Ahad, September 26, 2010

Catatan Sebuah Perjalanan


Masa tidak hanya diam, waktu terus berjalan, masa akan terus berpacu. "Kehidupan kita akan sentiasa melangkah ke depan, ia tidak akan berundur ke belakang lagi. Masa yang berlalu akan terus jauh meninggalkan kita dan hari esok bakal kita hadapi. sebagaimana kehidupan dunia yang tidak pasti ini akan berlalu menjadi semalam untuk kita. Sedang kehidupan akhirat yang pasti menjadi esok buat kita. Kehidupan akhirat yang setiap orang akan dihitung amalannya. Dan kesudahan yang baik yang Allah janjikan adalah untuk orang yang bertaqwa."

Aku bermonolog sendirian setelah terjaga di tengah kepekatan malam. Walaupun jasad masih tersisa keletihan disebabkan pelbagai urusan sepanjang hari. Namun sedikit juga tidurnya, mata masih susah juga mahu menyambung rehat. Buatlah apa-apa yang patut kamu buat wahai diri..

"Segala yang mendatang itu juga bakal berlalu. Hidup di dunia tak perlu lama, yang penting ialah hidup yang berkat. Yang penting hidup dalam rahmat Ilahi, yang membayangi kehidupan nabi s.a.w dan sahabat-sahabat r.hum yang deredhai. Hidup yang seperti nabi telah jalani. Hidup di atas jalan yang para sahabat telah ikuti. Lihat cermin, pandanglah dari hujung rambut hingga hujung kaki, adakah diri kita mirip dengan diri nabi. Lihatlah seharian yang kita jalani, adakah menepati kehidupan nabi. Lihatlah kemana akal fikiran kita dicurahkan, adakah fikir kita seiring dan selari dengan fikir nabi."

"Nabi telah tanam dan semai benih yang baik di kalangan para sahabat baginda. Baginda mengusahakan para sahabatnya dari manusia yang hina menjadi semulia-milia manusia. Sebaliknya kita, benih padi belumpun kita menanamnya tapi kita dah sibuk fikir nak halau burung dari memakan padi."

Aku semakin tertarik menerewang memikirkan perkataan salah seorang jemaah dakwah yang kudengari di sebuah masjid yang ku singgahi untuk bersolat maghrib semalam. hati ini berasa teruja untuk terus mendengarnya lalu ku majukan langkah ku kedepan merenungi untaian kata-kata pendakwah tersebut. Sungguh terkesan dengan kata-katanya sehingga terbawa-bawa sehingga ke malam hari.

Petikan komik bersiri Kosmo: 'Sebuah Jurnal'.

"Sama ada kaya atau miskinnya para sahabat r.a, tidak ada apa yang menghalangi mereka untuk mentaati perintah Allah s.w.t. Perintah-perintah Allah dan sunnah-sunnah rasul dapat mereka tegakkan dengan penuh susah payah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Nama sahabat-sahabat r.a telah harum mewangi. Seharum akhlaq dan tingkah laku mereka. Kita ambil nama-nama sahabat menjadi nama anak-anak kita" Sambung pendakwah itu lagi. Aku merenung akhlaqku yang masih belum cukup bagus ini. Bilalah hati ini nak jadi baik. ya Allah, mohon dibantu hamba yang lemah ini.

"Kita kena menangis dengan kehidupan kita tuan. Para sahabat r.a memandang serius kehidupan akhirat mereka. Sedangkan kita memandang akhirat dengan sebelah mata. Jika duit sepuluh ringgit kita hilang, seminggu kita kecoh menceritakan pada orang lain. Tapi jika kita ada pinjam seratus ringgit dengan seorang kawan, kita diamkan aja." Ku kerutkan dahi untuk memahami tamsilan berbentuk sindiran tersebut. "hati kita terkesan dengan dunia, tapi susah nak terkesan dengan akhirat." ujarnya lagi sambil aku turut mengira-ngira hutangku.

"Slogan Islam cantik, enak didengari, namun slogan telah tinggal slogan, hakikatdi sebalik slogan yang dilaungkan itu tak ada. Islam telah kehilangan ruhnya di tangan-tangan kita umat yang kemudian ini. Akhlaq kita teruk tuan. Dengan tetangga, dengan kawan-kawan, akhlaq kita tidak mencerminkan hakikat islam yang sebenar. Lihatlah akhlaq nabi, nabi selalu agihkan tugas yang ringan-ringan pada sahabat-sahabat yang lain, tetapi tugas yang berat-berat nabi s.a.w sendiri yang pikul. Jika bersafar bersama para sahabatnya, tugas memberi makan kepada binatang tunggangan, memasak dan sebagainya diberi kepada sahabat yang lain, dan tugas yang paling berat nabi s.a.w sendiri yang buat. Baginda mencari kayu api, satu tugas yang sangat sulit dilakukan terutama di kawasan padang pasir. Beginilah akhlaq nabi, nabi mudahkan sahabat-sahabatnya, dan nabi sendiri tunjuk baginda buat kerja yang paling susah. Pada lain ketika, baginda akan menerima tetamu yang sahabat-sahabat baginda tidak sanggup mengikramnya (memuliakan- meraikan)"

Betapa pesanan-pesanan yang disampaikan tersebut memberi sedikit ketenangan kepada hati ini. Bermacam perkara yang kufikirkan akhir-akhir ini. Bermacam persiapan hendak dibuat sehingga fikir-fikir agama telah sedikit luntur. Terima kasih Allah s.w.t yang menerima diri ini untuk duduk bersama dengan orang-orang baik tersebut bagi mengambil manfaat dari mereka. Sesiapa yang datang ke masjid seolah-olah ia mengetuk pintu rahmat Allah s.w.t dan pintu rahmat Allah sentiasa terbuka bagi yang datang mengetuknya. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang baik-baik, tetapi suka berkawan dengan orang yang baik-baik. Kawan-kawan tolong doakan daku, moga diberi taufik oleh Allah s.w.t untuk menjadi orang yang baik.

Terima kasih istimewa buat: Seluruh ahli keluargaku di Lanchang yang sangat penyabar, Imam Masjid Sungai K* dan anak-anak serta menantu-menantunya yang amat memahami terutama anaknya yang nombor lapan yang dirindui. Tidak lupa Hjh Ummi Ali dan suami tercinta Hj Rahof serta anak menantu yang banyak membantu. Cikgu Zahari sekeluarga. Abang Saha dan Kak Ayu serta anak-anak, Abang Muaz dan Abang Norli serta keluarga. Bro Ziarah76 dan ahlia serta anak-anak yang sudi mendoakan. Pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan sepengajian yang supportive, Shamsul Baharin dan Ahlia, dan Hazwan sekeluarga dan kawan-kawan yang sudi berkongsi kehidupan denganku.

Buat rakan-rakan seusaha di Sabah, jika aku kesejukan datanglah menziarahi aku.

Ishak Zaini,
17 Syawal 1431H

26 September 2010.

7 ulasan:

ziarah76 berkata...

masya-Allah, terjaga di tengah kepekatan malam tu Allah pilih bangun malam tu. :)

best betul mendengar mutiara2 kata drpd jemaah. Nusrah jemaah dari mana tu?

ziarah76 berkata...

p/s: minta tolong sahabat, dlm blog tak perlu mention al-utusani ye. t kasih. :) hehe

Umma-ali berkata...

Salam,
selamat menyambung perjuangan di sabah, doa kami semoga dimudahkan urusannya di sini dan di sana... doakan kami di sini dpt tmbh korban utk deen. insyaAllah di manapun bumi dipijak, ia tetap milik Allah jua..

Ishak Zaini berkata...

ziarah76,

Ya ayyuhal muzzammil.. Qumillaila illa qalila..

Bukan nusrah juga tu. Singgah masjid yang diorang tengah keluar tu aja. Jemaah taman seroja salak tinggi katanya.

Sori tidak ketahuan, apapun saya dah tuka perkataan tu dengan perkataan yang lebih mesra alam. :-)

Ishak Zaini berkata...

Wkmslm Umma-Ali,

Selamat menambah korban, semoga hubungan dengan Allah menjadi semakin karib.. Pasni bolela Ummi pujuk tokey pokok kurma untuk khuruj 4bulan negara jauh.. Huhu..


Ana muhtaj 'ala du'aik, La tansani fi du'aik..

seorangnenektua berkata...

semoga pernikahan tuan menjadi asbab memudahkan tuan buat kerja agama sehingga ke hujung hujung dunia

Ishak Zaini berkata...

Amin.. Sekarang baru Allah hantar di hujung Malaysia. Doakn saya nek supaya dapat segera nikah dengan wanita solehah, dikurniakn zuriat keturunan yang baik dan istiqamah dalam usaha agama. Moga Allah hantar buat usaha agama di hujung-hujung dunia pula.