Jumaat, Julai 20, 2012

Semangat Ramadhan

Jalanilah kehidupanmu seperti menyambut bulan Ramadhan, nescaya kematianmu kelak seperti menyambut anak bulan Syawal. Petikan kata hukama'.

Sempena Ramadhan kali ini, ada beberapa azam peribadi yang hendak dicapai insyaAllah. Paling penting banyakkan amalan untuk mencari redha Allah.
Antara azam Ramadhan tahun ini:
1. Tak tinggal solat fardu dan solat terawih di masjid. (Termasuk usaha mengimarah dan menghidupkan amal-amal masjid)


2. Azam hendak khatam quran sekurang-kurangnya sekali dalam Ramadhan ini. Zaman sekarang dah canggih, boleh simpan quran dalam handphone atau tablet, lebih ringan dan mudah dibawa. Apapun tak kisahlah al-Quran lama mahupun al-Quran dalam handphone, yang penting ianya 'DIBACA'.


3. Nak banyakkkan sedekah. Ingatlah sesungguhnya harta sedekah tidak akan berkurang.


4. Azam seterusnya nak banyakkan Zikrullah. (Kurangkan masa berinternet, blog dan facebook). Biasanya hari-hari juga buka, tapi harap-harap dapat kurangkan masa berinternet, untuk beri lebih banyak masa berzikir kepada Allah.

5. Azam nak jaga solat tahajjud dan lain-lain solat sunat. Azam insyaAllah.


6. Nak khuruj Fisabilillah dan iktikaf sepuluh akhir Ramadhan. Sesungguhnya masa terbaik adalah masa ketika berada di jalan Allah, harta terbaik adalah harta yang dibelanjakan di jalan Allah, dan diri yang terbaik adalah diri yang digunakan di jalan Allah. Untung-untung dapat bertemu lailatul-qadar.


7. Dan yang terakhir azam Ramadhan tahun ini. Nak kuruskan badan. Hehe.


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Selamat memeriahkan Ramadhan dengan meningkatkan amal ibadah.

Muhammad Ishak Zaini
20 Jun 2012
30 Syaaban 1433 H

3 ulasan:

fuad ansari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fuad ansari berkata...

moga tercapai segala yg ustaz azamkan...

suka betul kata2, "jalanilah kehidupanmu seperti menyambut bulan Ramadhan, nescaya kematianmu kelak seperti menyambut anak bulan Syawal"

p/s: kira ok la tu ustaz badan macam tu... insyaAllah, puan umu tak kisah... (",)

Tanpa Nama berkata...

azam yg akhir paling tak tahan...umu buka dan sahur rebus kan sayur sawi je untuk ishak...