Sabtu, Ogos 06, 2011

Taman-Taman Ramadan

 
Kalau kita suka berdiet,
Kita ada Ramadan untuk mengawal nafsu makan dan minum..

Kalau kita suka beriadah,
Kita ada solat terawih dua puluh rakaat untuk didirikan..

Kalau kita suka berjaga malam,
Kita ada haruman Lailatul Qadar untuk dicari..

Kalau kita suka kerehatan,
Kita ada banyak solat sunat untuk didirikan di dinihari..

Kalau kita suka bergembira,
Ketahuilah Allah telah sediakan kegembiraan yang istimewa bagi orang yang berpuasa..

Kalau kita suka pada cabaran,
Kita ada sebulan untuk menahan nafsu dari menguasai diri,

Kalau kita suka mendengar suara yang lunak merdu,
Kita ada alunan al-Quran untuk dibaca dan didengari..

Kalau kita suka menyendiri,
Kita ada keheningan sepertiga akhir malam untuk bersunyi diri..

Kalau kita suka ketenangan dan kedamaian,
Kita ada zikir untuk membelai hati..

Kalau kita suka hidup bersosial,
Kita ada masjid untuk kita hadiri..

Kalau kita sukakan berpesta,
Kita ada sebulan ini untuk diraikan dengan amal ibadah..

Kalau kita suka kepada kekayaan,
Kita hendaknya banyak bersedekah di bulan yang mulia ini..

Kalau kita sukakan pangkat dan kedudukan yang mulia,
Bersegeralah kepada ampunan dari Tuhan dan syurga yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa..

Kalau kita sukakan kepada segala kebaikan..
Maka bersiap-siaplah untuk memburu rahmat dan redha Ilahi sebanyak-banyaknya di kesempatan yang ada ini..
Kerana segala kebaikan dan kebahagiaan akan mencukupi buat kita apabila kita ada Allah..

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak dari saya dan isteri buat kaum keluarga di semenanjung, saudara mara, kawan-kawan serta rakan-rakan blogger dan pembaca sekalian..

Muhammad Ishak Zaini
6 Ogos 2011
6 Ramadan 1432H

13 ulasan:

Zaujah Shamsul Baharin berkata...

Salam
Wah romantik la gambar tu.... Hikhikhik
Selamat menyambut ramadhan juga dari akak n abang sham

RuMaH TuA berkata...

Selamat berpuasa, bersahur & beramal...

(^-^)

Cikgu Sue [CS] berkata...

RAMADHAN KAREEM
Selamat menjalani Ramadhan yg barakah ini...pesan pd umu, minta Allah jaga dia n bb baik2 ye... =)

Ismi Ijmi berkata...

ramadhan menjengah,
tangan menadah,
tawakkal diserah,
pohon maghfirah,
moga diterima ALlah.

cantik susunan seloka ustaz.

selamat berpuasa!

Marina Ali berkata...

selamat menjalankan ibadat puasa,n selamat meningatkan amal dibulan yang penuh barakah,puitis n mendalam maksud ayat2 ustaz..akak sekarang disemenanjung sampai 16hb,17hb Ogos,balik kuching,nanti 24hb Ogos balik lagi (raya) semenanjung sampai 4hb September.kirim salam dengan Umu n bakal Da'ienya,rasanya semua warga bloggers tak sabar2 menanti kelahiran permata umu n ustaz Ishak,moga Allah mudahkan segalanya.Amin!

fuad ansari berkata...

semuanya ada dalam islam..

sudah tidak ada alasan untuk kita mengatakan tidak kepada cara hidup islam kan....

slmt berpuasa ustaz..berpuasa bertiga tahun ni nampaknya... (",)

Ishak Zaini berkata...

Zaujah Shamsul

Wa'alaikum salam w.b.t.
Selamat menyambut Ramadan dengan seribu keazaman untuk melipatgandakan amalan kak..
Gambar tu gambar kami berdating di tepi pantai.. Hehe. Tapi mana boleh lawan keromantikan akak dengan abang sham..

Ustazah Rumah Tua,
Selamat berpuasa, bersahur dan beramal kembali.. Jangan lupa selitkan doa untuk kami sekali ya.. Jazakillah..

Cikgu Sue,
Selamat berlumba-lumba merebut keberkahan tersebut.. Pesanan akak tu akak jangan risau, diam-diam Umu baca juga blog ni insyaAllah..

Ishak Zaini berkata...

Ismi Ijmi,

Cantik pantun enam kerat enta.. Kalau seorangnenektua baca pantuan enta ni mesti dia teruja.. Selamat menjalani ibadah puasa kembali.. Dan selamat kembali berblogging..

Kak Marina,

Selamat berpesta amal di bulan yang berkah ini juga buat akak dengan abang Salleh. Wah, bestnya dapat balik kampung banyak kali. Kami ni pun rindu dah nak balik kampung. InsyaAllah dekat nak raya kami balik, tapi seminggu je la kami di semenanjung. Semoga Allah selamatkan semuanya. Kami doakan untuk akak sekeluraga juga moga sentiasa dalam jagaan Allah s.w.t.

Fuad Ansari,

Kalau kita tak buat apa yang patut kita buat, maka kita akan buat apa yang tak patut kita buat. Moga Allah beri taufik pada kita untuk melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.

Alhamdulillah tempoh morning sickness isteri pun macam dah habis. Jadi sekarang ini hari-hari sang isteri memasak menu sedap-sedap untuk suami dan anaknya yang tercinta ini. Bahagianya rasa.. :)

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

amboi,,,,sempat lagi...hahahah anyway salam ramadhan....

Ishak Zaini berkata...

Anak Pendang,

Selamat Menyambut Ramadan, semoga enta lekas-lekas kahwin..

tmrnd berkata...

Satu jord (perhimpunan) akan diadakan.. insyaAllah..
~ pada: Ahad 14/08/2011 @ 14 Ramadhan 1432
~ jam; 11 pagi - 1 tengahari
~ tempat; Masjid Bandar Baru Sri Petaling
~ pembayan; Maulana Ahmed Sulaiman Khatani, South Africa
~ tujuan; meningkatkan jazbah (semangat) umat Islam dalam kerja² amar ma'ruf dan nahi mungkar.. dan kemudian menyediakan umat Islam pada kerja dakwah cara Nabi صلى الله عليه وسلم.

* bayan akan dibuat oleh maulana sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.. terjemahan ke bahasa² lain seperti Melayu, Arab, Urdu dan sebagainya akan dibuat berasingan..
~ semua lelaki Islam akil baligh dijemput hadir. War²kan kepada umat Islam yg lain..

Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

slm sahak,
aku syor ko contact ar ust din .kkun 40h KDO UKM,bdk johor tu. dia ngajar kt pulau di sndkan.ujung minggu lpak sndakan gk dia tu...ko add aku kt mohd fairuz noordin (facebook), nnti aku bgi no dia...ust bley ar tsykil ustaz,aku ni bru nk stat....

Ishak Zaini berkata...

Tmrnd,

Jazakallah atas hebahan yang sangat bermanfaat. Semoga Allah terima insyaAllah..

Fairuz,
Wa'alaikum salam w.b.t sahabat lama di U.K.M.
Tak sangka ko belek juga blog aku ni. InsyaAllah nanti aku buka facebook ko. Kalau bila-bila aku limpas Sandakan boleh la aku try hubungi Ust Uzarudin insyaAllah. Hamdani di Bukit Garam Sandakan pun boleh dia ziarah Ust Din.