Khamis, Ogos 09, 2007

ُKeikhlasan..


Assalamu'alaikum..


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : قاتلت فيك حتى استشهدت قال : كذبت , ولكنك قاتلت ليقال جريء , فقد قيل : ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار , ورجل تعلم العلم وعلمه , وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : تعلمت العلم , وعلمته , وقرأت فيك القرآن , قال : كذبت , ولكنك تعلمت ليقال : عالم , وقرأت القرآن ليقال : قارئ فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار ورجل وسع الله عليه وأعطاه من اصناف المال كله ، فاتي به فعرفه نعمه فعرفها ، قال : فما عملت فيها ؟ قال : ماتركت من سبيل تحب أن ينفق فيها الا أنفقت فيها لك قال كذبت ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه ثم القي فى النار


Dari Abu Hurairah ra, 'Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda' :

'Sesungguhnya yang pertama-tama diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang telah mati syahid. Setelah ia didatangkan, Allah swt memperingatkan nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.'

Allah swt telah bertanya, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?'. Orang itu menjawab, 'Saya telah berperang dijalanMu sehingga saya telah gugur syahid.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu berperang supaya dikatakan seorang pahlawan dan perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Orang yang kedua ialah seorang lelaki yang telah belajar ilmu pengetahuan, mengajarkannya, dan juga membaca al-Quran. Dia didatangkan di hadapan Allah swt dan Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.

Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?' Lelaki itu berkata, 'Saya telah belajar ilmu dan mengajarkan ilmu itu. Saya juga belajar al-Quran keranaMu.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, sebaliknya kamu belajar supaya kamu dikatakan seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran supaya kamu dikatakan seorang qari dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Orang ketiga ialah seorang lelaki yang Allah swt telah permudahkan rezeki baginya serta mengurniakannya dengan segala jenis harta. Maka dia didatangkan lalu Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.

Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu? Orang itu menjawab, 'saya telah membelanjakan pada jalan-jalan yang Engkau suka, untuk keredhaanMu. Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu telah membelanjakannya supaya kamu dikatakan seorang dermawan dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

(Hadith riwayat Muslim- dipetik dari kitab Misykat)

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum , insya Allah kita di kekalkan dalam usaha yang mulia ini

zarzh berkata...

Asalam, singgah sebentar diblog tuan, masyallah, berisi tulisan tuan, semoga Allah merahmati usaha tuan.
Sesungguhnya keikhlasan itu salah satu rahsia dari Allah dan dititipkan kehati hamba yang dikehendaki.
Kerana itu, kita sebagai hambaNya sayugialah sentiasa memeperbaharui niat kita diwaktu permulaan sesuatu amal, dipertengahan dan juga diakhirnya, agar sentiasa amal kita diterima oleh Allah.
Doa untuk saya....

habsi berkata...

Ikhlas umpama seekor semut yang hitam di atas batu yang hitam dimalam yang gelap gelita

TokbatinSenoi berkata...

Assalam,
'Insan' yang mengerti 'ERTI IKHLAS', sesungguhnya 'TIADA IKHLAS'.

Tangan 'KIRI' tidak sadar ketika tangan 'KANAN' memberi.

PENDEKAR berkata...

sampaikan walau sebaris ayat

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

Salam,jemput muzakarah di blog saya dan jangan lupa add blog saya

fosilmitra berkata...

Assalamu'alaikum wbt.

Itulah kehidupan.... thanx for sharing n caring...

Wassalam.

Acik Fosilmitra

日月神教-任我行 berkata...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室