Lambaian Kematian Yang Dicemburui - Haruman Syurga dari Lahad Datu
Peristiwa ini berlaku baru sahaja seminggu yang lalu sewaktu entri ini ditulis iaitu pada hari Sabtu 2 Jun 2011. Seorang rakan seusaha yang baru dua bulan diberi hidayat menjalankan usaha dakwah dan tabligh iaitu Haji Sarogi meninggal dunia sejurus selepas Jord (perhimpunan yang diadakan oleh rakan-rakan seusaha) di Batu 6, Lahad Datu berlangsung.
Laporan ringkasnya adalah seperti berikut:
Bagi menyempurnakan jord tersebut, sudah menjadi kelaziman usaha untuk menjemput dan mengajak orang ramai terutamanya yang pernah berpengalaman khuruj Fisabilillah untuk menghadiri majlis tersebut giat diadakan beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis.
Sehari sebelum berlangsungnya majlis, Arwah dan beberapa rakan seusaha yang lain telah berkumpul di sebuah majjid sebelum bertolak pergi ke rumah-rumah yang berkenaan untuk menjemput dan Follow Up dijalankan. Ketika sedang berwuduk tiba-tiba beliau jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Seterusnya belilau dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Haji Sarogi kemudian disahkan koma.
Semasa haji seharian koma di hospital, jord pun berlangsung. Selepas majlis selesai para jemaah dikejutkan dengan berita kematian Haji Sarogi. Ruhnya telah dijemput menghadap Allah s.w.t dalam keadaan yang penuh dengan kemuliaan. Meninggal dalam rangka amalan dakwah, kematiaan yang menyebabkan ramai perindu syahid cemburu dengan kematiaanya.
Masakan tidak, beliau baru sahaja dua bulan berturut-turut diberi taufik hidayat oleh Allah s.w.t untuk menjalankan kerja mulia peninggalan Nabi untuk umatnya yang tercinta iaitu kerja mengajak manusia kepada Allah s.w.t. Ertinya baru dua kali beliau diberi taufik oleh Allah s.w.t untuk khuruj Fisabilillah selama tiga hari. Subhanallah, rakan seusaha tiga hari meninggal dunia ketika menjalankan usaha dakwah. Mungkin ada banyak kebaikan pada dirinya sehingga Allah s.w.t menjemputnya dengan penuh kemuliaan sebegini.
Dari laporan yang diterima, usia Haji Sarogi ketika meninggal dunia adalah sekitar enam puluh tahun dan baru sahaja bersara dari jabatan kerajaan sebagai pegawai kebajikan, setelah merasai kemanisan menjalankan usaha dakwah dan tabligh ini dua bulan yang lalu, Haji telah mewakafkan sebidang tanah dan sejumlah dana yang diperuntukan untuk membina sebuah masjid berhampiran dengan rumahnya. Masjid itu turut menempatkan sebuah bilik rehat yang luas bagi kemudahan jemaah dakwah yang datang. Siap dilengkapi alat penghawa dingin.
Dikatakan juga sejak mula melibatkan diri dalam usaha dakwah dan tabligh. hati Haji Sarogi menjadi begitu lembut sehingga mudah menangis setiap kali mendengar bayan (penerangan), targhib (berita gembira), zihin (fikir), dan ketika majlis ta'lim mendengar bacaan hadith dan kalam Allah. Apabila nur Islam telah masuk ke dalam hati, kemanisan iman pun dinikmati, sehingga mendorongnya menginfakan banyak hartanya untuk agama.
Satu perkara yang menarik lagi dalam jord tersebut, ketika khidmat taam (khidmat memasak) sedang dilakukan, rakan-rakan seusaha telah dikejutkan dengan penemuan sepotong daging yang tertulis kalimah "Allah" di atasnya. Subhanallah.
Hati saya sangat tersentuh tatkala mendengar kalkuzari (laporan) mengenai kisah di Lahad Datu tersebut. Dan saya abadikan kisah tersebut di sini buat iktibar dan pembakar semangat buat diri ini dalam menjalankan usaha agama sehingga akhir hayat insyaAllah. Betapa dicemburui kematian yang sebegini. Kisah ini saya dengar dari Mejar Hj Usman Sunario, salah seorang syura markaz Tawau yang turut menghadirkan diri di jord tersebut.
Kali keduanya saya mendengar kisah ini adalah pada hari Rabu yang lalu ketika Jemaah South Africa memberi bayan masturat (bayan untuk kaum wanita) di Semporna. Jemaah tersebut turut berada di Lahad Datu dalam rangka menjalankan usaha agama selama empat puluh hari di Malaysia. Dan kali ketiga saya mendengarnya adalah dari rakan seusaha dari Lahad Datu sendiri iaitu cikgu Yazid ketika bertemu dengannya di Tawau semalam.
Sesungguhnya kisah Haji Sarogi ini mengingatkan saya mengenai kisah Wahab bin Qabus r.a yang syahid di Uhud. Pengislamannya tidaklah seberapa lama sebelum kematiaannya, namun kesyahidannya dicemburui oleh sahabat yang lain, malah Rasulullah s.a.w sendiri yang turun mengkebumikannya. Kata hadrat Umar r.a: "Aku tidak pernah cemburu kepada amal sesiapapun, sebagaimana aku cemburu dengan amal Hadrat Wahab bin Qabus r.a. Aku ingin supaya aku hadir di hadapan Allah s.w.t membawa buku amalan seperti beliau." (Hikayatus Sahabah -Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi rah.a)
Semoga Allah s.w.t sudi mengambil nyawa kita ketika sedang membantu agama Allah s.w.t atau ketika berada di jalan Allah s.w.t, sebagaimana Allah s.w.t mengambil nyawa para sahabat r.a.
Muhammad Ishak Zaini
8 Julai 2011
7 Sya'ban 1432H


10 ulasan:
semoga Allah terima pengorbanannya & kita semua Amin!
CS: sdg dlm mode ghibtah...hmmm.. ~_~
"Ya Allah..pandanglah kami dengan padangan kasih sayang MU"
Inalillah
Maha suci Allah...
Maha Agung Allah atas sekalian alam
Subhannallah
semoga Allah terima usaha kita...
sungguh sangat dicemburui kematian ini.. (",)
semoga arwah beroleh kebahagiaan yg abadi..
arwah baru sahaja memulakan kehidupan yg sebenar, diri ini entah bila agaknya..
Alhamdulilah,karkuzari ini,menjadi pembakar semangat untuk akak,sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam hati kita ye ustaz...semoga Allah SWT terima usaha kita,amin!
Subhanallah, satu jemaah 4 bulan sedang bergerak ditempat saya, seorang pemuda dalam jemaah tersebut yang memberi masa 4 bulan setiap tahun orang Sg Besar selangor, baru sebulan peristiwa berlaku, sedang dia khususi seorang polis baru mula bercakap "Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar" 3 kali terus meninggal disitu juga. Kata ahli jemaahnya sebelum itu dia mewasiatkan supaya jenazahnya disimpan tempat dia meninggal tetapi takdirnya bapanya tidak pernah keluar khuruj jadi jenazahnya dibawa pulang ke Sg Besar, inilah kematian yang amat dicemburui semuga suatu hari nanti Allah kurniakan kepada saya, Amiiiin.
syeikh...
blog anta ada virus malware. di office saya tak boleh bukak.
subhanallah,
meninggal dunia ketika sedang sibuk dlm usaha, kematian yg dicemburui
Cikgu Sue,
Semoga Allah gunakan diri, harta dan masa kita juga untuk agamaNya.. Sebagaimana Allah telah gunakan diri, harta dan masa para sahabat untuk agamaNya..
Ida,
Ya Allah, kasihanilah kami.. Jangan hampakan kami..
Ujang Poliku,
Semoga Allah matikan kita ketika sibuk jalankan usaha agama..
Fuad,
Sama-sama belajar untuk ketepikan kesibukan duniawi kita seketika dengan setiap hari melapangkan masa dua jam setengah untuk pergi rumah ke rumah sampaikan agama yang mulia ini insyaAllah..
kak Marina,
Semoga jadi pembakar semangat untuk kita terus jalankan usaha agama sehingga khir hayat kita..
Bermati-matian (bersungguh-sungguh) dalam usaha agama, moga-moga mati dalam usaha agama..
Hj Musa,
Allahu Allah.. Jazakallah sudi berkongsi kisah yang menarik tersebut di ruangan yang kecil ini. Alangkah bersemangatnya kami kalau Tn Hj dapat kongsikan di ruangan yang lebih besar (di blog Tn Hj). Mereka telah dijemput oleh Allah dengan penuh kemuliaan. Kisah kematian mereka harum mewangi menjadi azimat buat kita yang di belakang ini untuk meningkatkan kesungguhan dalam menjalankan usaha peninggalan junjungan besar kita ini.
Ziarah 76,
Semoga Allah letihkan kita dengan usaha agama..
Jazakallah info. Nanti saya cuba atasi masalah tersebut..
smga Allah terima pengurbanan beliau...
Catat Ulasan