Isnin, Ogos 22, 2011

Hari Jadi Isteri Tercinta

Khas buat isteri tercinta yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 22 Ogos 2011.

Diucapkan semoga berbahagia di samping suami dan baby dalam perut tersayang. Semoga dengan bertambahnya usia ini, Allah tambahkan keberkatan dalam hidup, mudah-mudahan amal ibadat juga makin bertambah, ikram makin bertambah, fikir risau akan umat juga bertambah.

Abang titipkan doa semoga Allah s.w.t sentiasa memelihara sayang di dunia dan akhirat. Selautan terima kasih kerana hadirnya sayang menemani perjalanan abang telah banyak membuatkan abang berasa bahagia. Abang rasa abanglah lelaki paling beruntung kerana dapat memperisterikan sayang serta dapat berjalan seiring sejalan dengan sayang di medan pengorbanan ini. Sabda Nabi s.a.w terbukti benar, beruntung kedua tangan suami yang memilih wanita beragama.

Sayang, dua puluh lima tahun yang lalu, sayang lahir ke dunia dengan tangisan. Tetapi abah, emak dan orang-orang di sekeliling sayang menyambut sayang dengan senyuman kegembiraan. Sayang kena usaha untuk sempurnakan iman sayang, meyakini akan Allah s.w.t serta berusaha untuk mengikut petunjuk junjungan besar yang kita kasihi s.a.w. Agar kelak ketika insan-insan di sekeliling menangisi kematian sayang, sayang pergi dengan senyuman.

Kita akan terus meniti usia, selagi ada rezeki buat kita, maka selagi itulah ada nyawa. Jika betul iman dan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Jika jalan yang dilalui oleh Nabi s.a.w adalah jalan kita, maka insyaAllah walau siapapun yang akan pergi dahulu diantara kita, dan siapa pula yang akan menyusul kemudiannya, maka di akhirat nanti kita akan bertemu kembali menjalin dan menyulam cinta buat selama-lamanya. Dan besar impian abang untuk terus menjalin cinta dengan sayang buat selama-lamanya di dalam syurga nanti.

Abang depakan tangan buat sayang yang sudi berkongsikan kehidupan ini. Selagi hayat dikandung badan, ketawa berdua, menangis pun berdua juga insyaAllah. Moga terus sama-sama berpimpin tangan mengaharungi suka duka hidup ini hingga ke syurga. Selamat menyambut ulangtahun sayang, semoga senang hati menerima hadiah dari abang seadanya.

Muhammad Ishak Zaini,
22 Ogos 2011
22 Ramadan 1232H

11 ulasan:

umu6point

Alhamdulillah..
Moga dengan meningkatnya umur syg, maka..syg semakin dapat tingkatkan usaha menjaga iman&amal syg. Mohon doa yang tidak pernah putus dari abg ye :)

emm..Jazakallah atas hadiah2 yang "sangat bermakna" tuu..dan sudah tentu yang paling bermakna.. "permata hati" di dalam kandungan ni. Saham buat kita di dunia wa akhirat kelak :)

*sangat terharu dengan setiap bait kata-kata abg. InsyaAllah, akan di simpan kemas2 di dalam hati :)

QuLMinD

waahh romantis!
moga Allah dan malaikat yg menyaksikan bunga cinta pasangan ini akan menyambung jalinan kasih kedua pasangan ini hingga ke syurga-Nya. ;)

fuad ansari

Selamat hari lahir buat Ahlia Ishak... Moga kalian menjadi pasangan di syurga... (",)

Sekira-kira, hadiah di dalam perut puan umu itulah hadiah paling mahal ketika ini.. (",)

nam

assalamualaikum wbt..


selamat hari lahir kak umu..

semoga peningkatan umur dapat meningkatkan usaha dan keimanan kepada Allah...

semoga Allah terus limpahkan rahmat kepada keluarga ustaz ishak dan kak umu..

jaga diri yaaa..:)

Anak Pendang Sekeluarga

wah....agak dramatis la....huhu
anyway selamat hari jadi...buat isteri ustaz...

penchacaiz

masyallah.

tiada kata yang mampu mengungkapkan kecintaan Allah kpd makhluknya. semoga Allah sayang kat ustaz dan isteri. ameen.

moga baki umur yg tinggal dpt dimanfaatkan utk agama Allah. selamat hari lahir juga kpd kak ummu.

pisah2 skrg, kumpul2 di akhirat. susah2 skrg, senang2 di akhirat.

Ismi Ijmi

ROmantis ustaz. tak habis lagi bulan madunya ya!. sampai ke syurga insyaALlah

Hurul 'Ain

Subhanallah. Sangat indah melihatnya. Moga Allah membetukku seperti dirinya dan juga para muslimah yang lain.

Ismi Ijmi

salam eid mubarak
taqabbalallahuminna

RuMaH TuA

Moga Allah kasih keduanya....
Amin~~~~

ukhti,mardhiah

ohhooo....
(",)

Related Posts with Thumbnails

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008