Khamis, Mei 06, 2010

My Ordinary Life 2



Sedar-tak sedar sudah kira-kira tiga minggu aku tamatkan Diploma Pedidikan Lepasan Ijazah di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Terima kasih teristimewa buat si intan payung yang tahun lepas bertungkus lumus mengisikan orang permohonan hero kesayangannya ini. Jasamu ku abadikan disini.

Banyak ilmu yang ditimba selama enam bulan berkursus dan empat bulan praktikel. Seusai sesi pengajaranku di salah sebuah kelas terakhirku, dengan nada sedih ku beritahu pelajar-pelajar bahawa ini adalah kelasku yang terakhir bersama mereka. Maka satu kelas menjadi hiruk pikuk mendengar berita mengejut ini lalu salah seorang daripada pelajar bertanya. “Ustaz nak pergi mana lepas ni”. Maka spontan ustaz kesayangannya itu menjawab, “InsyaAllah saya nak ke Sabah, tolong doakan saya.”

Satu jawapan untuk dua misi.

Dan Alhamdulillah, beberapa hari lepas tercapai sudah misi pertama nak ke Bumi di Bawah Bayu bersama keluarga. Terima kasih teristimewa buat keluarga bakal besan mak sebab menerima dan melayan kami dengan sangat baik selama kami di Sabah. Tak sangka kalian menyambut kami seisimewa ini. Semoga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran. Jazakumullahu khairan Jazak.

Misi kedua pula, ialah hendak menabur bakti di Sabah. Harap-harap dapatlah rezeki nak berkhidmat di Sabah. Pengetua Cemerlang SMK Kompleks KLIA, Tn. Haji Mat Fiah selalu memberi kata-kata semangat untukku berkhidmat di Sabah. Yalah, orang yang dah dahulu makan garam. Beliau sepuluh kurang dua tahun bertugas di Sabah katanya.

Seorang lagi yang yang kuat memberi dorongan ialah mantan Pensyarah Institut Aminuddin Baki, Cikgu Abd Rahman. Lama juga beliau berkhidmat di Sabah, dan isteri beliau juga adalah orang Sabah. “Allah nak kamu buat usaha agama di Sabah.” katanya Terima kasih bebanyak cikgu. Juga rakan-rakan yang lain yang banyak mendewasakan diri ini. Hazwan, teman sebilikku selama tiga tahun di UKM dulu serta kaum keluarga dan bakal kaum keluarganya, rakan-rakan guru, rakan-rakan seusaha, rakan-rakan sepengajian. Terima kasih tidak terhingga buat semua.

Sekarang ini, ada lagi sedikit masa tersisa sementara nak tunggu posting yang harus di manfaatkan sepenuhnya. Maka rindu nak mengabdikan diri pada Allah pun berbunga, ada misi kemanusiaan yang hendak ku lakukan untuk ummat. Ceewah.. Cuma nak servis sedikit iman ini dengan amalan-amalan nurani, mengusahakan agar amalan agama yang sempurna dapat diamalkan oleh diri ini dan ummat seluruhnya. Mempersiapkan diri menjadi suami yang soleh, menantu yang baik dan sebagainya. Siapa nak join jomlah. :)

7 ulasan:

umu6point berkata...

Assalamualaikum tuan, nak tanya.. tn haji mat fiah tu nama penuhnya mat fiah bin mat jamin ke?

Ishak Zaini berkata...

wkmslm umu6point..

hehe.. ye.. betul lah nama penuhnya tu.. kenapa.. ada kena mengena dgn umu ei? sedara ke..

hj mat fiah, pengetua cemerlang yg pemurah dengan senyuman.. byk perkara sy dpt blaja dr beliau..
friendly, sporting, berjiwa agama, serta berpandangan jauh..
yg ralat skit sebab beberapa kali dah hj minta saya bawa bebudak khuruj..
"ust, tayskil skit bebudak ni".. tapi saya la lemah.. hanya mampu "insyaAllah"..

umu6point berkata...

Allahuakhbar...di sana rupanya guru kesayangan saya tu.. sudah 5 tahun x bertemu..huhuu
apa yg tuan katakan mengenai beliau semuanya benar..sedangkan saya pelajar dia ni pun x rasa ralat dengannya..malah boleh duduk minum di kantin sama2..hehee

semoga Allah pilih beliau untuk turut sama dalam usaha..
tuan tasykil la pengetua tu gak.. :)

Nerzhul berkata...

bile nok kawin? jangan lupe ngajok yak.

seorangnenektua berkata...

Alhamdulillah,Ishak dah nak kahwin rupanya

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salam,laporan terbaru student UMT shahid di sabah ada di blog sy...

Ishak Zaini berkata...

umu6point, nerzhul, nenek, anak pendang.. Mohon diselitkan nama saya dalam doa kalian yg amat berharga itu..

Jazakumullah..