Khamis, Januari 19, 2012

Anak Soleh Solehah Penyeri Rumah Tangga Bahagia.

Sekadar memuat naik beberapa gambar dan video terkini permata hati kesayangan kami, Ummu Asma' untuk tatapan kaum keluarga dan sahabat handai di semenanjung. Alhamdulilah syukur pada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini. 

Jika Allah panjangkan umur dan ada rezeki, InsyaAllah bulan Mei 2012 nanti baru Asma' balik semenanjung jumpa Atuk, Nenek, Tok Wan, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu-sepupu, kaum keluarga dan saudara maranya. Buat masa ini, perkongisan-perkongsian secara online sahaja la yang kami mampu berikan buat melerai kerinduan.

 
 Ummu Asma' hari ke tiga.

 Mimpi apa la tu nak..

 
Kak Long genap seminggu, selamat dibotakkan.

Patung mainan muslimah hadiah dari Azmi dah Ahlianya. Berminat boleh order.

Ummu Asma' di samping anak patungnya.

 Posing setelah dilawakan oleh Umminya. Hendak pergi buat surat beranak. Abi orang Pahang, Ummi Nogori, Kak Long pulak orang Sabah.

Ummu Asma' berusia dua minggu satu hari.

 Kak Long versi mengamuk.

 Muka comel tengah sedih.

 Kakak di hospital.

Ummu Asma on Youtube. Klik untuk mainkan video.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak salih yang mendoakan untuknya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah s.w.t dan Rasul-Nya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah s.w.t di sisi-Nya pahala besar.” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Anak soleh solehah penyeri rumah tangga bahagia.

Muhammad Ishak Zaini
19 Jan 2012
24 Safar 1433H

Ahad, Januari 01, 2012

Cahaya Mata Pertama Ishak Dan Umu

 Ummu Asma' Binti Muhammad Ishak, 
beberapa jam selepas keluar dari perut umminya.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Betapa disyukuri atas anugerah dari-Nya. Pada hari Jumaat 30 Disember 2011 bersamaan 5 Safar 1433H yang lalu, Allah telah kurniakan seorang anak perempuan kepada kami. Isteri selamat bersalin sekitar jam 7.00 malam di Hospital Tawau. Setelah sepuluh hari lewat dari tarikh yang dijangka maka berat baby begitu sihat sekali iaitu 3.9kg. Alhamdulillah bersalin normal. kedua-duanya baik ibu mahupun sang anak tiada sebarang masalah, maka tak sampai sehari berkampung di hospital, kami telah dibenarkan pulang ke Semporna. Hebatnya Allah. Tak dapat nak digambarkan betapa nikmatnya menjadi Abi dan Ummi. 

Dan Alhamdulillah juga tarikh tersebut adalah bertepatan tarikh abinya tangguh dari khuruj 40 hari. Pagi abi tangguh, tengahari berkejar ke hospital, malam baby pulak keluar. Allah mudahkan.

Sekadar berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan ahli keluarga dan rakan-rakan. Diharapkan kawan-kawan semua sudi  mendoakan semoga anak ini diberi Allah kesihatan, kebahagiaan, jadi penyejuk mata, jadi anak yang solehah, karkunah yang berjiwa dakwah serta sanggup berkorban seperti sahabiah r.ha.

Selepas diiqamatkan oleh Abinya.

Ummu Asma' berusia genap sehari. (31 Disember 2011)
 Malam di ambang tahun baru.
Alalala Kak Long yang tombam (1 Januari 2011). :)

Saya dan isteri mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi dorongan dan nasihat sepanjang menyambut kelahiran ini. Jazakumullahu khairan jazak. 

Bayi lahir ke dunia diiringi tangisan, tetapi orang di sekelilingnya tersenyum kebahagiaan. Usahakan untuk menjadikannya hamba yang taat, semoga kelak walaupun tangisan mengiringi pemergiannya, tetapi tatkala itu ia tersenyum kebahagiaan.

Muhammad Ishak Zaini
1 Januari 2011
7 Safar 1433H