Cahaya Mata Pertama Ishak Dan Umu
Ummu Asma' Binti Muhammad Ishak,
beberapa jam selepas keluar dari perut umminya.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Betapa disyukuri atas anugerah dari-Nya. Pada hari Jumaat 30 Disember 2011 bersamaan 5 Safar 1433H yang lalu, Allah telah kurniakan seorang anak perempuan kepada kami. Isteri selamat bersalin sekitar jam 7.00 malam di Hospital Tawau. Setelah sepuluh hari lewat dari tarikh yang dijangka maka berat baby begitu sihat sekali iaitu 3.9kg. Alhamdulillah bersalin normal. kedua-duanya baik ibu mahupun sang anak tiada sebarang masalah, maka tak sampai sehari berkampung di hospital, kami telah dibenarkan pulang ke Semporna. Hebatnya Allah. Tak dapat nak digambarkan betapa nikmatnya menjadi Abi dan Ummi.
Dan Alhamdulillah juga tarikh tersebut adalah bertepatan tarikh abinya tangguh dari khuruj 40 hari. Pagi abi tangguh, tengahari berkejar ke hospital, malam baby pulak keluar. Allah mudahkan.
Sekadar berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan ahli keluarga dan rakan-rakan. Diharapkan kawan-kawan semua sudi mendoakan semoga anak ini diberi Allah kesihatan, kebahagiaan, jadi penyejuk mata, jadi anak yang solehah, karkunah yang berjiwa dakwah serta sanggup berkorban seperti sahabiah r.ha.
Selepas diiqamatkan oleh Abinya.
Ummu Asma' berusia genap sehari. (31 Disember 2011)
Malam di ambang tahun baru.
Alalala Kak Long yang tombam (1 Januari 2011). :)
Saya dan isteri mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi dorongan dan nasihat sepanjang menyambut kelahiran ini. Jazakumullahu khairan jazak.
Bayi lahir ke dunia diiringi tangisan, tetapi orang di sekelilingnya tersenyum kebahagiaan. Usahakan untuk menjadikannya hamba yang taat, semoga kelak walaupun tangisan mengiringi pemergiannya, tetapi tatkala itu ia tersenyum kebahagiaan.
Muhammad Ishak Zaini
1 Januari 2011
7 Safar 1433H






23 ulasan:
Alhamdulillah, tahniah yg tak terhingga darimkami. Tombamnya kak long...chomel sungguh. Amin...amin...utk doa di atas..
Assalamualaikum ustaz...ala2 comeynya ummu asma...hah betul tekaan kak ina,umu dapat baby girl..hihi,dah lah tu suprise lagi berkongsi tarikh lahir dengan uncle Saleh 30hb Disember 1975,masa ummu Asma lahir abang saleh dah genap usia 36 tahun...dah tuaa....mudah2han menjadi anak yang solehah penyejuk mata bonda Ummu Hanisah dah ayahnda Ustaz Ishak...dunia n akhirat,salam cayang dari auntie ina n uncle Saleh.:)
Aslm, nak komen tp airmata bertakung ni...gembira sgt!!! syukur alhamdulillah, all the best! blurr lah plk screen laptop...huhu...
bukan apa...terkenang satu ketika dulu...semuanya adalah dlm rencana Allah, kita sbagai pelakun2nya saja...ummi sgt suka sejarah jodoh kalian...alhamdulillah saya pun jadi gak pelakun tambahannya... huhuhu...nangis dah ni...
Assalamualaikum w.b.t,
Subhanallah... sgt cumil ummu asma'.. seindah namanya... sgt2 gembira utk tuan sekeluarga...menambah keinginan hati utk dpt peluang merasanya... xpelah lihat baby asma, dpt tumpang gembira InsyaAllah.. kirimkan salam "Assalamualaikum" sy pd umu & selamat berpantang... utk asma yg cumil, moga akan jd anak yg solehah, penerus usaha dakwah InsyaAllah. -Cikgu Sue (CS)
Masyaallah, tahniah diatas kelahiran cahaya mata buat tuan sekeluarga. Semoga ianya menjadi seorang alimah & hafizah dengan dirahmati kehidupan didunia dan akhirat.
MasyaAllah tahniah Ustaz.
semoga jadi modal asbab untuk lebih maju dalam usaha agama.
Wa'alaikumsalam w.b.t.
Ziarah 76,
Jazakallah. Sempat juga Asma' lahir dalam tahun 2011, seangkatan la dengan anak tuan si Talhah nanti.
Kak Marina,
Jazakumullah atas doa aunty marina dan uncle salleh. InsyaAllah setiap 30 Dis kita makan menu yang sama iatu kek. :)
Umma Ali,
Jasa yang baik selamanya dalam kenangan. Moga sudi anggap Asma' ni macam cucu Ummi Ali dengan Hj Rahof sendiri.
Cikgu Sue,
Jazakillah atas doa yang sangat mahal tu. InsyaAllah Umu baca juga blog ni nanti. Moga Allah s.w.t perkenankan doa Cikgu dan Ustaz yang sangat inginkan zuriat ini, seterusnya mengurniakan kalian anak-anak yang soleh solehah.
Zarch,
Jazakallah, doa dari tuan amatlah kami hargai. Teringat pesan Haji Mohd Pakistan Syura Penanti semasa bayan masturat di rumah kami beberapa bulan lepas:
Selain daripada kita menjalankan usaha dakwah dan mengajak orang lain untuk sama-sama menjalankan usaha dakwah, kita kena sediakan zuriat kita untuk dia juga menjalankan usaha dakwah menggantikan tempat kita sebelum kita mati.
Ismi,
Jazakallah, moga Allah majukan tuan juga dalam medan pengorbanan ini.
tahniah,
assalamualaikum wbt..
ustaz.. tahniah.. akhirnya lahir jugak si kecil alimah yang di tunggu semua..
tahniah buat kak umu n ustaz ishak.. kim salam sayang "assalamualaikum wbt" buat kak umu...
*saya terexcited pulak* (",)
alhamdulillah, subhanallah.. tahniah.. selamat menempuh pengalaman jadi mak bapak..
Tuan Ismadi Yusuf.
Jazakallahu khairan jazak.
Nam,
Wa'alaikum salam w.b.t, nanti kak umu baca komen nam ye. :)
Azharjaafar,
La ilaha Illallah.. Jazakallah, sudi-sudi turunkan ilmu mak bapak kepada kami.
alhamdulillah dan tahniah buat ustaz ishak dan isteri...
semoga jadi bapa dan ibu yang baik..
mesti berbunga2 hati bila dapat anak kan... (",)
Tahniah ustaz, ni anak ke berapa ye? semoga tahun baru memberi kebaikan kepadanya dan dua ibu bapanya.
Fuad Ansari,
Jazakallah. Betapa disyukuri nikmat yang Allah s.w.t kurniakan ini.
Ustaz Ahmad Baei,
Alhamdulillah ini anak pertama kami. Mohon doa ustaz untuk kami sekeluarga. Jazakallah.
tahniah...
baby pompuan kan...boleh rekomen kt cik...
siap tempah lagi nie..
Anak Pendang,
Jazakallah. Semoga Allah percepatkan jodoh enta.
Tahniah untuk tuan suami isteri dari kami sekeluarga.
Haji,
Jazakallah Haji, Tolong doakan semoga zuriat keturunan kami dapat sama-sama jadi pembantu usaha agama.
mubarak ust dan zaujah,sekarang dah jadi abu asma dan ummu asma la ye......Moga anak ummu asma menjadi anak yang solehah,penyejuk hati...dari kami ida & fauzi
Jazakumullah Ida dan Fauzi, Allahumma Amin atas doa dari kalian. Semoga Allah anugerahi kalian dengan zuriat secepat mungkin juga insyaAllah. :)
Catat Ulasan