Khamis, Januari 19, 2012

Anak Soleh Solehah Penyeri Rumah Tangga Bahagia.

Sekadar memuat naik beberapa gambar dan video terkini permata hati kesayangan kami, Ummu Asma' untuk tatapan kaum keluarga dan sahabat handai di semenanjung. Alhamdulilah syukur pada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini. 

Jika Allah panjangkan umur dan ada rezeki, InsyaAllah bulan Mei 2012 nanti baru Asma' balik semenanjung jumpa Atuk, Nenek, Tok Wan, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu-sepupu, kaum keluarga dan saudara maranya. Buat masa ini, perkongisan-perkongsian secara online sahaja la yang kami mampu berikan buat melerai kerinduan.

 
 Ummu Asma' hari ke tiga.

 Mimpi apa la tu nak..

 
Kak Long genap seminggu, selamat dibotakkan.

Patung mainan muslimah hadiah dari Azmi dah Ahlianya. Berminat boleh order.

Ummu Asma' di samping anak patungnya.

 Posing setelah dilawakan oleh Umminya. Hendak pergi buat surat beranak. Abi orang Pahang, Ummi Nogori, Kak Long pulak orang Sabah.

Ummu Asma' berusia dua minggu satu hari.

 Kak Long versi mengamuk.

 Muka comel tengah sedih.

 Kakak di hospital.

Ummu Asma on Youtube. Klik untuk mainkan video.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak salih yang mendoakan untuknya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah s.w.t dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah s.w.t di sisi-Nya pahala besar.” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Anak soleh solehah penyeri rumah tangga bahagia.

Muhammad Ishak Zaini
19 Jan 2012
24 Safar 1433H

7 ulasan:

ank_ayah berkata...

Assalamualaikum baby! Tiut la awk.. Ikut muka sape eh? Hehe dah besar jadi wanita solehah tau,wanita ahli syurga insyaAllah..

AHLIA NAIEM berkata...

assalamualaikum ummu..seronok tgk org ada anak..mg Allah beri saya rezki anak yg soleh solehah pd saya..

fuad ansari berkata...

mmg nampak berseri rumahtangga ustaz sejak ada anak..

baby dah comel, anak patung tu pun comel gak.. pertama kali tgk ada anak patung macam tu.. (",)

tahniah ustaz.. moga bertambah murah rezeki..

musa berkata...

TAHNIAH MENDAPAT KURNIAN DARI ALLAH, ANAK SEBAGAI AMANAH ALLAH KPD HAMBANYA, SAYA DOAKAN SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN DALAM HIDUP DENGAN KEDATANGAN ORANG BARU DALAH KELUARGA

Ishak Zaini berkata...

Wa'alaikum salam w.b.t.

Anak ayah, Allah bagi tiut. Paling diharapkan Allah beri kesohehan padanya.

Ahlia Naiem,
Amin. Kami doakan ahlia naiem dan suami semoga Allah kurniakan anak yang soleh solehah.

Fuad Ansari,
Anaka adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, tak menang tangan kami melayan kerenah sang anak. Semoga kelak jadi anak yang solehah.

Tuan Haji Musa,
Allahu Allah. Dah balik keluar dua bulan masturat. Tentu banyak penalaman berharga Allah beri pada haji sepanjang dua bulan ni. Tak sabar kami nak dengar paloran dari tuan haji.

Zaujah Shamsul Baharin berkata...

Salam

Tahniah dari akak n abg sham. Sekali pandang ummu asma' ni macam muka abinya..... Wallahualam

Ummu Fatimah berkata...

bila diamat-amati ahliah anta rasa mcm pernah jumpa masa keluar semporna hr tu. mayb dia ada dtg nusrah kot?