Ahad, November 01, 2009

Katakanlah: Inilah Jalanku..


Assalamu'alaikum..

Firman Allah swt:

قُلْ هَـذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَاْ وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللّهِ وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf: 108)

Cukup terang dan jelas bahawa inilah jalan Nabi s.a.w dan pengikutnya. menyeru manusia kepada Allah dengan basirah.

Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi berpesan: Jadikanlah diri kamu bergerak di muka bumi ini dengan membawa sifat matahari yang memancarkan cahayanya ke seluruh alam dan nur kamu adalah iman di dalam hati serta mendakwahkan agama dengan amalan, akhlak, dan ikhlas seperti Rasulullah s.a.w. Terdapat tiga sifat matahari iaitu bergerak membawa cahaya, tetap berterusan bergerak (istiqamah) dan tidak meminta balasan daripada setiap benda yang disinarinya. Kita juga seharusnya bersifat begitu. Bergerak memancarkan cahaya dan berterusan bergerak. Jadikan sifat ini asas kerja dakwah, tanpa mengambil keuntungan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 51 yang bermaksud “Daku tidak meminta upah dari kamu.”


Tiada ulasan: