Isnin, Mei 16, 2011

Sebilah Rotan Seorang Guru


Ucapan selamat hari guru buat semua guru-guru yang pernah mendidik diri ini, teristimewa:

1. Emak yang menjadi cikgu nombor satu dalam hidup saya. Sifatnya yang sangat lembut, penyayang, dan amat penyabar. Beliau adalah guru nombor satu dalam sekolah kehidupan saya.

2. Arwah abah. Sewaktu saya kecil, tidaklah saya tahu apa sebabnya abah sangat garang, namun bila dah dewasa ini, baru saya tahu kegarangan abah itulah ubat paling mujarab untuk membentuk peribadi mulia buat anak-anaknya di hari muka. Pepatah menyebut "Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak, tangan-tangankan". Sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w: "Jangan kamu mengelak dari merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik." (Imam Ahmad dan Tabrani)

Sebagaimana Lukmanul Hakim a.s pernah bermadah "Pukulan ayah terhadap anak-anaknya adalah seumpama air bagi sawah". (Dur al-Manthur). Sungguh terkesan dengan saranan dua guru terbaik sepanjang zaman ini. Semoga saya dan isteri dapat amalkannya apabila ada anak kelak.

3. Semua warga pendidik di seluruh negara. terutamanya guru-guru saya sejak saya Tadika Kemas Kg. Kenangan Lanchang, S.K Rantau Panjang Lanchang, S.M.A al-Wosto Temerloh, S.M.A al-Khairiah Temerloh, Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM Nilai.

Sebagai renungan bersama, mari kita hayati firman Allah s.w.t:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya: Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. (Fatir: 28)

Semoga semakin bertambahnya ilmu di dada, menjadikan kita semakin TAKUT kepada Allah s.w.t.

Selamat Hari Guru, Semoga Allah memberkatimu...

Muhammad Ishak Zaini
16 Mei 2011
12 Jamadil Akhir 1432H

5 ulasan:

fuad ansari berkata...

Selamat hari guru juga buat Ustaz Ishak..

Jasa dan pengorbanan ustaz dalam mendidik anak bangsa agar dekat kepada agama adalah sangat2 dihargai.. (",)

Cikgu Sue [CS] berkata...

Assalamualaikum
Selamat Hari Guru... =)

Ishak Zaini berkata...

Fuad Ansari,

Sama-sama taburkan jasa dan semaikan budi. Mudah-mudahan anak bangsa baik pekerti.

Cikgu Sue,
Wa'alaikum salam w.b.t,
Selamat menyambut hari guru, Cikgu Sue penjana transformasi pendidikan negara. :)

musa berkata...

semoga allah menjadikan guru-guru kita mempunyai fikir saperti bapa guru seluruh dunia, rasullullah saw,fikir bagaimana semua manusia hingga hari kiamat berjaya di dunia dan akhirat.

Ishak Zaini berkata...

Cikgu Musa,

Semoga Allah anugerahkan fikir, sifat dan semangat seperti cikgu itu kepada saya juga..