Rabu, Januari 06, 2010

Pada Sebuah Usia


Assalamu'alaikum..

عن ابي هريرة عن النبي (ص) قال لا يزال قلب الكبير ثابا في اثنين في حب الدنيا وطول الامل. (متفق عليه)


Dari abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bersabda. “Hati orang tua selalu muda dalam dua hal, yang pertama dalam cinta dunia dan yang kedua dalam angan-angan yang panjang”. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Sekadar renungan dan peringatan bersama.


Dipetik dari kitab Fadilat Sedekah oleh Al-'Allamah Al-'Arif Billah Al-Muhaddith Asy-Syaikh Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi:

Sabda Rasulullah s.a.w: Berpeganglah dengan taqwa, maka kamu akan menjadi orang yang paling kuat beribadat, berpuaslah dengan rezeki yang sedikit, maka kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur. Senangkanlah saudara Muslimmu dengan apa yang kamu sukai untuk dirimu, maka kamu akan menjadi orang mukmin yang sempurna.

Abu Ayyub r.a berkata bahawa satu ketika seorang datang kepada Rasulullah s.a.w lalu meminta nasihat yang singkat. Rasulullah s.a.w menjawab. "Apabila kamu mengerjakan solat, maka anggaplah bahawa itu adalah solatmu yang terakhir (seolah-olah tidak mempunyai kesempatan untuk bersolat lagi- nescaya kamu akan besolat dengan penuh khusyuk). Jangan ucap sesuatu yang kemudian akan menjadi penyesalanmu. Jagalah hatimu agar tetap tidak mengharapkan apa yang ada pada orang lain."

Umar r.a berkata bahawa tamak adalah kemiskinan dan kepuasan adalah kekayaan. Sesiapa yang memutuskan harapan terhadap apa yang menjadi milik orang lain, maka dia menjadi tidak berhajat kepadanya. Salah seorang ahli hikmah pernah ditanya "Apakah itu ghina (kekayaan) ? Maka beliau menjawab, "mengurangi angan-angan serta berpuas hati dengan apa yang mencukupi keperluannya sendiri".

Salah seorang ahli bijaksana ditanya "Apakah yang menjadi milik anda?" beliau menjawab "Hidup dalam keadaan gembira dari sudut zahir, mengurangi angan-angan dari sudut batin serta mengikuti kesederhanaan, dan tidak berharap pada apa yang menjadi milik orang lain."

Abdullah bin Salam r.a bertanya kepada Kaab Ahbar r.a "Apakah perkara yang merosakkan ilmu di dalam hati ulama? Walhal sewaktu mempelajari ilmu itu beliau telah memahaminya dengan baik serta mengingatinya?" Kaab Ahbar r.a menjawab "Tamak dan angan-angan serta meminta-minta".

Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yang dalam keadaan aman di rumahnya sendiri, Allah akan mengurniakannya tubuh badan yang sihat, dan dia memiliki makanan yang cukup untuk sehari, maka dia seolah-olah memiliki segala-galanya di dunia ini. (Targib) -Maksudnya mereka tidak mengarahkan pandangannya kepada benda-benda ytang menjadi hak milik orang lain.

Semoga ada manfaatnya.

3 ulasan:

cia berkata...

assalamualaikum....ape beza syahid kubra dan syahid syugra........

cita cita tertinggi umat Islam...demokrasi....tak mungkin...

Ishak Zaini berkata...

wkmslm..

Allahummarzukna shahadatan fi sabilik. Wa mawtan fi baladi rasulik..

hainur hapis berkata...

Jazaka Allah Khir

Baraka Allah