Khamis, Mei 06, 2010

My Ordinary Life 2



Sedar-tak sedar sudah kira-kira tiga minggu aku tamatkan Diploma Pedidikan Lepasan Ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih teristimewa buat si intan payung yang tahun lepas bertungkus lumus mengisikan orang permohonan hero kesayangannya ini. Jasamu ku abadikan disini.

Banyak ilmu yang ditimba selama enam bulan berkursus dan empat bulan praktikel. Seusai sesi pengajaranku di salah sebuah kelas terakhirku, dengan nada sedih ku beritahu pelajar-pelajar bahawa ini adalah kelasku yang terakhir bersama mereka. Maka satu kelas menjadi hiruk pikuk mendengar berita mengejut ini lalu salah seorang daripada pelajar bertanya. “Ustaz nak pergi mana lepas ni”. Maka spontan ustaz kesayangannya itu menjawab, “InsyaAllah saya nak ke Sabah, tolong doakan saya.”

Satu jawapan untuk dua misi.

Dan Alhamdulillah, beberapa hari lepas tercapai sudah misi pertama nak ke Bumi di Bawah Bayu bersama keluarga. Terima kasih teristimewa buat keluarga bakal besan mak sebab menerima dan melayan kami dengan sangat baik selama kami di Sabah. Tak sangka kalian menyambut kami seisimewa ini. Semoga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Jazakumullahu khairan Jazak.

Misi kedua pula, ialah hendak menabur bakti di Sabah. Harap-harap dapatlah rezeki nak berkhidmat di Sabah. Pengetua Cemerlang SMK Kompleks KLIA, Tn. Haji Mat Fiah selalu memberi kata-kata semangat untukku berkhidmat di Sabah. Yalah, orang yang dah dahulu makan garam. Beliau sepuluh kurang dua tahun bertugas di Sabah katanya.

Seorang lagi yang yang kuat memberi dorongan ialah mantan Pensyarah Institut Aminuddin Baki, Cikgu Abd Rahman. Lama juga beliau berkhidmat di Sabah, dan isteri beliau juga adalah orang Sabah. “Allah nak kamu buat usaha agama di Sabah.” katanya Terima kasih bebanyak cikgu. Juga rakan-rakan yang lain yang banyak mendewasakan diri ini. Hazwan, teman sebilikku selama tiga tahun di UKM dulu serta kaum keluarga dan bakal kaum keluarganya, rakan-rakan guru, rakan-rakan seusaha, rakan-rakan sepengajian. Terima kasih tidak terhingga buat semua.

Sekarang ini, ada lagi sedikit masa tersisa sementara nak tunggu posting yang harus di manfaatkan sepenuhnya. Maka rindu nak mengabdikan diri pada Allah pun berbunga, ada misi kemanusiaan yang hendak ku lakukan untuk ummat. Ceewah.. Cuma nak servis sedikit iman ini dengan amalan-amalan nurani, mengusahakan agar amalan agama yang sempurna dapat diamalkan oleh diri ini dan ummat seluruhnya. Mempersiapkan diri menjadi suami yang soleh, menantu yang baik dan sebagainya. Siapa nak join jomlah. :)

My Ordinary Life: Sekolah dan Kehidupan

Sesebelum ni blog What Is Life ini berisi dengan artikel sekitar tentang kehidupan sahaja, memetik kalam-kalam hikmah untuk perkongsian bersama. Itu pun tak banyak. Kali ni saja nak selitkan cerita pasal kehidupan peribadi pula. Teringat janji pada pelajar-pelajar nak abadikan kenangan bersama mereka di blog ini. Tak sangka ada di kalangan kalian yang membaca. InsyaAllah, Artikel ni saya dedikasikan khas untuk kamu semua, terutama pelajar Tingkatan 4 Nurani, 4 Anggun, dan 2 Rasional SMK Kompleks KLIA, Nilai.

Ingin saya katakan bahawa saya pun sangat seronok dapat berkongsi ilmu dengan kamu semua dari Januari hingga April 2010. Terima kasih kerana memberi kerjasama yang baik kepada saya selama saya menjadi guru pelatih di SMK Kompleks KLIA. Kalian tetap selamanya dalam ingatan saya. Maaf sebab saya hanya memberitahu di saat-saat akhir bahawa saya nak pergi. Apapun Selamat Maju Jaya dunia akhirat buat korang semua. Semoga jalinan kita dapat berterusan di alam mercu maya ini. Apabila ada kelapangan, ziarahlah saya di sini. Kepada bekas pelajar saya yang sudi bertandang ke blog ini, tolong sampaikan salam saya kepada rakan-rakan di kelas kamu.


Kelas Terakhir bersama pelajar Tingkatan 4 Nurani


4 Nurani dalam kenangan, Jazakumullahu khairan kathira


Tingkatan 4 Anggun yang Best


Pelajar Kelas 2 Rasional


2 Rasional lagi



Replika Kaa'bah: Program Lambaian Kaa'bah 2010 SMK Kompleks KLIA, Nilai.


F1 Sepang 2010: Guru pengiring tapi bebudaknya entah ke mana