Muhajier718
Dunia persinggahan
Selasa, April 03, 2018
Doa agar anak berakhlak mulia
Isnin, April 02, 2018
Hasad Dengki
-Riwayat Ibnu Hibban dan al-Baihaqi
Berkasih Sayang
(HR. At Thabrani)
Ahad, Julai 05, 2015
Sabtu, Januari 04, 2014
Kematian
Sabtu, Februari 04, 2012
Percutian ke Pulau Mabul
Ishak & Umu @ Mabul & Kapalai. |
Rombongan kelab guru dan keluarga yang ikut serta. |
Sesiapa nak kena dakwah sila la datang ke Mabul. Hehe. |
Perjalanan ke Mabul memakan masa sekitar 10-15 minit dari jeti Pakalangan. Tapi kalau dari Pekan Semporna mungkin sekitar sejam atau lebih bergantung kepada kelajuan bot. |
Cikgu Yap Chin Hang (Orang Kelantan) antara yang ikut serta. Kelihatan bot baru memasuki zon laut hijau. |
Resort-resort di Mabul |
Perkampungan atas air yang jernih |
Rumah atas air yang masih dalam pembinaan. Tiangnya diperbuat dari kayu yang tahan reput |
Jalan-jalan di Pulau Mabul |
Kapalai. Subhanallah hijau jernih airnya, patut ramai beria-ria nak datang ke sini |
Siapa tak geram tengok air laut cantik macam ni |
Antara hidupan laut yang dapat dilihat terus dari permukaan air. |
Subhanallah cantiknya, macam bukan air laut, tetapi macam cecair khas berwarna biru-hijau. |
Masa ni puan Umu tengah mengandung Ummu Asma'. |
Ibu mengandung akan menjadi sangat sihat dan cergas apabila dibawa berjalan-jalan. |
Memang cantik tempat ni, hebat Allah! |
Baca dalam katalog yang diberi, katanya penyu banyak lalu-lalang di sini, tapi tunggu punya tunggu tak ada rezeki kami nak tengok penyu hari itu. |
Subhanallah |
Ramai pelancong dalam dan luar negara datang scuba dan snorkeling di sini. |
Puan Umu sedang bersantai. |
Sedangkan di dunia sahaja pun dah cantik macam ni, apatah lagi dalam syurga macamana la agaknya cantiknya tu. Tak dapat nak dibayangkan. Allahu Akbar! |
Subhanallah.. |
Siapa punya bot tu? |
Oh Encik Polis rupanya.. |
Kosmo! Menyerap aura Mabul,
3 Pantai Terbaik di Asia untuk Tahun 2011
Tapak Menyelam Di Semporna
Puan Umu yang geram nak berendam |
Sipadan Resort |
Muhammad Ishak Zaini
4 Februari 2012
11 Rabi'ul Awal 1433H.
Selasa, Julai 19, 2011
Catatan Seorang Jutawan Islam
Rabu, Februari 23, 2011
Tiga Perkara Yang Disukai
Kisah yang dipetik dari Kitab al-Munabbihat oleh Imam al-Hafiz al-Muhaddith Ibnu Hajar al-Asqalani rah.a. Dalam satu majlis bersama-sama dengan para sahabat r.a, Rasulullah s.a.w bersabda. Allah s.w.t menjadikan hatiku menyukai tiga perkara di dunia ini:
-wangi-wangian
-wanita
-dan solat yang menjadi penyejuk mataku.
Hadrat Abu Bakar r.a berkata, "Segala yang disabdakan oleh tuan itu benar, saya juga menyukai tiga perkara:
-melihat wajah Rasulullah s.a.w
-harta bendaku dibelanjakan untuk Rasulullah s.a.w
-dan anak perempuanku dinikahkan dengan Rasulullah s.a.w."
Hadrat Umar r.a berkata. "Benar wahai Abu Bakar, saya juga menyukai tiga perkara iaitu:
-Amr bil ma'ruf (meyuruh berbuat baik)
-Nahi 'anil mungkar (mencegah kemungkaran)
-dan memakai pakaian usang."
Hadrat Uthman r.a berkata, "Segala yang kamu katakan adalah benar wahai Umar, saya juaga menyukai tiga perkara, iaitu:
-memberi makanan kepada orang yang lapar
-memberi pakaian kepada orang yang tidak berpakaian
-dan membaca al-Quran."
Hadrat Ali r.a berkata, "Segala yang dikatakan oleh kamu itu adalah benar wahai Uthman, saya juga menyukai tiga perkara iaitu:
-melayani tetamu
-berpuasa pada hari yang panas
-dan memancung kepala musuh."
Pada ketika itu Jibril a.s muncul lalu berkata, "Saya dihantar oleh Allah s.w.t supaya memberitahu kamu perkara yang akan saya suka jika saya seorang manusia." Baginda s.a.w berkata, "beritahulah," Jibril a.s berkata:"
-memimpin orang yang sesat
-mengasihi orang miskin yang soleh
-dan membantu orang miskin yang mempunyai ramai anak."
Hadrat Jibril a.s berkata lagi, "Allah s.w.t menyukai tiga perkara daripada hambaNya iaitu:
-menggunakan keupayaan diri dan harta pada jalan Allah s.w.t
-menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat
-dan bersabar ketika ditimpa kesempitan.
Semoga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran dari kisah yang amat menarik ini. Maka tanyalah pula hati kita, apa yang menjadi kesukaan hati kita di dunia ini. Dengan hati yang amat mengaharapkan limpah rahmat Allah s.w.t yang maha luas, semoga secebis dari kesukaan-kesukaan mereka itu mudah-mudahan menjadi kesukaan-kesukaan kita juga.
Muhammad Ishak Zaini.
23 Februari 2011
20 Rabi'ul Awal 1432H
Isnin, November 01, 2010
Seindah Akhlaq Selembut Bicara
Firman Allah s.w.t:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maksudnya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. (Ali Imran: 159)
Sifat lemah lembut Rasulullah s.a.w telah menjadi antara penyebab utama untuk manusia mahu datang kepada cahaya pentunjuk yang terang. Kelembutan adalah seni dan akhlaq dalam berdakwah. Inilah sifat dakwah Rasulullah s.a.w. Baginda selalu berlemah lembut, memaafkan orang juga memohon keampunan untuk orang lain. Baginda meletakkan perasaan kasih sayang melebihi segalanya.
Antara kisah masyhur tentang kelembutan hati Rasulullah s.a.w dalam menjalankan usaha dakwahnya ialah sewaktu Rasulullah s.a.w berdakwah di kalangan Bani Thaqif di Kota Taif . Kisah ini berlaku setelah penduduk tanah kelahiran baginda iaitu Makkah kebanyakkan masih tidak mahu menerima dakwah kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, Lalu baginda s.a.w dan anak angkatnya yang bernama Zaid bin Harithah r.a telah pergi ke Taif untuk mendakwahkan penduduk di sana.
Namun penduduk Taif juga enggan menerima dakwah baginda. Mereka bukan sahaja menolak dakwah Rasulullah s.a.w malah mereka memberikan tentangan yang lebih hebatkepada baginda. Penduduk Taif telah mengusir baginda sambil terus mengejar dan melontar batu kepada baginda. Jasad baginda yang mulia pada hari itu telah berlumuran dengan darah. lantaran dihujani dengan batu-batu yang dilontarkan. Walaupun dilakukan sebegini teruk, baginda masih bersikap lemah lembut. Dinukilkan rintihan hati baginda:
اللهم إليك أشكو ضعف قوتي ، وقلة حيلتي ، وهواني على الناس . يا أرحم الراحمين ، أنت رب المستضعفين ، وأنت ربي إلى من تكلني إلى بعيد يتجهمني ، أم إلى عدو ملكته أمري . إن لم يكن بك غضب علي فلا أبالي ، غير أن عافيتك هي أوسع لي .أعوذ بنور وجهك ألذي أشرقت له الظلمات ، وصلح عليه أمر الدنيا والآخرة، من أن تنزل بي غضبك أو يحل على سخطك لك العتبى حتى ترضى ، ولا حول ولا قوة إلا بك.
"Ya Allah, kepadaMu ku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya Arhamarrahimin, Engkaulah Tuhan orang yang ditindas, Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau menyerahkan diriku ini. Kepada orang asing yang akan menyerang aku ataukah kepada musuh yang menguasai aku. Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli. Namun afiatMu sudah cukup buatku. Aku berlindung dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur di atas nur itu segala urusan dunia dan akhirat, daripada Engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku, KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.. Tiada sebarang daya (untuk melakukan kebaikan) dan tiada upaya (untuk meninggalkan kejahatan) kecuali dengan petunjukMu." (Dipetik dari Kitab Hikayatus Sahabah: Kutbul Aktab Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi rah.a)
Betapa lembutnya hati seorang nabi, mengadu kepada Allah s.w.t akan kekurangan diri. Dalam sebuah hadith dinukilkan doa nabi s.a.w:
اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون
"Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui." (Riwayat Bukhari)
Selain itu baginda turut merintih dengan perasaan penuh kasih sayang kepada umat baginda di Taif:
بل أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله وحده لا يشرك به شيأ
"Bahkan aku mengharapkan agar Allah s.w.t mengeluarkan dari sulbi-sulbi mereka orang yang menyembah Allah s.w.t dengan KeesaanNya, tidak menyekutukanNya dengan sesuatu. "(Hadith Riwayat Bukhari)
Nah! Sedangkan Nabi, semulia-mulia insan pada tahap diperlakukan sebegini teruk oleh umatnya pun masih mahu bersikap lemah lembut dalam dakwahnya. Malah mendoakan kebaikan untuk orang yang menolak dakwah baginda. Maka dimanakah kemuliaan kita jika hendak dibanding dengan nabi untuk kita berkasar dalam dakwah kita kepada orang lain.
Satu lagi kisah tentang kelembutan hati nabi dalam dakwah baginda sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a yang berkata: Seorang Arab Badwi berdiri lalu kencing di masjid, dan orang ramai pun mencegahnya. Maka Nabi s.a.w bersabda kepada mereka, "Biarkanlah dia, dan siramlah kencingnya dengan satu timba air kerana sesungguhnya kamu diutus untuk memberi kemudahan dan tidaklah kamu diutus untuk memberi kesulitan." (Maksud Hadith Riwayat Bukhari)
Renung-renungkan, orang yang tahap membuang air kecil di tempat ibadat dan sujud umat Islam pun baginda masih boleh berlembut hati untuk berlaku baik kepadanya. Beginilah dakwah dan hikmahnya nabi, penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Insan yang memiliki akhlaq yang terpuji.
Dalam ayat yang lain Allah s.w.t menyuruh agar berdakwah dengan hikmah. Firman Allah s.w.t:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (an-Nahl: 125)
Dalam sebuah hadith diriwayatkan dari Anas r.s bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “Jadikanlah segala hal itu mudah dan menyenangkan hati manusia, jangan menyusahkan atau menyilitkan mereka. Berilah khabar gembira kepada mereka dan janganlah mencipta kebencian”. Maksud hadith riwayat Bukhari. (Dipetik dari Kitab Al-Ahaadith Al-Muntakhabah fis-Sifaatis-Sitti lid-Da'wah ilal-Lahi Ta'ala: Al-‘Allamah Al-Da'iyah Asy-Syaikh Muhamamad Yusuf al-Kandahlawi rah.a)
Terdapat satu kisah, berkenaan seorang pendakwah terkasar bahasa sewaktu menasihati Khalifah Ma'mun Harun ar-Rasyid, maka Khalifah berkata :
“Berlemah lembutlah terhadap saya kerana apabila Allah s.w.t menghantar orang yang lebih baik dari kamu iaitu Nabi Musa dan Nabi Harun a.s kepada orang yang lebih buruk daripada saya iaitu Fir'aun, maka Allah s.w.t telah berfirman:
فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ
Maksudnya: Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga dia beringat atau takut. (Surah Thaha: 44)"
Maka kita hendaklah berusaha menjalankan dakwah dengan cara menasihati, mengubati, berdoa dan berlemah lembut dengan membayangkan sekiranya kita berada di tempat orang yang kita dakwahkan, bagaimana cara yang kita suka dinasihati oleh orang lain. (Kisah dipetik dari Kitab Fadhilat Tabligh: Kutbul Aktab Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhalawi rah.a)
Seorang Nabipun diperintahkan untuk bercakap dengan lemah lembut ketika berhadapan dengan manusia seingkar Fir'aun, mengapa pula kita sesama Islam, sesama orang beriman hendak berkasar bahasa. Sedangkan telah menjadi fitrah manusia tidak suka untuk dikasari, dimalukan, dijatuhkan dan direndah-rendahkan. Bahkan manusia sangat suka jika mendengar kata-kata yang enak didengari, bahasa yang lunak, lemah lembut, dan penuh adab.
Jika Nabi-nabipun berlembut, maka siapalah kita untuk bercakap kasar pada orang lain. Wahai diri, jagalah lidahmu. Usahlah sombong dan peliharalah lidahmu dari membuatkan orang terasa hati denganmu. Kerana masih boleh diubati jika pedang menusuk badan, tapi di mana ubat hendak dicari kalau dah lidah menikam hati. Apa yang hendak dibangga dengan kecantikan sang merak, kecantikan yang tidak dapat dibawa terbang ke mana. Justeru, berendah hatilah. Kerana kasih Allah s.w.t sangat hampir dengan orang-orang yang suka merendah diri dan berlembut hati. Firman Allah s.w.t:
وعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
Maksudnya: Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. (Al-Furqan: 63)
Selamat berlembut dalam berdakwah wahai diri! Usah kau hunus pedang tumpulmu.
Ishak Zaini
1 November 2010
24 Zulqaedah 1431H
Rabu, Oktober 27, 2010
Manusia Akhirat
Bersantai sejenak untuk renungan bersama.
Jika kita tidak betulkan diri kita di dunia, takut-takut Allah s.w.t akan membetulkan diri kita di akhirat. Adalah menjadi satu kesusahan yang besar bagi kita jika Allah s.w.t membaiki diri kita di akhirat nanti. Begitu juga, kita perlu perbetulkan iman kita di dunia ini. Allah s.w.t mahu kita kembali kepadaNya dengan membawa keimanan dan keyakinan yang betul tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apapun. Allah s.a.t mahu amalan kita bertepatan dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Jika tidak, kita akan menerima balasan yang pedih di akhirat nanti.
Untuk mengusahakan sesebuah pertanian yang mampu mendatangkan pulangan yang bagus, memerlukan komitmen yang jitu, masa yang banyak, penjagaan yang baik, serta ketelitian dari segenap aspek. Lantaran untuk pertanian itu rosak amatlah mudah. Maka semakin baik penjagaan sesuatu pertanian itu, semakin cerah peluangnya mengaut banyak pulangan. Begitu juga untuk membina iman adalah suatu perkara yang susah, memerlukan komitmen yang berterusan, masa yang banyak, penjagaan yang baik dan sering berlawanan dengan nafsu, (contohnya baru nak berehat, tiba-tiba kedengaran laungan azan, kenalah menekan nafsu untuk bingkas bangun dan bersiap menuju ke masjid). Sebaliknya untuk merosakkan iman amatlah mudah. Terlalu banyak perkara yang mampu merosakkan iman berada di zaman ini.
Untuk menanam padi, benih perlu disemai dan dijaga dengan baik, perlu awasinya dari serangan musuh. Sebaiknya lalang tumbuh dengan begitu senang, tumbuh melata tanpa diundang. Begitulah halnya, perkara baik susah nak tumbuh, perkara buruk senang untuk tumbuh. Nak buat pahala adalah bermacam kesusahan terpaksa ditanggung, untuk berbuat dosa, amatlah mudah, kerana perkara yang mampu menjerumuskan kita kepada dosa datangnya dari segenap arah tanpa diundang.
Barang semahal mana sekalipun, jika tidak dijaga dengan baik, lama-kelamaan ia akan menjadi rosak juga. Sebaliknya, barang yang buruk tetapi jika kita menjaganya dengan baik, ia tetap akan menjadi elok jua. Begitu juga dengan iman yang berharga, jika tidak dijaga dengan baik, ia akan menjadi rosak juga.
Lazimnya kita selalu perasan muda dalam berbuat dosa dan maksiat, tetapi tidak perasan tua dalam beramal ibadat dan bertaubat. Umur dunia mungkin panjang lagi, namun apa yang pasti umur kita takkan sepanjang umur dunia ini. Sedikit masa lagi, insyaAllah, kita akan pergi. Dunia akan semakin jauh berlalu meninggalkan kita, di depan kita akhirat semakin hampir.
Rasulullah s.a.w telah tinggalkan kita satu cara hidup sempurna untuk kita ikuti. Jalannya penuh ranjau dan duri, selalu berlawanan dengan nafsu. Namun akhirnya jalan itu yang akan membawa kita ke Jannah yang penuh kesenangan. Umum mengetahui, dunia adalah tempat bercucuk tanam, dan akhirat adalah tempat menuai hasil yang kita usahakan di dunia. Untuk membina dan menyediakan kediaman akhirat kita, tempat untuk mengusahakannya adalah di dunia. Kerana kita adalah anak-anak akhirat, maka jadilah kita anak-anak akhirat.
Ishak Zaini
27 Oktober 2010
19 Zulqaedah 1431H
Sabtu, Julai 17, 2010
Pada Sebuah Akhlaq
JADILAH SEPERTI SANG LEBAH, DALAM BANYAK-BANYAK TEMPAT, YANG DI CARI ADALAH BUNGA. JANGAN JADI SEPERTI SANG LALAT, SEKIAN BANYAK KEINDAHAN, NAMUN YANG DICARI ADALAH KOTORAN.
JADILKANLAH DIRIMU SEPERTI BUNGA, YANG MENGHIASI DAN MEMBERI KEHARUMAN KEPADA HIDUP ORANG LAIN. ORANG YANG MELIHATNYA AKAN TERTAWA DAN TERSENYUM. MENYEJUKKAN MATA MENDAMAIKAN HATI. JANGAN PULA MENJADI SEPERTI DURI, YANG MENUSUK HATI DAN MENIKAM KALBU. MENGGURIS PERASAAN MENYIKSA RAGA.
AMBILLAH IBRAH DARI UJIAN HIDUP YUSUF AS. TETAP BERSABAR MESKIPUN DIIANAYA, MERAIKAN ORANG LAIN MESKIPUN BINASA DIRI SENDIRI, MEMBERI KEMAAFAN MESKIPUN DI SAKITI.. TIDAK MEMBALAS WALAUPUN MAMPU MEMBALAS. BETAPA BERATPUN BEBANAN YANG DITANGGUNG, PERMUDAHKANLAH URUSAN ORANG LAIN. BERAKHLAQ BAIKLAH SEPERTI AKHLAQ NABI SAW, KEJAHATAN ORANG BAGINDA BALAS DENGAN KEBAIKAN. TUBA DI BALAS SUSU. SEMAIKANLAH AKHLAQ 'AZIMAH. KERANA PADA SEBUAH AKHLAQ, DI SITU ADA PINTU HIDAYAH..
Khamis, Julai 15, 2010
Bersangka Buruk
The story of Shaykh Abdullah Al-Andalusi
This is a story filled with lessons and warning, anyone who is in a high position of academic activity or in Tasawwuf or in any other service of Deen will derive benefit and guidance from it. They will learn that it is of utmost importance for one to avoid thinking of others as being inferior to him. They should always remember the advice of Shaykh Shahabuddin Suhrawardi (rah), the spiritual guide of Shaykh Saadi (rah): “Never become self-conceited and never look down upon anyone else.”
This story takes place at a time when piety, trust and righteousness was quite prominent in the lives of the people. In every town there were numerous Ulema and pious men, especially in Baghdad, which at the time was the seat of the Islamic State. It was a gathering place for the jurists, scholars of hadith, and the saints. In this city among all these pious people, was one Abu Abdullah Al-Andalusi (rah), who had thirty khanqahs (spiritual retreats) in Baghdad. In addition he was a well-known scholar and muhaddith and it said that the number of his disciples was 12,000. He knew 30,000 hadith by heart, and could recite the Quran in all the various ‘Qiraats’.
On a certain occasion he was going on a journey and was accompanied with a large crowd of attendants among whom were the well-known Junayd Baghdadi (rah) and Shibli (rah). Hadrat Shibli (rah) continues the story: “Our caravan was travelling along quite nicely, safely and comfortably until we passed by an area where Christians were residing. It was already time for Salaah, but because of the unavailability of water, we had not performed it yet. When we reached the Christian village, a search was made for water. We went about the village and discovered the town had many temples, sun-worshipping altars, synagogues and churches. Some of them worshipped the sun, some were worshipping the fire, and some were directing their pleas at the cross. We passed all this and reached the outskirts of the town, where we found a well and a few girls drawing water for people to drink.”
Shaykh Abu Abdullah’s (rah) eyes fell upon one of the girls who stood out from the rest through her exquisite beauty. She was dressed in beautiful clothes and adorned in jewelry. The Shaykh (rah) asked the other girls who she was. They replied: “This is the daughter of our chief”. The Shaykh (rah) replied: “Then why did her father degrade her to such an extent that she has to sit by the well and give people water to drink?”
The girls replied: “He does not want her to sit around and be proud and boastful of her father’s possessions”. Hadrat Shibli (rah) says: “The Shaykh (rah) sat down with his head bent forward and remained silent like that for three days. At the time of Salaah he would perform his Salaah.” On the third day becoming despondent with his situation, I decided to speak to him. I said: “O Shaykh, your mureeds (disciples) are very worried and perplexed at this continued silence of yours. Please speak to us. What is the problem?”
The Shaykh (rah) replied: “My beloved friends! For how long can I keep my condition hidden from you? My heart has become filled with love for the girl we saw the day before yesterday. So much has this love filled me that it is in control of all my limbs. It is not possible for me under any circumstance to leave from here.” Hadrat Shibli (rah) replied: “Our leader! You are the spiritual guide of all Iraq. You are known for your piety, knowledge and virtues. Your disciples number over 12,000. I beg you through the Holy Quran not to disgrace us.” The Shaykh (rah) replied: “My beloved friends, your lot and my lot has already been sealed by fate. The cloak of sainthood has been removed from me and the signs of guidance have been taken away from me. What has been predestined has come to pass, now I am nothing.” Saying this the Shaykh (rah) started weeping bitterly.
When the people heard of our return, they turned up in large numbers at the outskirts of the city to come and meet the Shaykh (rah) . They saw that he was not with us and asked about it. We told them the entire story. They was a lot of sorrow and crying. Many fell down in prayer begging Allah to guide the Shaykh (rah) to the right path and return him to his former position. In the meantime all the khanqahs were closed down. We were still talking about the Shaykh’s (rah) tragedy one year later when we decided to visit that town again and find out how he was. A group of us set forth and after enquiring were told that he was in the woods looking after pigs. We said: “Allah protect us! What has happened? The villagers told us that he had proposed marriage to the daughter of the village chief. The girls father had accepted the proposal on the condition that he would look after the pigs.”
“With tears streaming down our eyes, we went to the woods where he was rearing pigs. We saw him with a string of sacred beads around his neck. He stood leaning on a staff as he watched the pigs, standing in the same way in which he stood when he used to deliver the Khutbah for us. This was like rubbing salt into our open wounds.”
When he saw us coming towards him he bent his head in shame. We came nearer and said “Assalamu Alaykum.” He replied: “Walaykumus salaam”. Then Hadrat Shibli (rah) asked: “Shaykh (rah) inspite of your knowledge and virtue what is this that has happened to you?” The Shaykh (rah) replied: “My brothers! I am now no longer driven by my own choice and will. Whatever Allah has desired for me, He has done with me. After having brought me so near to His door, He has now thrown me very far away from Him. Who is there that can overturn the decree of Allah? O my brothers, fear Allah’s power and wrath. Never become proud and arrogant regarding your knowledge and virtues. Then turning towards the heavens he said: “O my Lord, I never expected that You will make me so disgraced and despised and send me away from Your door.” Then he began crying bitterly and appealing to Allah.
Seeing the Shaykh (rah) in such hopelessness, they left for Baghdad. However on the way they saw the Shaykh (rah) in front of them coming out of a river, where he had just performed a bath. In a loud voice he said: “I bear witness that there is none worthy of worship besides Allah and I bear witness that Muhammad (sallahu alayhi wa sallam) is the Messenger of Allah”
The Shaykh (rah) asked us for pure clothing to wear. He then started performing Salaah after which he was asked the reason why he was put through such an intense trial? The Shaykh (rah) replied: “When we arrived in the village and saw the temples, synagogues and churches and we saw fire-worshippers busy worshipping things other than Allah, a pride overtook my heart. I thought that these people were so foolish to worship lifeless things. At that time I heard a voice inside me saying: ‘This Iman that you have, in not part of your virtue or good qualities. All this is merely Our favors upon you. Do not consider your faith to be of your own choosing, that you can now look down upon these people with despising eyes. And if you so wish, We will test you now.’ At that moment I felt has if a dove had left my heart and flew away. That was in fact my Imaan.”
Hadrat Shibli (rah) relates: “Thereafter our caravan arrived in Baghdad with great joy all around. All of his mureeds were extremely happy that the Shaykh (rah) had reverted to Islam. He resumed his activities in Tasawwuf, Tafseer and Hadith. The Khanqahs were reopened and in a short while, his mureeds numbered over 40,000.”
Khamis, April 01, 2010
Destinasi Abadi
Satu ketetapan yang dijadikan Allah bahawa dalam kehidupan dunia ini, kesenangan dan kesusahan telah disatukan. Ada kalanya kita senang, ada ketikanya kita dalam kesusahan. Terkadang kita di atas, terkadang kita dibawah. Lumrahnya kesenangan dan kesusahan mahupun kegembiraan dan kesedihan akan datang dan pergi silih berganti.
Akan tetapi, kehidupan akhirat yang akan kita tempuhi nanti adalah sebuah kehidupan yang terpisah didalamnya antara kesenangan dan kesusahan. Jika seseorang itu di dunia dia mentaati Allah, mengamalkan sunnah, menekan nafsu dan berbuat kebaikan, maka kesenangan yang akan dinikmatinya di akhirat nanti adalah kesenangan yang selama-lamanya. Kegembiraan yang akan dikecapinya adalah kegembiraan yang tiada penghujungnya. Kehidupannya adalah di dalam syurga yang dipenuhi segala kenikmatan dan kebahagiaan. Bahkan hari demi hari di akhirat nanti akan bertambah kesukaan dan kegembiraannya.
Amat malang bagi mereka yang sewaktu didunia tidak mentaati Allah, tidak mengamalkan agama dan hanya menuruti hawa nafsunya, kehidupan akhirat yang akan ditempuhinya adalah kehidupan yang dipenuhi kesusahan yang berpanjangan. Kesusahan di akhirat adalah kesusahan yang teramat susah. Hari demi hari sentiasa dengan penyesalan yang teramat sangat. Tempatnya di akhirat dipenuhi segala macam azab. Semakin hari semakin sengsara, semakin hari semakin derita. Na'uzubillahi min zalik.
Begitu juga kesenangan dan kesusahan di dunia ini bukanlah kesenangan dan kesusahan yang sebenar. kesenangan dan kesusahan yang sebenar adalah di akhirat nanti.
Kesenangan di dunia adalah laksana setitis air jika dibanding dengan kesenangan di akhirat yang seluas lautan. Kenikmatan didunia adalah terlalu sedikit dan terhad. nikmat makanan di dunia hanya di lidah dan tekak, sedangkan nikmat makanan di akhirat seluruh badan terasa kenikmatan. Kesenangan di dunia mudah menjemukan, akan tetapi kesenangan di akhirat tiada bosan dan jemu. Allah telah menyediakan kegembiraan dan keseronokan yang berpanjangan.
Didunia tidak semua tempat dipenuhi keindahan, akan tetapi di akhirat segala tempat adalah indah dan menarik. Dihembuskan dengan wangian yang harum semerbak, dialunkan dengan alunan puji-pujian yang menyasyikkan, dilayan dengan layanan yang amat istimewa, setiap latar pemandangan begitu mempersona, keluasan yang sekurang-kurangnya lebih luas dari sepuluh kali ganda besar dunia ini, dialah rajanya. Akan dipakaikannya dengan pakaian yang indah dan menawan, dari kain yang terbaik dari segala kain. Disediakan untuknya mahligai dari permata dan bermacam bahan binaan yang tidak terjangkau dek akal. Apa terlintas semua tersedia. Kesenangan akhirat kenikmatannya, kebahgiaannya, keseronokkannya tidak terbanding dengan kesenangan di dunia yang secangkir cuma ini. Kesenangan di akhirat adalah kesenangan sebenar. Harganya: Taati Allah dan rasul di dunia ini.
Sedangkan kesusahan di dunia juga bagaikan setitis air jika hendak dibanding dengan kesusahan di akhirat yang seluas lautan. Kesusahan di dunia adalah terlalu sedikit jika dibanding dengan kesusahan di akhirat. Susah di dunia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sedangkan di akhirat, kemana hendak dikais kesenangan buat menutup kesusahan. Jika lapar di dunia, boleh dicari sesuap makanan buat menghilangkan kelaparan, sedangkan lapar di akhirat akan diberikan padanya makanan dari buah berduri yang mengazabkan dan minuman dari nanah yang amat menjijikkan. Kekenyangan yang sama sekali tidak berbaloi. Selain itu akan dipakaikan padanya pakaian yang sangat busuk, akan disiksa ia dengan siksaan yang berat. Akan menjerit melolonglah ia dalam tempoh yang sangat lama. Susah di dunia, boleh dicari handai dan taulan meminta bantuan, sedangkan susah di akhirat kemana bantuan hendak di cari. Kesusahan di akhirat temannya adalah kegelapan, kepanasan, kekotoran, kelaparan, kesengsaraan, tangisan dan penyesalan.
Susah dan sakit di dunia ada batasnya, jika tidak hari ini sembuh, esok lusa sembuhnya ia. Jika tidak esok lusa, seminggu dua, atau sebulan dua atau bertahun lamanya mungkin akan sembuh juga. Jika tidak sembuh sekalipun, kematian akan menjadi penamat kepada kesakitan tersebut. Akan tetapi kesakitan di akhirat, adalah kesakitan yang tiada penamat dan kematian. Hancur tubuh sekalipun akan bercantum kembali menyambung kesakitan yang berpanjangan. Sesungguhnya kesusahan di akhirat tidak terperi deritanya, serta tidak mampu bahasa hendak merungkaikannya. Nau'zubillah.
Kesusahan di dunia bukanlah kesusahan sebenar, sedangkan kesusahan sebenar adalah bermula setelah kematian.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri, agar tidak terbuai dengan kenikmatan dunia serta tidak lupa akan kehidupan sebenar iaitu kehidupan akhirat yang menanti. Allah swt menghantar kita di dunia ini adalah untuk kita bahagia di akhirat, maka taatilah Allah dan rasul, selagi hayat masih ada. Bersama berusaha dan mengajak orang lain menjadi di kalangan mereka yang bahagia di dunia dan akhirat.
-Ishak Zaini, SMK Kompleks KLIA, April 2010.