Khamis, September 06, 2012

Album Raya 2012

Kata seorang ulamak dakwah, hendaklah kita menjalani kehidupan seperti menyambut bulan Ramadhan, dan natijahnya insyaAllah akhir kehidupan kita nanti Allah akan mengurniakan kegembiraan sebagaimana kita menyambut anak bulan syawal.

Maksudnya, jadikanlah dunia ini ialah tempat untuk kita bersusah payah kerana agama, kerana kepahitan yang kita tanggung untuk agama di dunia yang sementara ini adalah sebuah kemanisan yang hakiki yang kita akan kecapi di kehidupan akhirat nanti.

Sekadar berkongsi renungan yang bersangkutan dengan musim raya ini.

Adapun entri kali ini cuma nak berkongsi gambar kenangan keluarga ketika menyambut hari raya tempoh hari. Alhamdulillah kesempatan cuti seminggu pulang ke semananjung dapat di manfaatkan sebaiknya menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara yang berada di seberang laut sana.

Kak Long, Ummi dan Abi
Orang tengah sedap tidur, di ajak raya pulak.
 
Kak Long dan moyangnya, oyang Saa'diah

Muka ceria nak pergi kutip duit raya. Ummi di belakang turut bergembira.

Raya pertama @ Pahang


Kak Long dan Pak Su

Kak Long, Ummi dan Wan (nenek Kak Long)

Inilah buah hati pengarang jantung tumpuan Ummi siang dan malam sekarang, sampai bersemak samun dah blog Ummi tak ada masa nak update. Hehe.

Makcik pakcik dan sepupu-sepupu Kak Long beraya bersama gajah di Santuari Gajah Kuala Gandah Lanchang Pahang.



Welcome to the club, Ummu Hani bt Mohd Hamim, sepupu baru Kak Long lahir pada 2 Syawal.
Kak Long dan sepupunya, Kak Nun Safiyyah, sama-sama lahir bulan 12 2012.

Sedar tak sedar dah 8 bulan usia Ummu Asma'. Sekarang dah pandai merangkak dan merayap, cuma gigi belum tumbuh-tumbuh lagi.

Anak Ummi dah penat.
Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan kami kepada kalian selama ini. Selamat menyambut Aidilfitri, selamat berumah terbuka dan selamat berpuasa enam hari di bulan Syawal. Tak lupa juga ucapan selamat pengantin baru kepada blogger need-iman yang bakal mendirikan masjid pada hujung minggu ini. Barakallahulakuma. InsyaAllah Sabtu ini kami bercadang ke Sandakan makan nasi minyak meraikan pengantin pada tarikh yang dijemput.

6 September 2012
19 Syawal 1433H


3 ulasan:

the fikirman berkata...

tembab la dia ..
hahaha..
kelakar je tengok.

Egg Head berkata...

yup...
comelnya kak long bila pakai tudung.....

mcm nak cubit jak pipi kak long...tembam sgt....hehehe..

salam raya gak ustad....

Commonwealth Life Perusahaan Asuransi Jiwa Terbaik Indonesia berkata...

Woow amazing picture. amazing share.