Isnin, September 19, 2011

Erat Silaturahim


Alhamdulillah, kami baru tangguh dari keluar tiga hari masturat (jemaah suami isteri). Dan pagi ini barulah berkesempatan dapat menulis sesuatu setelah hampir sebulan bercuti menulis. Mungkin disebabkan tahun ini adalah tahun pertama kami menyambut hari raya sebagai suami isteri, maka kamipun beraya sakan sehingga setiap hari dirasakan begitu terkejar-kejar dari seawal Ramadan sehinggalah ke penghujung Syawal ini. Ada masa kami yang melayan tetamu, dan ada masa kami yang menjadi tetamu.

Walaupun saban waktu dihambat keletihan, terutamanya isteri yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai juadah dan membuat pelbagai persiapan, namun ianya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Biasanya orang lain waktu bulan puasa sebelum raya sibuk membuat kuih raya, tetapi isteri saya seminggu sesudah raya pun masih sibuk membuat pelbagai kuih raya. Itupun masih belum mencukupi untuk melayan tetamu yang datang berkunjung. 

Waktu-waktu sebeginilah silaturahim sesama sahabat-handai dan jiran tetangga menjadi lebih erat. Di samping dapat mendalami budaya masyarakat Semporna yang beraya sebulan ini. Kalau di semenanjung (saya amati di tempat saya) kemeriahan Syawal hanya pada seminggu pertama sahaja, namun di Semporna kemeriahan beraya masih belum kunjung padam hingga ke hari ini (21 Syawal). Tidak hairanlah semakin perut isteri saya membesar, semakin perut suaminya juga membesar. Cuma Alhamdulillah tekanan darah masih lagi normal tetapi sudah di tahap yang sepatutnya kena berjaga-jaga dan perlu mengawal makan dan minum ketika bersilaturahim.

Hinggakan hendak keluar masturat inipun terasa serba serbi kelam kabut. Apapun Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dan dapat juga kami keluar, di saat ini rakan-rakan seusaha ramai yang ke Nizamuddin untuk bermesyuarat. Tak dapat nak ke Nizamuddin, dapat keluar masturat pun jadilah. Semoga fikir agama dan fikir dakwah kami suami isteri semakin bertambah, lebih-lebih lagi ketika meniti hari untuk menerima kedatangan orang baru dalam hidup. 

Semangat dan debaran untuk menjadi ayah dan ibu semakin dirasai, dan baru-baru ini kami berkesempatan membeli-belah barang-barang asas untuk bakal putera @ puteri sulung kami ini. Sebagai permulaan, RM 200 lebih kami belanjakan untuk membeli pelbagai barangan bayi. Untung isteri reti nak membeli, kalau saya yang ditanya, memang tidak ketahuanlah jawabnya. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Dalam ketika kami di ambang menyambut kelahiran pertama ini, ada juga kawan-kawan yang masih mencari-cari jodohnya. Didoakan semoga Allah pertemukan dengan jodoh yang baik seterusnya dapat membina keluarga yang baik. Bila baca di blog isteri, macam ramai yang berminat nak mencuba nasib untuk jadi ipar isteri saya. Sebagai orang yang telah melalui jalan tersebut, saya kongsikan tips-tipsnya jika hendak menjadi menantu Pak Imam, moga Allah jauhkan saya dari sifat sombong dan segala yang mazmumah, saya beristighfar pada Allah atas segala kesalahan saya:

Mengimbau kembali genap setahun yang lalu ketika kami masih baru bertunang (14 September 2010). Ramai kawan yang kata untung saya dapat jodoh macam puan Umu ini. nampak macam mudah sangat, datang ke rumah, hanya sekali interview dah lepas. Sebenarnya tidak juga mudah sebab ada yang berkali-kali diinterview oleh abah pun tak lepas. Sudah takdirnya hendak jadi rezeki dan jodoh saya, itu yang Allah mudahkan agaknya.

Saya kongsikan tipsnya: Setahun lebih lamanya saya ambil masa setiap hari untuk sekurang-kurangnya dua rakaat solat hajat dan dua rakaat solat istikharah, maknanya paling malas empat rakaat solat sunat setiap hari. Lakukan di masjid, dah alang-alang solat fardu lima waktu di masjid. Dalam setahun itu juga Allah beri saya peluang dapat khatam sekali bacaan al-Quran, Selain itu Surah Yassin bacalah beratus kali, kalau setiap hari dapat sekali baca Yassin, setahun genap dah lebih tiga ratus kali bacaan, kemudian istiqamah zikir 300 pagi dan petang (Istighfar 100, selawat 100, dan Subhanallah Walhamdulillah Walailaha Illallah Wallahuakbar 100), jaga lima amal, ziarah mingguan datang awal, meyuarat halkah kena datang, markaz kena selalu pergi, istiqamah khuruj tiga hari setiap bulan tak kira waktu kita senang mahupun waktu kita susah, kalau nak lagi power, biasakan berjaga malam. Dan akhir sekali, pagi sebelum saya datang interview dengan Pak Imam, dua belas rakaat solat hajat dan sekali bacaan Yassin. Selebihnya saya serah pada Allah.

Ringkasnya lakukan sahaja amal yang sepatutnya dilakukan dengan sepenuh hati, selebihnya doa bersungguh-sungguh pada Allah insyaAllah Allah akan permudahkan. 

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Thalaq: 3-4)

Selamat berumah terbuka dan selamat maju jaya buat bakal-bakal menantu baru abah. Dijemput semua kawan-kawan blogger untuk datang bersilaturahim di rumah kami.

Muhammad Ishak Zaini
19 September 2011
21 Syawal 1432H

25 ulasan:

Wanita Bertudung Hijau berkata...

tahniah :-)

fuad ansari berkata...

mungkin ingin memberi semangat kat isteri.. tu yg turut sama2 membesarkan perut tu ye.. (",)

dahsyat amalan ustaz.. kalau tak dapat pun orangnya, sudah berbaloi kerana sudah mendapat pahala yg banyak..

itulah kan, kalau dah jodoh, mmg agak mudah jalannya..

ukhti,mardhiah berkata...

assalamualaikum ustaz(",)

jgn dharap amaln bkl2 iparnya ja y mantap. Harap2 adik2 kak umu tu juga memantapkan amalan2 diri.

Barulah sebanding tuan.

lg2, y namanya, mardhiah tu. leka nk main ja.

nasihatkn dia sikit. MasyaAllah..

Ismi Ijmi berkata...

assalamualaikum.

gaya beraya nampak

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

tahniah..

di johor pula..raya sebulan jugak..seronoknye marhaban dri rumah ke rumah..

NooR AzLen BinTi HaRoN berkata...

assalammualaikum

tahniah..

di johor pula..raya sebulan jugak..seronoknye marhaban dri rumah ke rumah..

Bani Irwin berkata...

Wah, Tips yang berguna untuk Karkun yang sedang mencari masturat.
Insyallah tips yang diberi dipraktikkal dengan istiqomah..(Ikhlas niat)

Jazakallah hukhair
Atas perkongsian ^_^

ahLia teeeetttttt..... berkata...

sgt bagus tip ini

anak pak iman tu hot jugak yer

mnjadi rebutan ramai gitu..

hehe

Ismi Ijmi berkata...

hr tu jumpa sorg hamba Allah dari gemas.
saya tanya,kenal tak Hj Mohd Nor,
dia kata,
agak femes la jugak,
jual ikan,
dulu die org arqam.

die ada sebut nama sorg ustaz,menantu Hj Mohd Nor.

tp bukan ustaz ishak..

saya ntak sure betul ke tak,heh.

pendek kata jaga amal infradi an ijtimaie kan?

Ishak Zaini berkata...

Wanita Bertudung Hijau,
Jazakillah, sama-sama.

Fuad Ansari,
Nak besarkan perut senang, nak kasi kempis tu yang susah.

Mardiah,
Abah selalu pesan, jagalah amal.

Ishak Zaini berkata...

Ismi Ijmi,
Gambar kami masa raya pertama di Pahang.

Noor Azlen,
Wa'alaikumsalam w.b.t.
Tahniah juga orang johor yang masih sibuk bersilaturahim.

Bani Irwin,
Nak beramal, paling mujahadah ialah untuk istiqamah dalam amal. Sebab setiap hari kita terdedah dengan bermacam komitmen, cubalah sedaya upaya untuk kedepankan amal agama ketika datang ujian-ujian, insyaAllah ada kemanisan yang Allah akan bagi.

Ishak Zaini berkata...

Ahlia Teet,
Sama-sama belajar untuk yakin pada amal insyaAllah.

Ismi Ijmi,
Kisah pak Imam join arqam dan jual ikan tu dah lama berlalu, Sekarang Pak Imam fokus fikirnya pada dakwah je.

Antara ayat paling awal yang saya dengar masa saya diinterview dulu adalah berbentuk sebuah syarat: "Pakcik memang cerewet sikit kalau memilih menantu ni, kalau boleh pakcik nak menantu yang dah pernah keluar empat bulan dan tidak merokok." Kagum saya dengan abah, orang yang ada fikir agama yang tinggi tentu mahu yang terbaik dari segi agama untuk anak-anaknya.

Anak beranak dan menantu yang laki-laki dalam keluarga abah ada 6 orang berpengalaman keluar 4 bulan, dan 2 orang yang berpengalaman keluar 40 hari. Berkat.

Mungkin Ustaz Norli Syariman yang menantu abah yang tuan maksudkan tu, sebab beliau aktif berceramah di masjid-masjid di sekitar Gemas ini.

musa berkata...

Sedapnya dengar umu masak kuih kalau ada rejeki boleh pos kat alor setaq ni apa nak kata subhannallah
Satu lagi Tip nak wanita solehah
1 Jaga amal kiata
2. Doa setiap malam "Ya Allah kurniakan aku seorang isteri yang baik untuk aku dan agama aku membantuku dalam urusan agama ku"

Ishak Zaini berkata...

Tuan Haji Musa,

Itu yang saya sayang sangat dengan Umu tu, bab memasak dia memang tip top. Mujahadah perasaan betul saya nak kontrol makan kalau Umu yang masak. Karkunah-karkunah Semporna selalu datang rumah belajar memasak dengan Umu. Kalau kami ke Alostaq nanti boleh la Umu berguru dengan isteri tuan haji, tentu banyak ilmu yang dapat ditimba.

Jazakallah atas perkongsian tips yang bermanfaat itu.

musa berkata...

Welcome to my pondok

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

wah,sudah berkira nk jadi bapak nie...

Ishak Zaini berkata...

Tuan Haji Musa,
Pondok bukan sebarang pondok, 1001 ilmu dan nasihat kehidupan dapat dipelajari di dalamnya. Dipenuhi taburan permata azimat bagi yang ingin mendapatkannya.

Anak Pendang,
Anak soleh penyeri rumah tangga bahagia.

Tanpa Nama berkata...

slm sahak
ko try la kususi ust din bdk KDO ukm tu...karkun fpi dr johor tu...dia skang JQAF kt pulau d kaw sndkan...ni no dia 0137144438...ust kususi ust...aku bru nk stat...-fairuz, telupid

Ishak Zaini berkata...

Wa'alaikum salam Fairuz,

Jazakallah maklumat yang diberikan. InsyaAllah kalau aku ke Sandakan, aku cari Ustaz Din tu.

School Of Tots berkata...

Alhamdulillah atas rezki yg Allah kurniakan, tidak terkira banyaknya. Teruskan perjuangan !!

azharjaafar berkata...

selamat menjadi ibu bapa.. semoga berbahagia dunia akhirat..

Ishak Zaini berkata...

wa'alaikum salam w.b.t.

School of tot,
Selamat berkorban demi cinta.

Azharjaafar,
Waiyyakum. -dan mudah-mudahan ke atas kalian juga kebahagiaan.

Hidayatullah berkata...

tips membakar semangat.. tp lambat lg..doa insyaALLAH

Ishak Zaini berkata...

Hidayatullah

Amal kita mungkin banyak silap, tapi kesan amal tak mungkin silap. Sama-sama nak belajar untuk yakin pada amal insyaAllah.

ainishahirrah berkata...

suka post ni :) mabruk alaikum .