Assalamu'alaikum..
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah kehidupan yang sangat sementara. Kehidupan dunia akan berakhir suatu hari nanti sedangkan akhirat adalah sebuah kehidupan yang tiada akhirnya. Umur dunia mungkin panjang lagi, tetapi apa yang pasti umur kita tidak akan sepanjang umur dunia ini. Dan apa yang pasti juga, kehidupan akhirat itu maha panjang.
Sayangnya, kita lebih faham keuntungan kebendaan di dunia ini berbanding kerugian akhirat dan amal-amal agama. Kita faham nilai perkerjaan dunia yang kita usahakan, kita faham nilai rm50, rm 100, rm1000 dan sebagainya, kita tahu dengan rm1000 kita boleh dapat apa, tetapi kita payah nak faham nilai solat berjemaah, nilai 2rakaat solat sunat tahjud, nilai sedekah, nilai membaca al-Quran, zikir dan amal-amal agama yang lain.
Para sahabat r.a jika mereka tertinggal takbiratul ula solat berjemaah sahaja, mereka akan bersedih dan berkabung selama tiga hari seolah-olah telah mengalami kerugian yang amat sangat. Para sahabat r.a adalah manusia-manusia yang sangat faham akan nilai akhirat.
Lain pula halnya dengan kita, kadang-kadang kita sanggup kebelakangkan amal agama demi nak bentuk keduniaan kita. Bertambah hairan sebab kita tak rasa bersalahpun membelakangkan amal demi untuk membina dunia kita itu. Sebagai contoh solat: Apabila telah berkumandangnya laungan azan menandakan telah masuk waktu solat (lelaki sepatutnya berduyun-duyun bersegera menuju ke rumah Allah dan para wanita sepatutnya bersegera solat di awal waktu), tetapi apa yang biasanya terjadi ialah kita masih sibuk mengutamakan kerja-kerja membina dunia kita atau masih sibuk berkerja dengan alasan untuk mencari rezeki. Sedangkan Allah hubungkan rezeki itu sendiri dengan solat.
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Thaha: 132)
Betapa telah jauhnya faham kita berbanding dengan faham para sahabat r.a. Renungkan sahabat r.a rela mewakafkan kebunnya kerana kebunnya menjadi penyebab lalai dalam solat. Jika akhirat para sahabat bergoyang, mereka sanggup lepaskan dunia mereka untuk meneguhkan akhirat mereka. Kita pula terbalik, kita sanggup lepaskan akhirat kita demi nak memperteguhkan dunia kita. Amat menghairankan kita tak rasa bersalahpun melewat-lewatkan solat demi dunia kita, apatah lagi nak rasa bersalah sebab bermalas-malas mengerjakannya dan tak khusyuk dalam solat. Kemudian kita bertenang diri seolah-olah dengan tindakan kita itu telah cukup untuk menarik redho Allah.
Tambah nak menyedapkan hati, kita bandingkan diri kita dengan orang yang tak solat. Maka jawapannya 'saya lebih baik dari mereka yang tidak solat'. Oh, betapa jauhnya kita. Jangan dibandingkan rohani kita dengan orang yang lebih rendah dari kita, tapi bandingkanlah rohani kita dengan rohani para sahabat r.a. Bandingkan kualiti solat kita dengan kualiti solat para sahabat r.a. Amatlah rugi jika kita hanya faham dunia dan kualiti ISO 9001 sahaja. Berusahalah ke arah nak mencapai kualiti rohani sebagaimana rohani para sahabat r.a juga. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini amat sementara, sedangkan akhirat itu kekal abadi.
4 ulasan:
insya-Allah saya azam keluar IPB, doakan saya
Aslmkm..
Alhamdulillah..
sepagi atau sepetang berada di jalan Allah lebih baik dari dunia dan segala isinya..
Moga Allah mudahkan urusan tuan.. amin..
mohon dselitkan nama saya juga dicelah doa tuan terhadap umat yg amat bernilai itu..Jazakallah..
hm.. bila tuan nak bertolak..
masyaAllah tuan... baca artikel ni buat saya muhasabah. janji Allah, solat dpt cegah fahsya' dan mungkar, tapi solat saya, dalam solat masih lagi buat mungkar... Astaghfirullah.. mohon doakan saya. saya azam kluar dua bulan cuti summer ni kat U.K. doa supaya Allah kesian pd sy dn pilih saya utk kluar.. baiki iman dan amal.
Aslmkm..
amirhailmi..
jom sama2 jaga solat di awal waktu, berjemaah di rumah2 Allah..
banyak manfaatnya..
Sesungguhnya yang memakmurkan masjid2 Allah adalah orang-orang yang beriman pada Allah dan hari akhirat..
masjid adalah pintu rahmat Allah. Pintu rahmat Allah itu sentiasa terbuka utk sesiapa yang mengetuknya..
orang yang datang ke masjid adalah tetamu Allah. Allah akan layan tetamu2nya dengan layanan istimewa di akhirat kelak..
saya doakan moga Allah mudahkan urusan enta nak khuruj fi Sabilillah.. nanti enta khuruj tolong doa utk saya sama ya.. Jazakallah..
Catat Ulasan