Ahlia Ishak.. Permata yang Dicari..
Sayang, Ingin abang katakan bahawa abang adalah insan paling bertuah kerana dapat memperisterikan sayang. Saban hari ada sahaja kekaguman abang pada sifat dan tingkahlaku sayang. Dalam bersahaja memerhati. Kalaulah sayang dapat melihat hati abang, nescaya sayang akan dapati hati abang dipenuhi dengan kuntuman senyuman melihat semangat sayang yang setiap hari tergesa-gesa hendak menyenangkan hati abang. Sebagaimana sayang selalu tergesa-gesa mengikram famili kita.
Senang hati abang melihat semakin lebar senyuman Ma apabila melihat akhlaq dan tingkah laku sayang yang menakjubkan. Sesuatu yang telah menjadi sifat yang tidak ada pada diri kami adik beradik ini. Sehingga acap terdetik di hati abang, adakah sayang ini seorang manusia ataukah seorang bidadari. Bila direnung-renung kembali, sungguh abang menumpang tuah sayang yang telah dididik oleh keluarga sayang untuk istiqamah mendengar sabdaan Nabi s.a.w setiap hari. Abang yakin keberkatan mendengar hadith setiap hari itulah menjadikan sayang seorang masturat yang hebat, sehebat Bisikan Masturat yang sayang karang. Bisikan yang hebat begitu mana mungkin terhasil jika tidak dari buah fikiran seorang masturat yang hebat.
Sayang telah disemai untuk mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta dari yang lain. Hidup sayang sentiasa dalam kesederhanaan, bijak dan celik akhirat melebihi wanita-wanita lain yang seusia dengan sayang. Abang kagum juga kerana sayang seorang yang sangat menjaga kehormatan diri. Ketegasan sayang dibayangi oleh keikhlasan abah dalam medan pengorbanan untuk agama ini. Kejernihan wajah abah dalam perjuangan mendakwahkan agama telah terukir sama di wajah sayang juga. Kerana mana mungkin dari telaga yang jernih akan mengalir air yang keruh.
Dahulu abah yang setia menzihin sayang dan adik beradik. Jika ada yang tidak kena pada sayang adik beradik, abah akan terus bersuara tanpa bertangguh. Dahulu jika sayang bengkok, abah akan segera meluruskan sayang. Dahulu tatkala sayang lara, abah yang akan mengurai segala masalah dan kekusutan sayang dengan memberi pendapat amal apa yang sepatutnya dilakukan. Dalam senyum yang tak lekang dibibir abah ada ketegasan bak Saidina Umar al Khattab, sebab itulah anak-anak abah hebat-hebat.
Kini sayang telah bersuami, bermakna tugas menzihin, melurus, berkongsi kehidupan dan cita-cita telah abah amanahkan kepada abang pula. Sayang, maafkan abang jika tidak dapat berwatak tegas seperti abah. Terlalu jauh abang hendak dibayangi dengan abah. Abang masih kekok dalam menakhodai kehidupan berkeluarga. Cara dan pendekatan abang mungkin berbeza, yang ada cuma fikir dan tujuan yang sama dengan abah, iaitu untuk membawa agama yang sempurna dalam diri, keluarga dan seluruh umat. Sayang doakan semoga kita sama-sama dapat mencorakkan keluarga kita ini dengan bercontohkan kehidupan sahabat r.a.
Sebagaimana abah selalu berkongsi keinginannya dengan anak-anak, izinkan abang juga berkongsi keinginan dan fikir abang dengan sayang, ini adalah perkara paling asas yang hendak abang kongsikan dengan sayang. Ketahuilah sayangku, Allah s.w.t telah menghantar kita ke dunia ini atas satu maksud yang besar, kita hidup bukan untuk makan, minum, tidur, kerja, serta menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan isteri sahaja. Jika untuk tujuan ini sahaja kita dihantar, maka apalah bezanya kita berbanding dengan orang yang tidak beriman. Sayangku, sesungguhnya kita dihantar untuk manfaat umat manusia seluruhnya, bukan untuk munaikan kewajipan diri atau keluarga kita sahaja.
Sayang, Allah telah menghantar kita kedunia ini atas satu maksud dan tujuan yang besar. Iaitu supaya agama yang sempurna dapat datang dalam diri kita dan untuk kita bawa agama yang sempurna ini ke seluruh alam.
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) (Surah Ali Imran: 110)
Sayang, walaupun sayang lahir di Malaysia, tapi fikir agama sayang harus menerjah ke seluruh alam. Tatkala kita mengecap nikmat beragama di sini, masih terdapat ramai manusia di hujung-hujung dunia yang masih jauh dari Allah s.w.t, kitalah yang bertanggungjawab membawa mereka untuk mengenal Allah s.w.t, kitalah orangnya yang sepatutnya membawa umat kepada kehidupan Sunnah nabi s.a.w yang suci, kitalah orangnya yang seharusnya memberitahu umat akan kehidupan akhirat yang kekal. Justeru menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyampaikan agama ini ke seluruh alam. Kita mesti tanamkan niat dan kezaman untuk pergi ke serata alam menyambung kehendak dan keinginan Nabi s.a.w. Semua ini memerlukan komitmen, pengorbanan dan kesungguhan yang tidak sedikit. Bersediakah sayang?
Sayang, lazimnya kita akan bersungguh-sungguh usahakan apa yang kita faham. Sebagai contoh kita faham nilai dunia, maka kita sungguh-sungguh usahakan dunia kita. Hendak faham dunia sangat mudah tapi nak faham agama itu yang agak payah. Ketahuilah sayangku bahawa nabi-nabi adalah orang yang paling faham agama, mereka sanggup bermati-matian untuk menyampaikan agama ini. Nyawa mereka bukanlah apa-apa hendak dibanding dengan agama, demi seteguk hidayah buat umat. Begitu juga sahabat-sahabat nabi s.a.w, mereka juga orang yang sangat faham agama. Lihatlah sirah mereka, warna hidup mereka adalah pengorbanan. Sayang, mohonlah moga Allah beri kita kefahaman agama seperti faham agama nabi-nabi dan para sahabat r.a, supaya matlamat hidup kita jelas.
Sayang, kita hidup di dunia hanya di sebuah persinggahan yang tidak kekal, menuju kehidupan akhirat yang kekal. Rumah kita di jannah, kampung sebenar kita di jannah, di sanalah destinasi kekal kita. Sayang, abang mahu sayang menunggu abang di jannah. Tunggu di jannah adalah natijah, sedang untuk mencapai natijah itu tak semudah yang disangka. Laluannya berliku. Pengorbanan itu pahit kerana syurga itu manis.
Sayang, abang ingin melihat ahlia abang menjejaki bayangan kehidupan sahabiah r.ha yang sarat dengan pengorbanan. Sayang, hiduplah dalam kemuliaan seperti Khadijah r.ha, yang ringan tangan mengorbankan hartanya untuk agama. Atau hiduplah mulia seperti Sumayyah r.ha, yang nyawanya dicabut ketika mempertahankan keimanan. Sayang, lihatlah pengorbanan Khansa r.ha yang menyalakan obor jihad di dada keempat-empat anaknya hingga akhirnya keempat-empat mereka gugur syahid di jalan Allah s.w.t. Lalu beliau menjadi ibu yang dikenang dalam lembaran sejarah sebagai seorang ibu yang hidup dalam kemuliaan. Sayang, lihatlah semangat agama yang ada pada Ummu Haram r.ha dan Ummu Sulaim r.ha, renungkan semangat keagamaan yang ada pada mereka, renungkan semangat pengorbanan sahabiah-sahabiah r.ha. Tidakkah sayang teringin menjadi seperti mereka. Yang bakal berada di barisan hadapan wanita-wanita yang akan memasuki syurga kelak. Ketahuilah sayangku bahawa hidup ini adalah sebuah pengorbanan.
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. (Surah Yusuf: 108)
Sayang, sayang bukan milik abang sepenuhnya. sayang hanya dipinjamkan Allah kepada abang untuk suatu tempoh yang tertentu. Begitu juga abang bukan milik sayang sepenuhnya, sampai masa Allah akan mengambil semula kita. Amanah yang sebelum ini tergalas dibahu abah, kini dipindahkan kepada suami sayang pula. Abang bersyukur abah telah menyediakan sayang sejauh ini untuk abang menyambung keinginan abah. Yang juga merupakan keinginan Allah dan Rasul insyaAllah. Sayang, ketahuilah kita ini adalah milik Allah, diri dan harta kita sepenuhnya adalah milik Allah s.w.t sebagaimana firmanNya.
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.. (Surah at Taubah: 111)
Sayang, Allah telah membeli jiwa dan harta kita dengan JannahNya. Hiduplah di dunia ini untuk mengecap bahagia di akhirat, diri dan harta kita bukan lagi milik kita. Ia adalah milik Allah s.w.t, justeru gunakan ia ke jalan Allah s.w.t. Sayang juga ada peranan yang besar untuk agama ini.
Sayang, selain itu kita adalah hamba Allah, yang mesti menjalani hidup ini sebagai seorang hamba. Semailah sifat-sifat kehambaan dalam diri kita. Hiduplah dalam keadaan menyerah diri kepada Allah s.w.t, jangan meninggi diri dengan makhluk Allah yang lain, berjalanlah dengan rendah hati, semaikan sifat tawaduk, pandanglah sekalian mahkluk dengan kasih sayang. Kita ini tidak ada apa-apa sedangkan Allah s.w.t maha berkuasa di atas segala-galanya. Sihat dan sakit datang dari Allah, hidup dan mati adalah dalam genggaman Allah s.w.t. Senang dan susah datang dari Allah, bahagia dan sengsara juga datang dari Allah. Allah s.w.t jua yang telah menjodohkan kita di saat ini. Kita yang selama ini berjauhan kini telah dekat dan berdampingan. Pohonlah yang baik-baik dari Allah s.w.t untuk keluarga yang kita hendak bina ini.
Jika Allah s.w.t mengkehendaki sesuatu itu mulia, ia tetap mulia meskipun semua manusia memandangnya hina, sebagaimana Allah memuliakan Ibrahim a.s tatkala Namrud dan sekutunya menghinakan Ibrahim a.s. dan jika Allah menghendaki sesuatu itu hina, maka ia pasti akan hina meskipun semua manusia memandangnya mulia, sebagaimana Allah menghinakan Fir'aun walaupun manusia dikerah bersujud kepadanya.
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Ali Imran: 26)
Sayang, kemuliaan kita adalah dengan agama, jika kita mencari kemuliaan yang selain darinya, nescaya kita akan dihina oleh Allah s.w.t. Jika sayang ada fikir agama untuk keluarga yang kita hendak bina ini, nescaya anak-anak kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Bakal dae' dan pembantu agama Allah s.w.t. Kerana fikir agama seorang ibu besar kesannya terhadap anak-anak. Didiklah anak-anak sebelum mereka lahir lagi dengan mensolehahkan diri. Anak-anak tentu berbangga ada ibu seperti sayang sebagaimana abang berbangga memperisterikan sayang.
Ketahuilah sayangku, abang sangat bahagia berdampingan denganmu. Kerana abang dapat menghidu haruman sahabiah di dalam rumah dan keluarga kita sejak memperisterikan sayang. Selagi bisikan masturat itu terus berbisik, insyaAllah abang yakin abang haruman kebahagiaan akan terus semerbak ke dalam rumah kita hingga ke Jannah nanti. Jazakillah sayangku.
Azam ye nak istiqamah taklim rumah, jaga solat di awal waktu, Quran, Zikir, mendidik anak dengan kehidupan agama dan Sunnah, bersederhana, dan menggalakkan abang dan anak-anak untuk keluar ke Jalan Allah s.w.t. Kemudian kita azam untuk sama-sama keluar tiga hari, sepuluh atau lima belas hari, di jalan Allah s.w.t. Juga hujung tahun 2011, empat puluh hari. InsyaAllah.
Muhammad Ishak Zaini
untuk Ahlia Tercinta, Umuanisah Mohd Nor
7 Januari 2011
3 Safar 1432 H


41 ulasan:
Alhamdulillah..tahniah tuan dan ahlia...semuga cinta hingga ke dlm syurga..amin
salam,waa..lawanye k.ummu pki purdah..huhu..tahniah2..moga istiqomah..amin..
anak ummi.
salam..tahniah tuan..rupanya tuan menetap di semporna..
salam,
semoga ALLAH kurniakan mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga.. Cumanya, saya nampak tidak berapa elok jika saudara ustaz mempamerkan isteri dalam blog seperti itu. Walaupun berpurdah, namun bisa mendatangkan fitnah. Jika keluar masturat, tangan, walhal mata pun tidak boleh nampak. Apatah lagi jika letak gambar yang berposing seperti itu. Mendatangkan fitnah, saudara. mendatangkan fitnah. Semoga Allah swt memberikan taufik hidayah pada kita semua..ameen..
Kak Ahliaazharjaafar..
Alhamdulillah. Jazakillah atas doanya. Semoga Allah bahagiakan akak dan abang Azhar seisi keluarga hingga ke Jannah Firdaus juga.. Amin. Banyak lagi kami kena belajar dari orang lama macam kalian..
Anak Ummi..
Kak Umu kirim salam. Jazakilllah bersusah payah menjamu kami makan nasi beriani special yang sedap tempoh hari. Allahumma at'im man at'amana, Wasqi man saqaana.
Misbah Ums..
Jazakallah. Alhamdulillah. Seronok timba pengalaman buat usaha dari orang Sabah.. Jemput la datang ke Semporna.
Ustaz Tanpa Nama..
Amin. Betapa bermakna doa orang-orang mukhlis seperti tuan untuk kami di zaman fitnah ini. Tujuan entri ini adalah untuk hebahan pada kawan-kawan akan pernikahan kami juga untuk kongsi fikir sebagai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Apapun Jazakallah atas tegurannya. Tak sangka dah tutup ahlia baik-baik pun masih ada yang boleh ternampak ye. Moga Allah ampuni dosa saya yang lemah ini. Teringat kata-kata hikmat orang lama: Ikram ialah melihat kebaikan dalam keburukan orang lain.
Ikhlas ialah melihat keburukan dalam kebaikan diri kita.
Moga sudi beri tunjuk ajar pada saya yang masih bertatih ini. Jazakallah.
Salam.
Subhanallah...alhamdulillah.
Brkahwin kerana Allah, utk tujuan agama...smoga Allah merahmati kalian, amin...
alhamdulillah.. tahniah ustaz ishak.
doakan saya ..
sweeetnyeeee..
tahniah anda berdua =)
dan saya agak jeles.keh3
mne kak umu x komen nie? hehe
kak umu nie cam muda jer. brape umo?hehe
Pengantin baru yea ? Salam dari pengantin basi.
Wkmslm wbt
ustazah aliaazuan,
Jazakillah atas doa, semoga Allah merahmati ahli keluarga Azuan juga.. Semoga apa yang menjadi maksud hidup nabi-nabi dan para sahabat, menjadi maksud hidup kita juga.
Ibnu Mutalib,
Jazakallah syeikh, Moga Allah terima enta jadi asbab hidayat umat nabi seluruh alam. Untuk student, kena sungguh-sungguh dalam dua perkara. Dakwah no1, study/exam pun no1 insyaAllah.
Zai,
Jazakillah, Umu dah baca komen zai ni, nanti dia balas insyaAllah. Umur Umu lebih kurang zai je. Zai kawan dengan Umu baik-baik ye. Boleh share banyak-banyak lagi adab sunnah/ilmu dengan Umu.
Tinta Mu'allimah,
Jazakillah cikgu. Barakallahu lakuma untuk cikgu dan suaimi juga
.
tenang membaca doanya ustaz
Assalamualaikum wrbt,
Waduh madah org bercinta ni lain bnr bunyi nya...asyik makhsyuk kita membacanya...teringt lah di suatu masa dahulu, 22 thn yg lalu... ikatan cinta kerana agama Allah memang lain panahannya.. hanya yg telah merasainya tahu kehebatannya... semoga cinta ini atas dasar korban fi sabilillah akn terus mekar menghiasi alam, sehingga dapat dipetik buah2annya di raudhatul jannah!!! amin...
assalamualaikum ustaz...
hanya dengan mata yang menarik pun dapat mendatangkan fitnah kepada kaum lelaki....
pertama tutup aurat kecuali muka dan tangan...
kedua memakai purdah...
ketiga tinggal di rumah...keluar kecuali ada keperluan....
ulama sepakat bahawa tidak boleh wanita membuka muka sekiranya dia tahu ada orang memandangnya dengan pandangan haram...seperti sengaja melihat dan tidak berkedip matanya melihat..
maka dalam hal ini zaujah ustaz masih lagi seorang wanita yang muda...yang matanya masih lagi dapat menarik perhatian lelaki...
mgkn orang terfikir..isteri saya di luar sama sahaja dengan dalam blog jadi takpalah siar gambar sini...
untuk menjawabnya..
kita katakan padahal keadaan di luar jauh berbeza...diluar manusia tidak berkesempatan menatap dengan perhatian kerana isteri berjalan dan dalam jarak yang jauh dan d tambah lagi memakai purdah...maka mereka segan mengarah pandangan kearahnya...
dalam hal blog..gambar akan stattik tidak bergerak dan dekat dan sangat jelas gambarnya bagi siapa2 yang sihat matanya...maka sapa2 terbaca maka mgkn akan terpaku sebentar..dan mgkn juga terpanah dengan panahan syaitan iaitu pandangan...
oleh itu sebagai cadangan dari saya untuk ustaz mengalihkan gambar zaujah ustaz....
dari hambaAllah yang dhaif
Ibn Mutalib
Ingatlah dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang.
Umma Ali, Jazakillah, waduh, orang lama punya ayat lagi menusuk kalbu. Sejuk hati haji Rahof 22tahun ni dah hari-hari mendengar Umma Ali menyulam madah. Hati bagai dibelai-belai. Moga kemesraan ini terus kekal hingga ke syurga. Amin.
Sohibus Samahah Ustaz Tanpa Nama.
Wa'alaikumsalam w.b.t. Ya ustaz. Mohon izin ana keluar dari gaya penulisan biasa ana. Huhu. Ewah-ewah. Syadid tul enta ni. Dah-dah la tu. Kita jawab baik-baik ingatkan enta boleh la duduk diam. Dah la tak kasi tahu identiti sebenar. Makin rancak pulak dia menyuluh salah kita. Siap syarah lagi tu. Tergelak-gelak ana dengan ahlia membaca komen dan fatwa enta.
Ada ada aja la enta ni. Enta sorang je komen lain dari orang lain kat sini tau.
Permata yang dicari, bukan mata yang dicari. Kalau terpikat dengan mata ahlia ana, tak payah la tengok. Rendahkanlah pandangan habis cerita. Ini sibuk je nak suruh orang alihkan gambar. Kawan-kawan lain tengok tak bising pun, mata enta je lebih-lebih. Hehe.
Ana lebih risaukan sikap menyuluh buruk orang. Orang lama kata, kalau tahi lembu tepi jalan, buat tak nampak aja udah la, banyak lagi menda cantik-cantik lain untuk dilihat. Tak perlu kita pergi dekat-dekat tahi lembu tu, kemudian kuis-kuis tahi lembu tu. Harum semerbak la baunya.
Begitu juga buruk orang, tak payah korek pun nampak, kalau korek confirm akan jumpa keburukan orang. Jadi apa yang penting adalah diri kita, selagi kita sekadar nampak kesalahan itu pada orang lain, selagi itu diri kita tak dapat di islah.
Ok la ustaz. Ana minta maaf kalau menyinggung enta. Ini emel ana, boleh sambung muzakarah di email al_ansari718@yahoo.com
Jazakallahu khairan jazak.
ustaz..yang kat atas tu tak sama dengan yang di bawah...orang berlainan ustaz...maaf kalau ustaz tersalah sangka terhadap dua orang berlainan tanpa nama...bukan mencari keburukan sekadar memberi nasihat...
kalau ustaz tak setuju...xda sapa nak marah atau bangkang ustaz...
salamualaikum,
Barakallahulakuma dari ida wa zaujie...Allahu maakum,insyaAllah..
~selamat maju jaya~
hehe dah tak tahu nak wish ape..kirim salam kat zaujah ye..
UST/USTAZAH tanpa nama,
memang bagus nasihat tuan,saya suka sekadar memerhati dari jauh,walaupun tanpa pertauliahan ataupun di lantik mana2 persatuan mahupun badan berkanun..
Alhamdulilah tuan punya blog ni kongsikan kegembiraan bersama-sama pembaca yang lain,jadi jom kita sama2 doakan yang terbaik.Apa yang tersirat dan niat dari incik tuan punya blog hanya antara dia dan Allah..
tak de salah menegur atau menasihat,tetapi biarlah sama2 dapat menjaga aib nya..tol tak?
sebab segala kesempurnaan hanya milikNYA.jom muhasabah baaa...:P
wassalam...
Assalamaualaikum w.b.t
Tahniah ats pernikahan kalian..smoga diberkati Allah...dikurniakan sakinah mawaddah warahmah InsyaAllah...
kpd anda berdua, InsyaAllah CS seolah2 dapat membaca apa yg sedang kalian lalui..kerana CS dan suami jg pernah melaluinya..jika benar telahan CS, maka bersabarlah...si pelentur & yg hendak dilentur...CS sndiri pun masih belajar menyesuaikan diri..sama2 la bertatih yer..barulah InsyaAllah akan berjalan sempurna dan diizin Allah berlari & terbang...sejauh mungkin InsyaALlah.Amin!
beruntung tuan.. sesungguhnya lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik.. apa-apa pun.. tahniah.. moga bahagia hingga ke syurga.. ",)
Alhamdulillah.. moga bertambah lagi ummat nabi saw untuk syahid dan korbankan harta, masa dan diri di Jalan Allah.
huhuhu....
jeles betul......
tahniah tuan....
Ustaz tanpa Nama,
Saya minta maaf la ye, cakap kasar dengan enta. Sebab tak nak meleret-leret.
Ida
Wa'alaikumsalam wbt. Terima kasih ida dan suami sudi datang ke majlis walimah kami di Lanchang tempoh hari. Bersusah payah datang dari KL walaupun sehari sebelumnya baru sahaja majlis walimah kalian. Selamat pengantian baru juga. Jazakumullahu khairan jazak. Terima kasih juga hadiah yang amat bermanfaat. Moga Allah berkahi perkahwinan kalian dunia akhirat. Amin. Hm, saya pun serba salah nak cakap kasar-kasar gitu dengan encik Tanpanama, sesungguhnya saya amat menyesal di atas akhlaq buruk saya terhadap encik tanpanama ini. Sori lagi sekali ye encik tanpanama.
Cikgu sue,
Allahumma amin thumma amin thumma amin.. Moga Allah limpahi keberkaran dalam perkahwinan cikgu sue dan ustaz Harun juga. Kalau mampu berlari, maka berlarilah, Kalau tak mampu berlari, maka berjalanlah. Kalau berjalan pun tak mampu, merangkaklah. Datanglah kepada Allah sedaya yang mungkin. Allah tengok pada kesungguhan kita.
Fuad Ansari,
Amin, Jazakallahu khairan jazak atas doanya. Moga Allah mudahkan jalan enta juga. Gamba profil tu gamba raya ke gamba kahwin ye.
Faqir,
Allah dah beli diri dan harta mukmin dengan syurga.
Moga Allah terima kita untuk syahid di jalan Allah.. Amin..
Peluncur Islam,
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati) kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Jazakallah. Tahniah untuk enta juga. Er, bila nak update blog? Terkesan ana dengan ayat enta:
"sekiranya aku tahu... pasti aku akan kurang ketawa dan banyak menangis." Jazakallah atas ingatannya.
tuan ishak zaini:
Gambar profil tu adalah gambar semasa sambutan ulangtahun ke-15 jabatan tempat saya bekerja.. (",)
assalamualaikum tuan,
minta maaf terlewat mengomen kerana banyak urusan sejak berpindah ni.
bagus sungguh tulisan tuan. (walaupun tuan sebenarnya bukan shj berbakat menulis tetapi juga berbakat mengambil gambar - gambar disiarkan dlm paper lagi tu). hehe
Tahniah... macam pinang di belah dua, sama padan, sama hensem, sama cantik.
Semoga berbahagia dunia dan akhirat.
aminn...
semoga fasa bebulan madu ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat.yg penting biar iklas buat sesuatu perkara...kerana yg esa..pesanan iklas dari alia ridwan yg bakal melangkau ke fasa ke enam dalam alam perkahwinnan.tetap indah.alhamdulilah
Syeikh Ziarah76
Wkmslm w.b.t, Alahumma amin.. Jazakallah atas doa untuk kami yang tak putus-putus dikirimkan. Moga Allah bahagiakan enta sekeluarga juga.
Saya belum cukup bahasa lagi dalam bab menulis, jauh nak disamakan dengan penulis pro macam enta. Apatah lagi dalam bidang fotografi. Enta lebih ahli dalam bidang enta. Kalau saya salah, tolong tunjukkan.
Pindah ke marhalah mana pula sekarang? Dah tak tinggal di JB dah ke?
Abg Wan & Kak Ngi,
Amin.
Selamat menempuhi tahun ke-6 perkahwinan yang indah. Hari-hari berbulan madu insyaAllah. Hehe.
ha.ha..dah tak risau sekarang dgn berat badan abg wan..ada org lain lagi berat tak gitu ishak.....tahu la ikan kat sabah murah..agak2 la.rajin...umu masak ye..nanti kamu berdua balik kita suruh masak buras...bolih ba........
Salam ukhwah..selamat pengantin baru buat ishak dan isteri..semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa..segala yang berlaku sebelum tu ada hikmahnya..Allah nak bagi dekat hambanya yang bernama Ishak sesuatu yang terbaik dari yang sebelumya..keep in touch selalu k..salammm...
salam abang iparku,
(",)
rasa mcm bagai semalam kalian tunang
sekarang dah jadi suami isteri
esok dpt bby
pastu dapat cucu
pastu dapat cicit
pastu mati
pastu bersama semula di syurga
selama-lamanya
abadan abada
InsyaAllah,InsyaAllah ika Allah perkenankan...Amin Ya Rabb
assalamualaikum..ustaz, kenal x dgn haji hanafiah..dia duk kt semporna..
Wa'alaikumsalam semua.
Maaf sebab tuan rumah 'perasan' sibuk kebelakangan ini hingga kesuntukan masa hendak menjengah ke blog melayan pelawat-pelawat yang datang. Hajat hati hendak menulis entri baru pun tak sempat-sempat laghi ni, jadi saya menumpang kasih pada entri-entri baru isteri saya yang baik hati serta sangat rajin sahaja la sementara waktu ni.
Kak Wangi,
Adik kesayangan Kak Ngi sangat rajin. Wallahi, saya sangat kagum dengan kerajinannya. Terlalu banyak perkara saya dapat belajar dari sifat kerajinannya itu.
Kak Marina,
Jazakillah atas doanya. Moga Allah titipkan kebahagiaan dalam hubungan Kak Marina dengan Haji Salehuddin juga. Ya Allah, bahagiakan keluarga dae ini dunia akhirat.
Ukhti Mardhiah,
Adik iparku yang sabar menunggu giliran bagi dikahwinkan oleh ayahanda tercinta. Jazakillah atas doa dan ikramnya yang tak terhingga itu. :-)
The Wayfarer,
Setakat tempoh beberapa bulan dah Allah hantar saya di Semporna ini, Bersohbah dengan rakan-rakan seusaha di sini, sama-sama mesyuarat harian, mesyuarat mingguan, dan mesyuarat bulanan rasanya saya belum mengenali lagi Haji Hanafiah tu.
Untuk pengetahuan tuan, Semporna ada dua halkah, satu semporna Darat dan satu lagu Semporna Laut. Saya di Halkah Semporna Darat, mungkin juga Haji Hanafiah yang tuan maksudkan dari halkah Laut. Nanti saya cuba cari insyaAllah.
Salamullah
meremang bulu roma bila membaca...semoga ALLAH merahmati kalian juga daku :)
Ahlia Shamsul (Kak Aida)
terima kasih tuan...
ayat tu berdasarkan ringkasan hadith yang ana petik....
banyak memberi kesan pada hati ana....
pasal nak update blog ana...
insyaAllah lepas ana kahwin...insyaAllah tahun ni...doakan yea...
Assalam,
Mabruk buat Tuan & ahlia. Salam ukhuwah dari saya buat isteri tuan.
alhamdulilah.....
moga2 dpt ISTIQAMAH AKHIR HAYAT..
DOA UTK SAYA N UMMAT NI.....
Ahliahnizam,
Wa'alaikumsalam w.b.t. Jazakillah.
InsyaAllah. Moga sudi beri tunjuk ajar kepada kami suami isteri.
Awang TRG,
Alhamdulillah, moga tuan sudi doakan untuk kami juga.
Catat Ulasan