Khamis, November 11, 2010

Jemputan Ke Majlis Walimah Ishak & Umu



Assalamu'alaikum w.b.t.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Dengan berbesar hati dan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t, kami menjemput tuan-tuan/rakan-rakan/kenalan yang dikasihi untuk hadir ke majlis walimah kami, Muhammad Ishak Bin Zaini & Umuanisah Binti Mohd Nor pada tarikh dan tempat berikut:

Majlis walimah pihak perempuan akan diadakan pada hari Sabtu 18 Disember 2010 di rumah Imam Mohd Nor Bin Harun di Gemas, Negeri Sembilan Darul Khusus. Istimewanya InsyaAllah Majlis di Gemas tersebut akan dilangsungkan pernikahan pada hari yang sama bagi tiga beradik sebuah keluarga da'e, (Umu dan dua orang lagi kakaknya). Sementara majlis bagi pihak lelaki pula akan di adakan pada hari Ahad, 26 Disember 2010 di Lanchang, Pahang Darul Makmur.

Semoga kehadiran tuan-tuan akan menyeri dan menambahkan lagi keberkatan majlis kami.

Bagi rakan-rakan seusaha yang akan keluar berdakwah 40hari dan sebagainya dalam rangka cuti sekolah hujung tahun 2010 ini, diharapkan tuan-tuan sudi untuk mendoakan kebahagiaan berkekalan buat kami. Jazakumullahu khairan jazak.




Ya Allah.. Yang Maha Mengasihani,
Kami pinta dengan kerendahan hati,

Agar Engkau mengurniakan kepada
pasangan pengantin ini,
Dengan semangat perjuangan dan pengorbanan
Rasulullah s.a.w dan Khadijah al-Kubra..

Kurniakanlah air mata kasih
Ali Karamallahu Wajhah dan
Fatimah Az-Zahrah kepada kedua mempelai ini,


Titipkan keberkatan dalam pernikahan mereka,

Seperti keberkatan pernikahan Abu Thalhah dan Ummu Sulaim,

Tiupkan semangat jihad Amar Bin Jamuh dan
Isterinya
kepada mereka.
Pasakkan semangat membantu agama Abu Ayyub al Ansari dan
Ummu Ayyub al Ansariah
kepada keduanya..
Tiupkan ruh kehidupan sahabat dan sahabiah

Pada kehidupan dan keluarga yang mereka bina ini.


Ya Allah..
Andai semua itu terlalu besar bagi kami,
Maka cukuplah permohonan kami
agar redha-Mu
Bersama kedua pasangan pengantin ini…


Jadikanlah
pasangan pengantin baru ini,
Sebagai suami isteri yang saling mencintai,

Saling menjaga kehormatan,

Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,

Saling menyempurnakan di dalam ibadat,

Saling merindui syahid di jalan-Mu..


Ya Allah…

Limpahkanlah kebahagiaan

Kepada pasangan pengantin baru ini,

Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Amin Ya Rabbal Alamin..



Jemput datang ye!

Muhammad Ishak Bin Zaini & Umuanisah Binti Mohd Nor
Perjalanan Bertemu Cinta

11 November 2010

4 Zulhijjah 1431H

39 ulasan:

aliaazuan berkata...

salam Ustaz Ishak,

Ha...tepat sgguh gerak hati ni. Kan ana penah kata kat Umu, ana rasa tau siapa bakal suami dia..tp mgkin ana ketinggalan kot, org lain dh tau dulu rasanya..

Tahniah utk kedua2nya. Tgh tggu Umu plak ni..tp masyaAllah, jauhnye...tarikhnya pula dlm rangka nk kuar masturat 10-15 hr, insyaAllah.

Apapun, jazakallah atas jmputannya. Ni nak doa kat bakal pengantin siap2 ni..kot tak jd pi makan nasik briani.hee..

بارك الله لكما وجمع بينكما فى الخير

Moga trcapai impian & mtlamat keduanya dlm mmbntuk usrah sa'idah & bntu-mmbntu dlm mnjalankn usaha agama. InsyaAllah slamat smuanya.

The Wayfarer berkata...

MasyaAllah..mabruk untuk Ustaz..doakan sy cepat2 kawin..calon xde lg..hehe

Umma-ali berkata...

Assalamualaikum wrbt,
Makcik n pakcik aminkan doa kalian...semoga ia menjadi titik permulaan sebuah perkongsian usaha warisan Rasulullah SAW dan para sahabah ranhum ajmain...
psst...ingat ni bkn syarikat sendirian berhad yea...ini syarikat jemaah dakwah tanpa had ke seluruh alam...
aaamiin...ya Robb!

hidayu samsudin berkata...

salam....tahniah buat kak umu dan pasangan.....semoga mendapat keberkatan allah...

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm Ustazah Aliaazuan.

Amin. Waiyyakum.

Hehe. Terungkai sudah teka teki. Memang tak ramai yang tahu, tapi ada juga yang dapat mengagak. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Puchong -N9 tak jauh mana insyaAllah, jemputla ustazah datang bersama suami dan anak-anak. Ahlan bikum.

Kalau keluar masturat cuti ini, mohon diselitkan doa kami dalam celahan doa ustazah terhadap umat yang amat berharga itu. Doakan agar Allah mudahkan kami juga untuk keluar masturat lepas nikah nanti insyaAllah.

Jazakillah kak.

Ishak Zaini berkata...

The Wayfarer,

Jazakallah. InsyaAllah moga Allah mudahakan jodoh enta juga. Kalau dah tiba masanya bersedia nak cari jodoh nanti, boleh hubungi kami, kami boleh ikram tolong carikan insyaAllah.

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm wbt Hjh Umma Ali.
Penghormatan tertinggi buat tetamu VVIP kami ini.

Untuk pengetahun tetamu, Umma Ali dan suaminya, Haji Rahof adalah 'orang tengah' yang memainkan peranan penting yang menjadi asbab jodoh kami ni. Jadi kreadit besar untuk dua tetamu istimewa ini. Seorang lagi yang tak kurang VVIPnya adalah rakan seusaha yang dihormati, cikgu Zahari Gemas.

Jazakumullah atas pedoman dan nasihat. Mohon sudi untuk terus kongsikan peringatan dan tunjuk ajar kepada kami. Mohon doakan keberkatan untuk kami.

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm wbt hidayu,

Allhumma Amin.. Jazakillah atas doanya. Sekarang ni Umu berada kampungnya di Gemas untuk membuat persiapan majlis nikahnya. InsyaAllah beliau akan online sedikit masa lagi.

Bakal suami Umu pulak masih mengajar sekolah menengah di negeri Sabah. Cuti sekolah lepas Raya Haji ni baru balik ke semenanjung insyaAllah. Doakan kami ye.

azharjaafar berkata...

Wah wah.. dua bloggers nak bernikah!

Selamat pengantin baru.. Semoga semakin mantap di dalam iman & amal & semoga kekal sehingga ke dalam Jannah..

CS berkata...

Salam Ustaz,
Subhanallah amat2 terkejut...xsangka dua2 CS bese terserempak di alam maya ni.Umu tu CS sudah biasa, tp ustz baru2 ni je smpat menjengah ke blog anta..Alhamdulillah, CS & suami tumpang gembira & syukur..kami doakan yg terbaik utk kalian..Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khair, InsyaAllah

apa pun, maaf kami xdpt m'hadirkan diri kerana mmg dlm jadual keluar masturat 40hari..InsyaAllah mana tahu, thn2 akan dtg kita dpt berjamaah keluar masturat bersama..

TAHNIAH:drpd Cikgu Sue&Ustaz Harun (suami)!!!

Ishak Zaini berkata...

Bro Azharjaafar

Allahumma Amin. Jazakallah. Tolong doakan semoga Allah gunakan diri dan harta kami juga untuk agamaNya.

Jazakallah juga kata-kata enta dahulu, "Usaha masturat, seni yang berbeza". Sangat bermakna kata-kata tu.

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm cikgu sue.

Allahumma Alhamdulillah. Semoga cikgu dan suami sudi untuk mendoakan khusus untuk kami di ketika keluar masturat nanti.

Umu sekarang sedang tekun mengikram keluarganya bagi persiapan majlis walimah nanti. Sebetulnya Umu yang lebih patut untuk membalas komen rakan-rakan masturatnya ini dengan lebih mesra alam kan. Hehe. Tunggu la ye, CS and the Geng. Apapun Jazakumullah.

seorangnenektua berkata...

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.
Rasanya nenek tak dapat datang kot sebab sekarang ni nak gerak jauh susah sikit sebab sakit lama berulang.Alhamdulillah Nenek sangat suka ! Alhamdulillah. Nenek doa semoga semua urusan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan Allah. Amin

Tanpa Nama berkata...

salam,
tahniah ustaz sahak :)
semoga yg terbaik utk sahak dan umu

alifah

Ibnu Mutalib berkata...

masyaAllah tahniah Ustaz Ishak.
rasa macam pernah lawat blog ni, tapi dapat tahu walimah dari blog kak umu,.

tahniah buat pasangan semoga dapat jadi asbab pengembang usaha masthurat di malaysia dan dunia InsyaALlah.

Baru2 ni saya baru post bayan Maulana Luthfi di jord Kebun Jeruk, peranan lelaki,.. heh

Doakan saya dapat ahlia yang faham usaha agama.

p/s: first time rakan bloggers karkun umukna walimah.

Ibnu Mutalib berkata...

*first rakan bloggers umumkan walimah.

ukhti,mardhiah berkata...

salam ustaz
saya pasti akan menghadirkan diri
ke walimahnya
(",)
InsyaAllah

Ishak Zaini berkata...

Alhamdulillah nek, Jazakillah di atas doa dan restu nenek untuk kami yang amat bernilai tu. Sudi-sudilah nenek yang berpengalaman dalam usaha masturat ni untuk memberi tunjuk ajar kepada kami yang masih hijau ini.

Kami doakan moga Allah kurniakan nenek kesihatan yang baik. As alullahal'Azim Robbil 'arsyil 'Azim anyashfiyak..

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm Alifah.

Jazakillah. Terima kasih di atas doanya.

Ishak Zaini berkata...

Ibn Mutalib, Blog saya ni suam-suam suku sahaja. Banyak saya kena belajar dari enta untuk berblogging.

Jazakallah di atas doanya. Moga Allah pilih enta dan keluarga enta juga untuk menjalankan usaha agama hingga akhir hayat insyaAllah. Ya Allah, pertemukanlah Ibn Mutalib dengan jodoh yang solehah, yang akan menjadi pembantu usaha agamanya nanti.

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm Cikgu Mardiah.

Jazakillah tuan rumah, yang sekali lagi bakal berkerja keras membanting tulang empat kerat membantu kak Umu, Kak Idah dan Kak In membuat persiapan nanti.

Jasamu dikenang. Masa majlis kami bertunang dulu, Diah banyak membantu persiapan majlis Kak Umu, lain sungguh beza keceriaan rumah masa 1st time saya datang rumah berbanding dengan kedatangan untuk kali-kali yang seterusnya tu. Bukan alang-alang ikram yang Diah hulurkan. Moga Allah kurniakan Diah suami yang baik nanti, yang akan sama-sama Diah membatu menjalankan usaha agama.

ukhti,mardhiah berkata...

InsyaAllah
duhai abang iparku...
menghormati tetamu!
salah satu peraturan penting rumah
lg pun,abang akan jadi abang diah juga
welcome to my big family,and please make it more bigger n biggers
XSABAR NAK MEMBULI ABG IPARKU INI!

ابن زين الرمباوي berkata...

barakallahu lakuma..wajamaa' bainakuma fil khair

z@i berkata...

salam....
saya tidak percaya...huhuuuh...
tp tahniah.. dua org blogger akhirnyer mnjadi satu.hehe..
tahniah2... copy doa kak aliaazuan

بارك الله لكما وجمع بينكما فى الخير

moga jadi asbab berkembang dakwah. amin...

Nerzhul berkata...

grats sohok. insyaAllah ada rezeki koi gi kenduri aok. selamat pengantin baru. semoga bahagia sampai akhirat. :D

Bijen M. berkata...

Salam tuan.
Tahniah.
Semoga yang baik-baik saja.
InsyaAllah.
Doakan saya dapat sampai ke sana makan nasi kenduri.
:)

Ishak Zaini berkata...

Diah. Selamat membuli abang-abang ipar baru. Dan selamat bersabar dibuli oleh abang-abang ipar baru diah.

Ishak Zaini berkata...

Ust Ibn Zain. Hayakumullah..

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm zainab. Jazakillah. Moga Allah terima zainab jadi asbab usaha agama tersebar, sebagaimana Allah telah terima sahabat dan sahabiah r.hum.

Ishak Zaini berkata...

Nerzhul @ fariz. Jazakallah, terima kasih daun keladi rodong, di atas kesudian nak datang rumah koi. Serta doa untuk kome yang amat bernilai tu. *vocab laghat pahang: rodong-kawan, koi-aku, kome-kami.

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm Bijen. Jazakallah, Jemput la datang nanti. Kehadiran tuan di alu-alukan. Moga Allah mudahkan enta keluar 4bulan awal tahun depan.

ukhti,mardhiah berkata...

abang iparku,
(",)
kita tengok nanti
heh heh heh--->gelak jahat

ziarah76 berkata...

tahniah, selamat pengantin baru

minta maaf, lambat wish sbb kelam kabut sikit sejak kebelakangan ni

Ishak Zaini berkata...

adik iparku,

Ada lori ada bas..

Jazakumullah juga buat yang Ustazah Aliaazuan, Cikgu Sue, Ays Syakirin, Seorangnenektua, Ibn Mutalib dan Diah siap buat entry khas pasal kami. Barakallahu fikum.

Ishak Zaini berkata...

Ziarah76

Jazakallah atas wish. Semoga Allah permudahkan urusan enta nak keluar 40hari. Moga Alah terima pengorbanan enta sekeluarga jadi asbab hidayat buat diri, keluarga dan umat amnya. La tansana fi du'aik.

~ida~ berkata...

Salamualaikum ansari,

walimah kita ni dekat2 ni,
insyaAllah kami akan cuba usaha datang juga,moga ikatan ukhuwah yang terbina akan bertambah erat..

p/s: nak konvoi ramai2 geng raudhah.com g walimah ansari..

Barakallahulakuma..!!

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm wbt ida.

Allahu Akbar, Jazakillah ida. Nanti info saya ye berapa orang nak konvoi tu. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. Salam bersambut Ukhwah bertaut, minta tolong Ida panjang-panjangkan jemputan kami ini pada geng-geng Raudhah.com yang lain ya. Barakallahu lakuma juga buat Ida dan Fauzi yang bakal melangsungkan pernikahan pada 25 Dis ini.

z@i berkata...

salam

lamenyer xpdate blog.

tgh berbahagia barangkali. atau pon tgh khuruj..

tahniah 4 both of u =)

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

Salam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telas siap.
Harap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.