Ahad, Februari 13, 2011

Sebuah Lautan Setitis Tinta

Disebabkan jarak rumah kami di Sabah ini agak dekat dengan laut, makanya saya kongsikan sahajalah gambar-gambar saya dan isteri yang suka melawat ke laut ini. Maklumlah rumah kami di semenanjung terletak jauh dari laut. Yang menariknya daerah Semporna ini, selain banyak tempat yang cantik-cantik pemandangannya, usaha agama di sini juga agak maju. Terdapat tiga tempat yang menjalankan ta'lim mingguan masturat, termasuk salah satu di Pulau Mabul. Subhanallah.

Salah satu view menarik sebuah perkampungan di Semporna

Atas jeti di pulau Bum-Bum, boleh nampak jernihnya air laut kat belakang tu. Hebat Allah.

Cantik kan lautnya.

Allahu Akbar.

Laut di Semporna banyak obor-obor, pandai budak tu menangkap obor-obor.

Ini akibat yang terpaksa ditanggung oleh si penangkap obor-obor yang tak bertauliah. Dengan izin Allah selepas tiga minggu baru surut bisa dan gatalnya.

Jeti hujung Kg Bugaya

Wife yang sangat best dan sangat rajin.

Alhamdulillah, wife sekarang ni dah jadi salah seorang tunggak usaha masturat di Semporna.

Jadilah seperti ikan di lautan, walaupun berenang di air yang masin namun badannya tidak masin. Begitujuga kita, walaupun kita hidup di dunia dalam suasana yang rosak, namun kita jangan rosak.

Tidak masinnya ikan walau hidup di laut yang masin adalah kerana ikan itu mempunyai ruh. Jika ikan telah tiada ruh, ditabur garam dijadikan ikan masin, nescaya masinlah ia. Begitujuga manusia yang ada ruh insyaAllah tidak akan terkesan dengan suasana. Justeru usahakanlah menjadikan diri supaya ada ruh agama yang baik. Datanglah walau badai dan gelora yang melanda, insyaAllah iman akan teguh menghadapinya.

Seperkara lagi, jadikanlah siang kita sebagai siang nabi s.a.w, sebagaimana yang disifatkan oleh Allah s.w.t:

إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا

"Sesungguhnya engkau pada sang hari dalam renangan yang panjang." maksudnya
(Sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya.") (Muzzammil: 7)

Usaha Rasulullah s.a.w pada siang hari disifatkan seperti berenang yang panjang. Perlu diketahui bahawa tiada istilah rehat dalam renangan, tidak seperti berlari yang boleh berehat jika keletihan. Beginilah bersungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w untuk kita, umat kesayangannya ini.

Sebaliknya sejauh mana pula bukti kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Apa yang belum kita kita lakukan untuk umat ini. Semoga Allah s.w.t memberi taufik dan hidayatNya kepada kita untuk dapat mengikuti jalan pengorbanan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

Muhammad Ishak Zaini
13 Februari 2011
10 Rabi'ul Awal 1432H

16 ulasan:

z@i

salam..

bestnyer dapat g laut hari-hari..

airnyer sgt jernih

wish could b there one day


untung kak umu boleh kesana =)

umu6point

Buat Z@i,

emm..bila dapat tahu yang Allah nak hantar k.umu ke sini..awal2 lagi k.umu dah siap sedia cuba meredhakan diri tau..huhuu.. --> walaupun pada awalnya macam nak nangis la jugak bila fikir macam2..hehee. mujur cik abang pandai pujuk.. ;p

Peluncur Islam

ah jeles nya.....

macam best je kahwin ni...hihi...

Tanpa Nama

Salam buat sahak n ummu...semoga sentiasa dalam rahmatNYA...seronoknya tenguk suasana kat sana...ummu pun dah berpurdah. alhamdulillah...nanti boleh la akak n abang Sham pi semporna rumah kalian ya... :)

kak Aida (aliah shamsul)

Marina Ali

Assalamualaikum buat umu dan ustaz seronokkan umah dekat dengan laut...romantik gitu kihkih...:)

Tanpa Nama

ye..ke..macam nak nangis bukan dah lama bersedia nak ke sana ke...biar benar ni...apa pun hanya ALLAH YG tahu...MAAF...lawak je.....

Ishak Zaini

Wa'alaikumsalam wbt zai,

Jernih jernih air laut, moga Allah jernihkan lagi hati kita. Jemaah masturat dari semenanjung dan luar negara selalu datang ke Semporna ni. Ummi Ali dengan suaminya Hj Rahof pun pernah keluar masturat di sini.

Yang terkini, satu jemaah masturat dari Negeri Sembilan akan datang ke Semporna pada cuti sekolah bulan tiga ini insyaAllah. Dipersilakan zai juga untuk datang ke sini suatu hari nanti.

Dinda Umu6point sayang.
Jazakillah atas pujian yang diberi. Terharu kanda mendengarnya.

Peluncur Islam.
Kahwin best tapi lagi best jika kahwin dan sama-sama bergandingan jalankan usaha agama, sama-sama bantu agama Allah, dan sama-sama korban di jalan Allah.

Wa'alaikumsalam wbt Kak Aida & Syamsul, orang kuat Halkah Lanchang.

Segannya orang Lanchang datang melawat blog ni. Hehe. Apapaun Jazakumullah sudi mendoakan kami dan mengomen di sini. Moga Allah lebih-lebih lagi merahmati kalian sekeluarga. Kami mengalu-alukan kedatangan akak dengan Abg Syam ke Semporna.

Kak Marina Ali.
Alhamdulillah, Allah s.w.t jua tetapkan rezeki kami di tepi laut. Adik angkat akak memang suka berdating dengan suaminya di tepi laut.

Nanti akak bagi alamat abang ipar akak yang kerja polis di Semporna tu ya, bila berkelapangan kami akan menziarahi keluarganya insyaAllah.

Tanpa Nama yang mungkin ku kenali,
Dilarang mengganggu ketenteraman awam di disini. Tolong bersikap profesional ok. Harap maklum.

fuad ansari

Orang kata,kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai..

Tapi untuk tuan, saya nak kata, jgn takut, Allah ada, Allah akan bantu orang yg bantu agama Allah..(",)

Tanpa Nama

rasa macam kenal dgn fuad ansari tu..bila tengok dari dekat....tapi di mana ya...atau itu hanya gambar hiasan...ishak..olih sebab kamu jauh kamu wakil kan kami disini untuk ambik kasih sayang mak kamu ha.....satu lagi....satu lagi nak pesan...org sedang marah jgn dilayan sangat....harap ishak dan umu faham....buat2 tak tahu je...kalau di balas semua sakit hati...sudah nya...kita akan terus berbahas seperti kurang iman di dada..

fuad ansari

Tanpa nama:
Macam kenal?? Aku harap kita akan berkenal-kenalan di syurga.. (",).. Tapi siapakah kamu?? huhu..

Ishak Zaini

Kak Wangi,
Jazakillah atas nasihat.

Fuad Ansari,
Pengomen tersebut ialah kakak ipar saya yang tinggal di Serdang.

aliaazuan

salam.

Dah byk kali azam nak kluar kat sana, smpai la ni Allah belum pilih lagi. Mudah2an suatu hari nnti...

Tanpa Nama

hari ni belek gambar dulu2 tiba2 cak wan kata ...kenapa cik umu lama tak datang rumah kita...akak cakap pak cik is...dah bawak cik umu jauh...kat...kampung ayah..dia tanya lagi...ayah cakap kampung ayah kat syurga...akak jawab MEMANG CIK UMU DIALAM SYURGA SEKARANG....TIBA2...DIA CAKAP..ha...ibu tipu ye...CIKGU CAKAP KAT DUNIA MANA ADA SYURGA..HABIS TU KENAPA CAK WAN TANYA...NAK TENGOK IBU PANDAI JAWAB KE TAK...MACAM2 BUDAK2 SEKARANG..

fuad ansari

Tuan Ishak:
Ic.. xjauh dah tu.. sy dok bangi je..

Kak Wangi:
Mcm kenal la kak wangi ni.. Mcm biasa ku lihat wajahnya.. tapi di mana ya...erm.......

ukhti,mardhiah

aha ha ha
tuan fuad.
Cewahhhhh....macam kenal ye...
heh.

kak ngi.
hebat si cicak man...
(",)
dah bosa

Tanpa Nama

assalamualaikum..ape kabar ustaz??
bleh tanya sikit x???sy ni jahil sikit...aritu sy beli kamera baru..sy suka amek gambar diri sendiri..xpi satu hr ade pakcik marah sy..dia kate dosa amek gambar..betul ke??smpai skrang sy tokot nak amek gambar lg..

Related Posts with Thumbnails

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008