik Polis rupanya..
Info-info berkaitan Mabul boleh lawati:
Kosmo! Menyerap aura Mabul,  
3 Pantai Terbaik di Asia untuk Tahun 2011
Tapak Menyelam Di Semporna

Puan Umu yang geram nak berendam

Di sebuah perkampungan Palauh (orang asli yang tinggal di laut). Cantik pasir di sini. Pasir di Pulau mabul macam bukan pasir, ia seakan serpihan terumbu-terumbu karang di lautan. Halus! Sesiapa yang datang ke sini dinasihatkan supaya merendahkan pandangan kerana banyak 'ikan duyung' bergelimpangan di sana sini.

Sipadan Resort
Oh ya, buat rakan seusaha yang pernah ke Pulau Mabul mesti kenal Pak Wali ini, beliau adalah tuan rumah taklim masturat di Pulau Mabul, kalau jemaah masturat datang ke Mabul di rumah beliaulah biasanya jemaah ditempatkan. Penghidup usaha agama di Mabul ini telah kembali ke pangkuan Ilahi pada November 2011 yang lalu. Sekarang anaknya pula yang menjadi pengganti orang kuat usaha agama di Mabul. Semoga Allah terima pengorbanan arwah serta keluarganya. Al-Fatihah.
 
Muhammad Ishak Zaini
4 Februari 2012
11 Rabi'ul Awal 1433H.

Rabu, Februari 23, 2011

Tiga Perkara Yang Disukai


Ketika asyik membaca dan memperdengarkan beberapa hadith bersama isteri yang telah menjadi amalan kami setiap hari selepas Isyak, tiba-tiba malam tadi saya rasa amat tertarik dan terkesan dengan kisah ini walaupun telah berulang-ulang kali pernah mendengarnya. Jadi saya salinkan sahaja kisah tersebut yang saya ambil dari pada Kitab Fadilat Solat oleh al-Muhaddith asy-Shaykh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi rah.a.

Kisah yang dipetik dari Kitab al-Munabbihat oleh Imam al-Hafiz al-Muhaddith Ibnu Hajar al-Asqalani rah.a. Dalam satu majlis bersama-sama dengan para sahabat r.a, Rasulullah s.a.w bersabda. Allah s.w.t menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini:

-wangi-wangian
-wanita
-dan solat yang menjadi penyejuk mataku.

Hadrat Abu Bakar r.a berkata, "Segala yang disabdakan oleh tuan itu benar, saya juga menyukai tiga perkara:

-melihat wajah Rasulullah s.a.w
-harta bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah s.a.w
-dan anak perempuanku dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w."

Hadrat Umar r.a berkata. "Benar wahai Abu Bakar, saya juga menyukai tiga perkara iaitu:

-Amr bil ma'ruf (meyuruh berbuat baik)
-Nahi 'anil mungkar (mencegah kemungkaran)
-dan memakai pakaian usang."

Hadrat Uthman r.a berkata, "Segala yang kamu katakan adalah benar wahai Umar, saya juaga menyukai tiga perkara, iaitu:

-memberi makanan kepada orang yang lapar
-memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian
-dan membaca al-Quran."

Hadrat Ali r.a berkata, "Segala yang dikatakan oleh kamu itu adalah benar wahai Uthman, saya juga menyukai tiga perkara iaitu:

-melayani tetamu
-berpuasa pada hari yang panas
-dan memancung kepala musuh."

Pada ketika itu Jibril a.s muncul lalu berkata, "Saya dihantar oleh Allah s.w.t supaya memberitahu kamu perkara yang akan saya suka jika saya seorang manusia." Baginda s.a.w berkata, "beritahulah," Jibril a.s berkata:"

-memimpin orang yang sesat
-mengasihi orang miskin yang soleh
-dan membantu orang miskin yang mempunyai ramai anak."

Hadrat Jibril a.s berkata lagi, "Allah s.w.t menyukai tiga perkara daripada hambaNya iaitu:

-menggunakan keupayaan diri dan harta pada jalan Allah s.w.t
-menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat
-dan bersabar ketika ditimpa kesempitan.

Semoga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang amat menarik ini. Maka tanyalah pula hati kita, apa yang menjadi kesukaan hati kita di dunia ini. Dengan hati yang amat mengaharapkan limpah rahmat Allah s.w.t yang maha luas, semoga secebis dari kesukaan-kesukaan mereka itu mudah-mudahan menjadi kesukaan-kesukaan kita juga.

Muhammad Ishak Zaini.
23 Februari 2011
20 Rabi'ul Awal 1432H