Ahad, Januari 06, 2013

Setahun Yang Berlalu


Umur dah dekat setahun baru tumbuh gigi, tu pun dua batang je. Tapi mulut Kak Long sangat petah bercakap sampai kadang-kadang tak larat nak layan berborak dengan dia. Bercakap dalam bahasa Bajau yang dia sorang je faham. Hehe.
Alhamdulillah, sedar tak sedar sudah berbulan-bulan blog abi dan blog umi bersemak samun tak update setahun masa berlalu, zuriat sulung kesayangan kami yang Allah anugerahkan ini semakin menuju kedewasaan. Dari dahulunya yang bersaiz sebesar dua tapak tangan, sekarang dah tak larat nak dukung dah, kena usung pakai stroller seberat 10kg. Dari dahulunya yang tak tahu apa-apa, sekarang Alhamdulillah semua benda dalam rumah Kak Long dah pandai kumbah dah macam-macam perkara Kak Long tahu, semakin mengenal erti kehidupan.

Mengenang kembali satu persatu perubahan yang berlaku, setiap kejadian yang disusun atur oleh Allah dari seorang bayi menjadi seorang yang dewasa, terasa betapa hebat dan agungnya kuasa Allah, dan betapa kita ini sangat kerdil. Benarlah bahawa kita tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan izin dari Allah juga semuanya. Dari bayi yang hanya tahu menangis jika mahukan sesuatu, kemudian mula pandai bergolek, seterusnya mula pandai duduk, merangkak, berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Semuanya Allah yang atur, Allah yang maha kuasa lagi maha bijaksana. Allah yang berkuasa menghidupkan, Allah jua yang berkuasa mematikan.

Rezeki yang Allah tentukan untuk kami masih di Semporna, masih berlaukkan ikan kayu, ikan tulai, ikan tikus, ikan balawis, ikan basung dan lain-lain. menghirup udara dari Laut Sulu yang jernih airnya pada saki baki usia yang Allah berikan, buat meneruskan kehidupan di persinggahan dunia yang sementara ini. 2012 yang melabuhkan tirainya meninggalkan sedikit rekod yang agak baik buat rakan-rakan seusaha di Semporna, tahun 2012 mencatatkan sedikit peningkatan dalam usaha pengeluaran jemaah masjid, Alhamdulillah. (yang faham tu faham lah, yang tak faham boleh skip insyaAllah: tahun 2011 dari Halkah Semporna Darat hanya tiga jemaah 40hari dapat dikeluarkan, manakala tahun 2012 sebanyak sembilan jemaah 40 hari dapat dikeluarkan ke jalan Allah, peningkatan sebanyak enam jemaah) Syukur, semoga masjid-masjid dan surau di seluruh Semporna dan seluruh alam dapat diimarahkan. Semoga semakin ramai hamba-hamba Allah yang taat dapat dibentuk. Semoga agama kembali bersinar sebagaimana bersinarnya agama ketika dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Marhalah kami pun Alhamdulillah lima amal jemaah masjid dengan izin dan bantuan dari Allah masih dapat dihidupkan sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada kisah kami anak-beranak, Alhamdulillah syukur Ummu Asma' semakin membesar dengan jayanya, hari-hari melihat telatahnya bermain merupakan saat-saat yang sangat membahagiakan, paling best asyik nak ikut Abi pergi ke masjid, bila Kak Long tengok je Abi menyarung kurta dan kopiah, dia pun terus meluru depan pintu buat muka penuh harapan minta dibawa dia sekali, selalu juga Abi bawak Kak Long jika melihat moodnya baik dan tidak berpotensi mengganggu jemaah masjid yang lain. Alhamdulillah setakat ini belum pernah lagi Kak Long melalak menangis time orang lain solat. Pandai Kak Long duduk diam kat sebelah memerhati Abinya solat. Natijahnya sekarang ni Kak Long suka 'solat' cara dia iaitu suka bersujud walau di mana jua dia berada dan tidak mengira waktu, agak-agak dia nak solat nanti dia pun sujud je, paling tak tahan pernah Kak Long sujud dalam bilik air. Hehe.

Balik kampong.. ho ho ho balik kampung.. tahun 2012 tiga kali Kak Long balik semenanjung jumpa Wan, Atuk, Nenek, Makcik-makcik, pakcik-pakcik, moyang-moyang, sepupu sepapat dan lain-lain.

Alhamdulillah balik kampung baru-baru ni takdir Allah musim buah kat rumah Wan (nenek Kak Long di Pahang), jadi setiap hari la mengadap buah. Mengadap durian berguni-guni sampai tak larat nak makan. Siap boleh eksport ke Melaka dan Negeri Sembilan lagi, niat di hati nak eksport sampai ke Sabah, tapi apakan daya kastam tak bagi bawak tangan tak sampai.
Kak Long dan ummi @ Gemas.

Kak Long dan sepupu-sepupunya, Kak Sumayyah dan Kak Sulaim di dewan sekolah lama ummi yang bersejarah sebab ummi selalu naik ke pentas ni sebab selalu jadi best student.
Budak kena dera berdiri kat dinding latih supaya cepat belajar berjalan, dah setahun masih merangkak lagi.

Sempena umur Kak Long genap setahun, maka Ummi hadiahkan Kak Long sepasang subang emas mengerlip-ngerlip berbentuk love ini yang dibelanja oleh Abi.
Imbas kembali, Ummu Asma' setahun yang lalu beberapa minit selepas dilahirkan.

Setelah setahun, jeng jeng jeng. Hehe. Amacam. Masih sama tak mukanya berbanding semasa lahir dulu? Lemak-lemak kat pipi macam dah kurang sikit. Hoho. Lemak kat perut Abi pulak bila nak kurang?
Sempena umur Kak Long bakal mencecah dua tahun pada tahun 2013 ini, mula-mula kami suami isteri merancang untuk keluar 40 hari masturat pada November-Disember 2013. Akan tetapi nampak gayanya seperti rancangan terpaksa ditunda lagi dua tahun. Apakan daya Kak Long belum genap setahun ummi dah ditakdirkan mengandung lagi. Berkat.. Alhamdulillah syukur jugalah berita baik ini. Ada rezeki insyaAllah bulan syawal nanti Kak Long dapatlah adik. Kalau rezeki anak lelaki, ummi awal-awal beri cadangan nak letak nama Umar. Kalau anak perempuan pula Abi nak bagi nama samaada Maryam (Ibu Nabi Isa a.s), Asiah (Ibu angkat Nabi Musa a.s), Sarah (Ibu Nabi Ishak a.s) atau Hajar (Ibu Nabi Ismail a.s) insyaAllah. Tak dapat 40 hari masturat, azam kami kalau dapat untuk keluar 10 hari masturat pun jadilah insyaAllah. Mohon kawan-kawan doakan untuk kami. Jazakumullah. :)

7 ulasan:

Ana Faqirah berkata...

Asalamualaikum

Ni kak aida ahlia shamsul baharin... Owh dah nak masuk dua ya. Tahniah ummu dan ishak :-) s

ukhti,mardhiah berkata...

Assalamualaikum abang Is...ala..post la durian tu semua kt pineng len kali...:)

Wahhh...Alhamdulillah dan tahniah, diah syorkan abang dgn kak umu, bg nama "Sarah" kalau dpt bby gal taw taw taw....sedap nama tu...

Comel kak long makin besar, tp cik yah makin muda!

:)

Tanpa Nama berkata...

bila cik diah makin perasan.......yg sentiasa muda..mak uda la...tahniah..ye

fuad ansari berkata...

cepat kak long dapat adik.. alhamdulillah... tahniah ustaz... (",)...

seronok tgk anak2 membesar sambil melihat telatah mereka.. (",)

Tanpa Nama berkata...

Kecohh!

Ishak Zaini berkata...

Wa'alaikumsalam wbt,

Kak Aida,
Jazakumullah. Semoga Allah permudahkan akak dan abg sham untuk mendapat zuriat juga.

Dinda Diah a.k.a cik wowo
InsyaAllah macam berkenan juga nama Sarah tu, tapi kak umu minat nama Asiah pulak. Nantila istikharah dan mesyuarat betul-betul baru letak nama insyaAllah, sekarang baru terbayang-bayang je beberapa nama yang bagus-bagus. Jazakillah asam yang diah kirim tu, orang mengandung suka mengidam, ikram je la.

Mak Uda,
Jazakumullah, mohon terus titipkan doakan yang baik2 untuk adik sepupu Mus'ab ni. Err Mus'ab cucu atuk janggut no berapa dah ek?

Fuad Ansari,
Long time not see, Jazakumullah, semoga Husna pun dikurniakan seramai-ramai adik. Hmm, sejak kami join faceebook ni, kurang dah masa nak berblog.

Tanpa nama,
Terima kasih, banyak saya dapat belajar dari akhlak kamu. :)

Umma-ali berkata...

assalamualaikum,
umi tumpang gembira...
kaklong nak dpt adik...
nnti bole tlg buai adik sampai lelap mcm kak sofiyyah! :)