Ahad, April 10, 2011

Baju Baru

Walaupun dalam kotak pemikiran ini bermacam-macam cerita hendak dikongsi, namun kesibukan yang mencengkam diri sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya tidak mendapat ruang yang cukup untuk mengemaskini blog ini. Dalam tak sedar rupa-rupanya sudah sebulan blog ini sunyi sepi sedangkan blog isteri sudah berderet-deret entri baru. InsyaAllah, kali ini saya tuliskan sedikit di blog ini agar kesepian itu berakhir. Semoga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Entri kali ini adalah berkaitan dengan pakaian, tapi tidaklah saya ingin menyentuh mengenai fesyen, kerana saya tidak ahli dalam hal tersebut. Cuma ingin berkongsi beberapa doa tentang berpakaian untuk kita sama-sama menghafal dan mengamalkannya. Sebenarnya secara peribadi saya telah dihadiahkan dengan banyak baju baru sejak dari tahun lepas. Antara koleksi baju baru tersebut:


Hadiah waktu pertunangan dengan isteri pada 14 September 2010, iaitu sehelai jubah bewarna kelabu. Ianya sangat cantik.

Kemudian saya dihadiahkan lagi dengan dua helai kurta (ala-ala jubah yang ada belahan di sisi) yang juga dihadiahkan oleh isteri tercinta sebagai baju pengantin lelaki pada tahun lepas. Satu bewarna putih dan satu lagi bewarna ungu:

Kurta pengantin versi putih

Versi purple

Dan Alhamdulillah, semalam saya dihadiahkan dengan dua helai lagi baju baru iaitu kurta bewarna coklat dan biru turquoise juga hadiah daripada isteri tercinta. Tahu-tahu je abang sangat suka dengan pakaian jenis ini. Sangat selesa dipakai setiap hari dan yang penting ianya menghampiri sunnah. Jazakillah ye sayang sebab bagi abang baju baru merangkap baju raya untuk tahun ini.

Kurta baru bewarna coklat

Biru turquoise

Disebabkan Allah telah memberi rezeki baju yang banyak kepada saya, maka di sini ingin berkongsikan salah satu daripada doa-doa masnun (doa sunnah) iaitu:

Doa memakai pakaian baru:

للَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

Maksudnya: "Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta".
(Hadith Riwayat Abu Daud & Tirmidhi).

Doa Memakai Pakaian:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَسَانِيْ هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku dengan pakaian ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku".
(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidhi, Ibnu Majah)

Paling senang, Doa menanggalkan pakaian.

بِسْمِ اللهِ
Maksudnya: "Dengan nama Allah".
(HR Tirmidhi)

Jika diamati doanya sangat ringkas dan senang untuk dihafal, kalaulah sehari kita menukar pakaian sebanyak tiga kali, maka dalam masa sebulan kita akan menukar pakaian sebanyak sembilan puluh kali, dan dalam masa setahun pula kita akan menukar pakaian sebanyak seribu lapan puluh kali. Itu baru doa memakai, jika kita amalkan kedua-dua doa memakai dan membuka pakaian pula, maka jumlahnya mencecah dua ribu lebih. Subhanallah, mudahnya membuat pahala. Yang penting ianya doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu kekasih Allah s.w.t, yang juga penghulu segala nabi dan rasul serta junjungan besar kita, Jadi jom kita sama-sama menghafal dan mengamalkannya. Mudah-mudahan kasih Allah s.w.t bersama-sama dengan kita.

Muhammad Ishak Zaini
10 April 2011
7 Jamadil Awal 1432H

14 ulasan:

ukhti,mardhiah berkata...

Assalamualaikum,
sanah helwah ustaz!
(",)
berapa tahun ya umurnya...
ummmmm2 27?muda lg tu...hihi
semoga dipermudahkan segala urusannya, di samping isteri tersayang.
Aminn.

umu6point berkata...

errr...abang... baju raya lain yeee... :p
dinda, umur kanda is baru 26 ler..hihii..mudaaa lagi tuuu :)

fuad ansari berkata...

Assalamu'alaikum ya ustaz..

Kaifa haluk? Iyelah, lama x dengar cerita ustaz..(",)

Banyak kali lah nampaknya ustaz kena baca doa memakai pakaian baru.. (",)

Moga bahagia selalu.. Puan Umu kata, dia nak hadiah purdah dari ustaz.. ehehe.. gurau je.. (",)

umu6point berkata...

aishhh...bukan purdah je..tapi nak sepersalinan yang lengkap..hoho. Jazakallah ye tuan fuad menyampaikan isi hati saya :p

Ishak Zaini berkata...

wkmslm,
Dinda diah, moga Allah tambahkan keberkatan dalam hidup seiring bertambahnya usia ini. Sanah helwa juga buat dinda diah yang telah selamat memakan kek beberapa hari lepas.

Dinda sayang,
Jom hafal doa pakai baju tu dulu. Baju raya tu tunggu nak raya nanti baru cerita ye. Bawak bersabar tau.

Fuad ansari,
Sama-sama belajar membudayakan doa-doa masnun dalam kehidupan seharian kita insyaAllah.

Dinda sayang,
Nak sepersalinan lengkap boleh saja insyaAllah. Nanti birtday dinda bulan lapan abang hadiahkan ye.

Tokwan berkata...

Tokwan masa baru kahwin dulu tak adalah apa2 hadiah dari isteri,dan Tokwan pun tak beri apa2 hadiah pada isteri melainkan sepasang kain keras yg dibuat baju kebaya,waktu itu kami tidak ada apa2harta melainkan kami gunakan utk membayar sewa rumah dan makanan dan lebihannya untuk keluaq jalan allah.Tetapi hadiah yang paling istimewa dari isteri kepada tokwan adalah kesabaran diatas kesempitan hidup kami dan teguh membuat usaha agama hingga sekarang alhamdulillah.Ishak n isteri beruntung dikurnia allah kelapangan hidup dan seorang isteri yg penyanyang dan yg paling besar adalah sama2 dapat buat usaha agama.Ishak tahu tak siapa Tokwan yg sebenar.

Tokwan berkata...

Tokwan kahwin masa belajar kat "U"bila tamat belajar anak 2 orang baru dapat kerja guru kat Felda Sertik Karak sekarang dah hampir nak pencen

aliaazuan berkata...

Salam..
Tahniah! byknya baju...alhmdulillah rezeki namanya tu. pakai ustaz..jgn tak pakai.. :-) moga berkat umur..

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salam,semoga bertambah bahagaia,hingga ke jannat...

Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput ustaz untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan ustaz.Sekian,Terima Kasih.

Ishak Zaini berkata...

Wa'alaikum salam,

Tok Wan, insyaAllah saya rasa macam kenal Tok Wan kot, kalau tak salah sayang Tok Wan ni adalah cikgu Musa kan?

Sungguh terkesan dengan nasuhat Tok Wan. InsyaAllah kami pun kena cuba untuk mencontohi kesederhanaan Tok Wan. Lagipun dalam enam pesanan wanita memang salahsatunya adalah tuntutan supaya hidup besederhana.

Kami suami isteri dahulunya dibesarkan sebagai anak yatim sejak di bangku sekolah, insyaAllah masing-masing telah berpengalaman dan merasai untuk servive hidup dalam kesempitan. Betapa saya amat merindui saat-saat seperti pada ketika dalam kesempitan itu, kerana ketika itu tautan hati pada Allah terasa sangat kuat. Sekarang Allah uji dengan kelapangan hidup, tapi tidaklah juga terlalu senang kami ini. Moga kami tidak terlalai dengan kesenangan yang datang. Apapun Jazakallah Tok Wan atas peringatan yang diberi. Saya mendengar ingatan yang Tok Wan kongsikan itu bagaikan nasihat arwah abah.

Aliaazuan,
Jazakillah. Yang penting baca doa pakai baju, pahalanya berterusan sepanjang kita memakainya insyaAllah.

Anak Pendang,
InsyaAllah nanti saya membuat lawatan balas ke blog enta. Jazakallah.

Ziarah76 berkata...

maaf terlambat mengomen,

mmg cantik kurta2 tu...

Ishak Zaini berkata...

Ziarah76,

Dah lama saya tak berkurta baru, itu yang kali ini berbunga-bunga hati dihadiahkan banyak kurta. Kena selalu bawa keluar di jalan Allah agar di akhirat nanti kurang hisabnya insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Salamullah

Bila baca tulisan Sahak ni. akak tiba2 dapat idea nak bagi hadiah kat abang Sham sempena hari lahirnya bulan 7 ni insyaALLAH, hadiahnya iaitu ridak dan baju kurta ;)

thanks, semoga sentiasa dalam redhaNYA

Aliah Shamsul Baharin

Ishak Zaini berkata...

Cikgu Aida,

Kirim salam saya pada abang Sham, juga minta abang Sham sampaikan salam saya pada rakan-rakan seusaha di Lakum. :-)