Rabu, Mac 07, 2007

Jejak Muhajirin & Ansar..
















Assalamu'alaikum..

Firman Allah SWT:

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya:

Dan orang-orang yang terdahulu- yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

(At-Taubah: 100)

Selasa, Mac 06, 2007

Kecintaan para Sahabat RA kepada Rasulullah SAW

Kecintaan Seorang Sahabat RA


Dari 'Aisyah R.Ha katanya, Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata, "Wahai Rasulullah SAW, engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri dan engkau lebih aku cintai daripada orang tuaku. Jika aku berada di rumah, aku senantiasa rindu dan tidak sabar untuk segera dapat bertemu dan melihatmu, dan apabila aku teringat akan kematianku dan kematianmu, tetapi aku tahu engkau kelak dimasukan ke dalam surga yang tentunya engkau akan ditempatkan di surga yang paling tinggi beserta para Nabi AS. Sedangkan jika aku dimasukkan ke dalam syurga, aku takut jika kelak tidak dapat lagi untuk melihatmu". Nabi SAW tidak menjawab ucapan orang tersebut sehinggalah Jibril AS menurunkan firman Allah SWT:


وَمَنْ يُطِعْ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّنَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّلِحِينَ وَحَسُنَ أُوْلَئِكَ رَفِيقًا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan bersama orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang Siddiqiin, dan orang yang syahid, serta orang yang salih. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat).

(An Nisaa’: 69)

(Thabrani, Abu Nuaim. Al-Hilyah. 4/240)

Dari Ibnu Abbas RA dikatakan ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW seraya berkata. "Wahai Rasulullah aku sangat mencintaimu dan selalu mengingatimu. tapi yang aku takutkan jika kelak engkau dimasukkan ke dalam syurga di tingkat yang paling tinggi sedangkan aku dimasukkan di tempat yang tidak sama denganmu, maka aku takut tidak dapat lagi melihatmu kelak di akhirat". Rasulullah SAW tidak menjawab ucapan lelaki itu sehinggalah Allah SWT menurunkan fiman-Nya. (Wa man yuti’illah war Rasula fa ulaaika ma'al ladzina...[An Nisaa': 69]). Setelah itu Rasulullah SAW membacakan ayat tersebut di hadapan lelaki itu dan mendoakanya."(Thabrani, Al-Haitsami. 4/7)

Kecintaan Sa'ad bin Mu'adz RA


Dari Abdullah bin Abu Bakar RA., '.Sesungguhnya Sa'ad bin Muadz RA, berkata kepada Nabi SAW . "Ya Rasulullah. mahukah engkau kami buatkan sebuah benteng dan kami siapkan di sisimu sebuah kenderaan. Kemudian kami maju berhadapan dengan musuh, jika kami diberi kemenangan oleh Allah SWT maka itulah yang kami harapkan, tetapi jika terjadi sebaliknya, maka engkau dapat segera pergi dengan kenderaan ini, menemui pasukan kita yang masih ada di belakang kita, kerana di belakang kami terdapat kaum yang sangat mencintaimu. Sesungguhnya kalaulah mereka tahu bahwa engkau akan berperang pasti mereka akan ikut semuanya. Tetapi kerana mereka tidak tahu bahwa engkau akan menemui pasukan musuh seperti ini. maka tidak hairanlah jika sebagian orang tidak ikut bersama engkau.Maka Rasullah SAW menyatakan terima kasih baginda dan mendoakan kebaikan baginva, kemudian mereka membangunkan sebuah benteng bagi Nabi SAW.


(Ibnu Ishaq, Al-Bidayah 3/268)