Rabu, Ogos 23, 2006

Bayan Subuh Maulana Umar Palanpuri

Allah jadikan sistem dalam dunia ini yang membolehkan manusia lihat dan faham. Satu lagi sistem yang Allah buat yang manusia lihat dan dengar tapi mereka tak faham. Yang manusia nampak dan faham : ubat menyembuhkan, pokok ditanan akan tumbuh dan sebagainya. Berita dari Rasulullah..manusia juga dapat lihat kejadian Allah, mereka lihat kematian dan kehidupan dan percaya bahawa semua manusia akan mati.

Semua manusia percaya yang harta tak akan di bawa mati. Allah khabarkan kekuasaan Allah melalui Nabi, tapi manusia tak nampak Allah. Allah khabarkan tentang malaikat, orang taat pada Allah akan diberi surga sebaliknya Allah akan campakkan orang yang engkar kedalam neraka....ini kita tak nampak. Al Quran - siapa ikut akan berjaya walaupun serba kekurangan di dalam dunia ini Kita tak nampak kekuatan Allah. Ganjaran untuk sholat pun tak nampak. Allah Maha pengasih, walaupun manusia engkar pada Allah, Allah tak azab terus ..Allah beri peluang Semua orang kufur akan jadi beriman bila lihat kekuasaan Allah ..ia itu bila maut datang pada mereka.

Azab Allah meningkat dari hari ke hari dari hari kematian Allah sentiasa beri peluang pada orang kufur, Allah perlihatkan kekuatannya agar mereka sedar. Untuk ini kita kena doa "Ya Allah..seluruh dunia manusia engkar pada Engkau..dan Engkau pasti akan mengazab mereka dalam keadaan ini..Ya Allah berilah hidayat pada mereka"

Hari kiamat adalah pasti..semua manusia akan berdiri didepan Allah. Segala sesuatu datang dari Allah dan Allah tahu apa yang akan terjadi. Segala ehwal dan keadaan adalah ketentuan dari Allah. Allah tahu siapa yang taat dan siapa yang tidak. Yang berjaya adalah yang taat pada Allah. Suasana dan keadaan mempengaruhi ketaatan manusia pada Allah. Dakwah adalah untuk lahirkan dan ujudkan keadaan dan suasana yang baik dan disukai Allah. Jika kita lihat hanya pada dunia, keadaan akan jadi teruk...manusia akan berebut pada dunia. Manusia akan letakkan cita-cita masing-masing untuk dunia. Setengah mereka akan mencapai cita-citanya tapi tak akan puas..setengahnya pula tak akan mencapainya dan maut datang pada mereka. Kejayaan hanya milik Allah dan datang dari Allah.

Kejayaan tidak bergantung samada tinggi atau rendah kedudukan kita dalam dunia. Untuk beri dakwah pada orang khawas kita kena ujudkan suasana agama. Ketua akan senang untuk faham kebesaran dan kehendak Allah bila orang-orang bawahannya taat pada Allah. Usaha solat dalam diri manusia, ia akan melahirkan suasana di luar solat. Solat akan mencegah kemungkaran dan segala maksiat. Maksud sebenarnya adalah untuk melahirkan suasana ketaatan pada Allah. Bila orang awam berubah, ia akan sampai kepada ketua mereka, dan mereka akan tertanya-tanya bagaimana ini berlaku. Dengan ini Jamaah akan terangkan dengan senang dan mudah. Seperti kerusi, kaki kerusi adalah orang awam. Jika orang awam ingin islam, ketua yang duduk atas kerusi juga akan terikut sama.

Usaha sekarang adalah untuk ujudkan suasana agama. Allah punya kudrat untuk sampaikan suara semut pada Nabi Sulaiman as..bukan itu saja, sampai hari kiamat perkataan semut ini akan di dengar.Kita kena guna setiap kesempatan untuk dakwah, samada dalam majmah atau berseorangan. Penting ujudkan fikir agama pada anak-anak dan dirumah-rumah. Kita gunakan kedudukan kita untuk tarik dan bawak manusia pada Agama.

Jangan beri dakwah hingga orang ketawakan Allah dan agama. Doa pada Allah bila nak buat dakwah, semuga Allah beri ilham dan hikmah..kita akan terpegun dengan kudrat Allah nanti. Orang yang buat dakwah dengan sebenarnya adalah orang yang ada fikir umat dan fikir atas dirinya juga. Hikmah kena ada dalam dakwah..Jangan sangka keadaan boleh ditukar sekelip mata. Kalimah dan solat - dakwah manusia ke arah ini.

Untuk dapat yakin dan taat pada perintah Allah dalam kerja (asbab) kamu, lihat apa perintah dan larangan Allah dalam asbab. Dengan kejadian Allah, manusia dapat capai Allah....jika ia berfikir dengan kejadian Allah. Dengan taat Allah, kadang-kadang kita akan menghadapi kesusahan, tapi inilah kejayaan yang hakikat. Kadang kadang hidup kita akan jatuh dari kaya dan senang pada kemiskinan dan kemusnahan tapi inilah kejayaan. Allah tahu bila nak turunkan azab pada mereka yang engkar dan bila nak turunkan nusrah pada mereka yang taat..Allah yang putuskan sesuatu keputusan. Makanan turun dari langit pada masa Nabi Isa as. Ada orang kufur dan tidak berterima kasih. Allah perintah supaya jangan simpan untuk esok..tapi mereka engkar, maka Allah berhentikan nusrahnya dan azab turun.

Kerja kita adalah, samada dalam senang atau susah kita kena perhatikan mana satu yang menyukakan Allah..itulah yang kita kena buat. Masa haji wida..Rasulullah banyak pesan pada sahabat. Bagaimana nak selesaikan masaalh kehidupan sekarang ? Jawapannya ada dalam amal, perkataan Nabi saw dan kehidupan sahabat. 73 golongan umat ini akan bepecah, hanya 1 golongan masuk surga, golongan yang masuk surga adalah yang ikut sahabat.

13 tahun buat dakwah iman di Mekah. Zihin agama dan kekuasaan Allah perlu diujudkan di rumah. Ta'alim zaman sahabat bila wahyu diturunkan. Dakwah dan ta'alim hidup pada permulaan islam di Mekah. Jangan terkesan dengan kesusahan atau kesenangan, tapi terus taat Allah dalam apa keadaan. Dengan ini Allah akan tetap beri kejayaan. Jika Allah beri nikmat kita syukur, jika susah kita sabar.

Pada zaman sahabat, siapa terima kalimah mereka akan terasing dari keluarga. Tabligh maksudnya kita mahu cakap tentang kehebatan Allah lagi dan lagi..dengan ini hubungan dengan Allah akan tercapai. Orang kufur mencanangkan yang islam tersebar dengan mata pedang. Sahabat perang kerana nak "operate" (bedah) sebab antibiotik (dakwah) dan cream (akhlak) tak beri kesan pada orang kafir. Sahabat perang adalah keputusan terakhir demi menyelamatkan ribuan umat yang inginkan islam. Semua kedudukan dalam dunia adalah sama saja. Yang penting adalah hubungan dengan Allah. Orang hari ini berebut rebut untuk cari pangkat dan kedudukan.

Misalnya macam burung merpati, samaada bahagian bawah atau atas itu tak penting, yang penting adalah dimana tuan punya merpati akan menabur makanan. Tujuan utama dakwah adalah untuk satukan seluruh manusia. Amal manusia adalah Hakim. Jika amal baik Allah akan turukan kebaikan, jangan salahkan kerajaan. Kita kena perhatikan dimana tempat dan keadaan kita dapat menyukakan Allah dengan banyak sekali. Ambil peluang yang Allah beri untuk dakwah walaupun satu orang.

Nak naik bukit susah tapi nak turun mudah..begitulah dengan mujahadah. di jalan Allah 4 bulan, 40 hari , 1 tahun dan sebagainya susah..tapi untuk turunkan nilai iman dan amal mudah. Sebab itu kita kena jaga kerja makami, kalau tidak iman, fikir, risau, amal akan turun. Nikmat yang paling tinggi dalam surga adalah bila Allah firman " Aku redha pada kamu dan tak akan marah lagi pada kamu" Ini lah kesukaan dan kegembiraan yang paling besar ..sehingga jika ada mati dalam surga nescaya mereka akan mati kegembiraan.

Para Syuhada juga mohon untuk mati lagi, tapi Allah firman, kamu hanya syahid di dunia saja, disini adalah tempat pembalasan nikmat. Jauhkan diri dari neraka, diri ,keluarga, orang tempatan, dan umat seluruh alam. Usul dakwah sekarang datang dari Quran dan Hadis. Dengan akhlak orang akan tertarik pada agama Sehingga suatu ketika kita akan terlalu rapat dengan Allah sehingga hanya sebut "Ya Allah" , Allah akan bersama kita.

Selasa, Ogos 22, 2006

Bayan Maulana Umar Palanpuri

Pengalaman manusia itu khilaf tetapi kesan amal itulah sebenarnya haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dalam diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah badan zahir. Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta Kestabilan wujud dalam kehidupan harian. Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan.

Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput. Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut. Roh tertakluk kepada beberapa keadaan:

1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa bangun tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak.
2. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah.
3. Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat. Disanalah segala amalan akan Dibalas (amalan ketika di dunia).

Orang beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: "Keluarlah kamu dari sini aku mulai sejuk sekarang!" Ia akan buat "Jaulah" (ziarah) di neraka untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai iman walau sebesar zarah. Mereka yang ada sifat rahim dalam diri manusia maka dia akan dikasihi dilangit.

Dalam ta'lim kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi orang lain. Bila wujud kesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita. Dengan demikian orang kafir akan tertarik maka wujudlah dakwah. Kewujudan dakwah --pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal), Hati (perasaan), Fikir (dakwah)-- untuk keluarga amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusof & Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga datang dari fikir keluarga & fikir kampung. (Maulana baca ayat Al Quran)

Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang pakar memberitahu kita mengenainya. Pakar tadi ditanya oleh Maulana: "Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?" Jawab mereka: "Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang ini." Kata Maulana: "Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran baginda Nabi saw."

Pada diri manusia ada 2 keadaan. Diluar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, & sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protin & air yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Didunia kita nampak ular, keledai, kala & macam-macam lagi tetapi didalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini.

Buatlah usaha agama dengan perasaan takut & bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul?jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.

Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:

1. Sahih Yakin - iman yang berpunca dari dakwah & korban
2. Sahih Tariqat - cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
3. Sahih Dian - penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir & doa
4. Sahih Jazbah - keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
5. Sahih Niat - niat yang betul dari kesempurnaan iman.

Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat. Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai terbina. Sebagaimana kisah Abu Darda' yang yakin dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia tetap yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang datang memberitahu rumahnya terbakar. Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar.

Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya beransur-ansur. Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran.

Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat. Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga manusia berkata: "Cepatkanlah penghisaban... kami tidak tertahan lagi kepedihan ini... walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah. Inilah kesengsaraan akhirat.

Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat. Keadaan didunia ini melambangkan cara hidup akhirat.

Oleh itu keperluan terpenting manusia ialah hidayat. Hidayat ialah Nur yang masuk ke dalam hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000 tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham. Malah segala kejadian Allah akan difahami.

Sebenarnya tiada kejayaan dalam benda. Kejayaan hanya wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak. Dan umat terbahagi kepada 2 golongan:

1.Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan. Jalan hidup mereka tidak betul.
2.Yakin kejayaan dalam amal maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah.

Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat. Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat, pahala, malaikat & nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata zahir. Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu.

Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusia berkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu.

Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk. Umat yang beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat. Nabi kita pernah menawarkan dirinya: "Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?" Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara.Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi.

Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging disediakan untuk musafir yang lalu. Setiap musafir diminta makan & minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya.

Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid Nabawi. Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk dari tempat yang panas ketempat yang "berhawa dingin." 'Mahol' iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian.

Contoh masjid diatas muka alam ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu: "Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat." Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan. Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda.

Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa, sabar serta doa dengan menangis. Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari Kiamat. Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan karena Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan Allah menurunkan kekalahan kepada pihak musuh: sombong & bongkak, bermegah-megah dan menghalang kerja agama seperti Badar. Sekarang pertolongan Allah telah turun kepada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan yang kaya dapat tunaikan zakat. Duit untuk faqir sementara, tetapi untuk kerja agama ianya akan berterusan. Pertolongan Allah akan diangkat bila:

1.Buat usaha dengan niat dunia,
2.Kelemahan dalam syor,
3.Wujud pecah-belah,
4. Orang tidak taat. Inilah yg terjadi dalam Uhud .

Ia saling berkait diantara satu dengan yang lain. Dalam Uhud 1000 sahabat yang ikut tetapi 300 orang ada kepentingan yang lain. Golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan sementara dirasai oleh Islam karena wujudnya golongan yang pentingkan dunia. Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu antibiotik & ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa membedahnya.

Dan untuk orang yang berpenyakit rohani maka Nabi saw akan hantar sahabat untuk buat dakwah. Dakwah seperti ubat antibiotik. Dakwah yang disertai dengan akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh maka terpaksa dipotong, kalau tidak ia akan berjangkit. Natijah penyakit jasmani adalah Maut. Manakala natijah penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam.

Dalam neraka mereka menjerit lalu ditempelak oleh Allah tentang dakwah & ingatan yang diberi ketika di dunia. Firaun & kaumnya yang musnah dahulu dihancurkan oleh Allah sendiri. Allah sendiri yang jalankan "Operation". Sekarang Allah tidak akan jalankan operation seperti dulu tetapi secara beransur-ansur. Ketika sahabat menghadapi penderitaan oleh kaum kafir di Mekah, mereka tidak mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena taat perintah Allah. Di Madinah barulah perintah "melawan" turun.

Dalam perang Uhud, tentera kafir hampir kalah dan ghanimah telah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas bukit. Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus fikir dalam hati tentera tsb: "Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah dan bantu ringankan urusan mereka dibawah serta membantu memerangi musuh yang masih ada." Hanya tinggal 12 orang yang tetap patuh kepada Abdullah bin Zubair.

Khalid Al Walid yang ketika itu belum Islam mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang. Khalid hanya mengetuai 100 orang tentera kafir untuk mencetuskan serangan itu. Dalam peperangan itu 70 orang sahabat telah syahid. Seorang musyrikin bernama Abdullah Qaniah telah mensyahidkan gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi baginda.

Dalam kerja ijtimaie, kita semua akan dapat masalah walaupun hanya segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Dalam peperangan Uhud Nabi saw dihebohkan telah wafat. Dalam hal ini sahabat mengambil sikap: "Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun teruskan perjuangan (usaha)." Inilah tahap Uhud:

1.Kemenangan,
2.Kekalahan sementara (kerana bantuan diangkat Allah),
3.Bantuan datang kembali .

Iktibar dari peristiwa Uhud:

1.Seorang yang beriman tetapi kotor dengan keduniaan maka Allah akan tapis dan buang kotoran itu.
2.Apabila bersih barulah bantuan datang kembali. Janganlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian dari Allah. Sebaliknya mintalah afiat dari Allah.

Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah untuk selesaikan khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan diri dan merasai bahwa diri kita amat banyak kekurangan.

Sabda Nabi saw: "Semua kamu adalah orang yang bersalah." Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka.

Sabda Nabi saw: "Orang yang terbaik diantara yang bersalah ialah orang yang bertaubat."

Satu hari seorang pendosa telah berdoa dan Maulana ada dibelakangnya: "Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku seperti anjing Ashabul Kahfi. Orang lain ada pelindung seperti solat, taklim dan amalan baik yang lain. Aku ini tidak ada apa-apa. wahai Allah... Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi." Maulana mendoakan pendosa itu dari belakangnya. Kata Maulana, dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan sifat sombong dan takbur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan depan majma' yang dia telah bertaubat. Maulana minta dia keluar 4 bulan utk kekalkan perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana seraya berkata: "Saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yang lalu."

Selang beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya & berterima kasih pada Maulana karena telah mentasykil dia keluar. Sekarang dia buat perniagaan yang kecil-kecil yang halal. Pendapatan itu cukup buatnya. Dalam Uhud Allah bersihkan orang yang ada cinta dunia. Allah uji untuk tingkatkan iman dan menaikkan darjat mereka. Orang beriman dan tidak beriman sama-sama merasai susah, tetapi kesusahan orang beriman adalah bermanafaat.

Orang yang tidak beriman diberi peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Semua orang akan sama-sama mati, tapi yang berbeza adalah natijahnya, iaitu kejayaan atau kegagalan. Dalam usaha agama semua sama-sama buat, yang bezanya cuma ikhlas atau tidak. Bila ujian turun, Allah akan asingkan; dengan sendirinya yang tidak tulin akan diketepikan. Sifat orang yang tidak tulin: Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong-lorong. (Maulana baca ayat Al Quran) Bila nikmat datang merekalah yang paling heboh, tetapi bila ujian tiba mereka cepat-cepat lari ke lorong tadi.

Sesungguhnya ujian Allah tetap akan datang untuk menghasilkan yang benar-benar tulin. Apabila beri syor dalam mesyuarat janganlah masukkan kepentingan diri kita serta taatlah pada setiap keputusan mesyuarat. Orang yang menjadi jumindar pula janganlah menjadi seperti pemerintah. Jangan sekat dari awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor tersebut.

Bayan Maulana Umar Palanpuri Courtesy of Hazrin Majid

Isnin, Ogos 21, 2006

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy Rah.a

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy (Rahmatullah alaih)

Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandahlawy lahir pada tahun 1303 H. (1886) di desa Kandahlah di kawasan Muzhafar Nagar, Utar Prades, India. Ayahnya bernama Syaikh Ismail dan Ibunya bernama Shafiyah Al-Hafidzah. Keluarga Maulana Muhammad Ilyas terkenal sebagai gudang ilmu agama dan memiliki sifat wara’. Saudaranya antara lain Maulana Muhammad yang tertua, dan Maulana Muhammad Yahya. Sementara Maulana Muhammad Ilyas adalah anak ketiga dari tiga bersaudara ini. Maulana Muhammad Ilyas Al-Kandhahlawy juga adalah dari keturunan Hazrat Abu Bakar As-Siddiq R.a, seorang sahabat Rasulullah s.a.w.Maulana Muhammad Ilyas pertama kali belajar agama pada abangnya Syaikh Muhammad Yahya, beliau adalah seorang guru agama pada madrasah di kota kelahirannya. Abangnya adalah seorang pengikut mazhab Hanafi dan sahabat dari seorang ulama dan penulis Islam terkenal, Syaikh Abul Hasan Al-Hasani An-Nadwi yang merupakan seorang direktor pada lembaga Dar Al-‘Ulum di Lucknow, India .

Ayah beliau Syaikh Muhammad Ismail adalah seorang ruhaniawan besar yang suka menjalani hidup dengan ber’uzhlah, berkhalwat dan beribadah, membaca Al-Qur’an dan melayani para musafir yang datang dan pergi serta mengajarkan Al-Qur’an dan ilmu-ilmu agama.Beliau selalu mengamalkan do’a ma’tsur dari hadits untuk waktu dan keadaan yang berlainan. Perangainya menyukai kedamaian dan keselamatan serta bergaul dengan manusia dengan penuh kasih sayang dan kelembutan, tidak seorangpun meragukan dirinya. Bahkan beliau menjadi tumpuan kepercayaan para ulama sehingga mampu membimbing berbagai tingkat kaum muslimin yang terhalang oleh perselisihan di antara mereka.

Adapun ibu beliau Shafiyah Al-Hafidzah adalah seoarang Hafidzah Al-Qur’an. Isteri kedua dari Syaikh Muhammad Ismail ini selalu menghatamkan Al-Qur’an, bahkan sambil bekerjapun mulutnya senantiasa bergerak membaca ayat-ayat Al-Qur’an yang ia hafal.Maulana Muhammad Ilyas sendiri mula mengenal pendidikan pada sekolah Ibtidaiyah (dasar). Sejak saat itulah beliau mula menghafal Al-Qur’an, hal ini disebabkan oleh kebiasaan yang ada dalam keluarga Syaikh Muhammad Ismail yang kebanyakan dari mereka adalah hafidzh Al-Qur’an. Sehingga diriwayatkan bahawa dalam solat berjama’ah separuh saff bagian depan semuanya adalah hafidzh terkecuali muazzin saja.

Sejak kecil telah tampak ruh dan semangat agama dalam dirinya, beliau memilki kerisauan terhadap umat, agama dan dakwah. Sehingga ‘Allamah Asy-Syaikh Mahmud Hasan yang dikenal sebagai Syaikhul Hind (guru besar ilmu hadits pada madrasah Darul ‘Ulum Deoband) mengatakan, “sesungguhnya apabila aku melihat Maulana Ilyas aku teringat akan kisah perjuangan para sahabat”. Pada suatu ketika saudara keduanya, iaitu Maulana Muhammad Yahya pergi belajar kepada seorang ‘alim besar dan pembaharu yang ternama yakni Syaikh Rasyid Ahmad Al-Gangohi, di desa Gangoh, kawasan Saranpur, Utar Pradesh, India. Maulana Muhammad Yahya belajar membersihkan diri dan menyerap ilmu dengan bimbingan Syaikh Rasyid. Hal ini pula yang membuat Maulana Muhammad Ilyas tertarik untuk belajar pada Syaikh Rasyid sebagaimana abangnya. Akhirnya Maulana Ilyas memutuskan untuk belajar agama menyertai abangnya di Gangoh. Akan tetapi selama tinggal dan belajar di sana Maulana Ilyas selalu menderita sakit. Sakit ini ditanggungnya selama bertahun-tahun lamanya, tabib Ustadz Mahmud Ahmad, anak dari Syaikh Gangohi sendiri, telah memberikan ubat dan rawatan pada beliau.Sakit yang dideritanya menyebabkan kegiatan belajarnya pun terganggu, akan tetapi beliau tidak berputus asa. Banyak yang menyarankan agar beliau berhenti belajar untuk sementara waktu, beliau menjawab, ”apa gunanya aku hidup jika dalam kebodohan”.

Dengan izin Allah SWT, Maulana pun menyelesaiakan pelajaran Hadits Syarif, Jami’at Tirmidzi dan Shahih Bukhari, dan dalam jangka waktu empat bulan beliau sudah menyelesaikan Kutubus Sittah . Tubuhnya yang kurus dan sering terserang sakit semakin membuat beliau bersemangat dalam menuntut ilmu, begitu pula kerisauannya yang bertambah besar terhadap keadaan umat yang jauh dari Syari’at Islam.

Ketika Syaikh Gangohi wafat pada tahun 1323 H, beliau baru berumur dua puluh lima tahun dan merasa sangat kehilangan guru yang paling dihormati. Hal ini membuatnya semakin taat beribadah pada Allah. Beliau menjadi pendiam dan hanya mengerjakan ibadah, zikir, dan banyak mengerjakan amal-amal infiradi . Maulana Muhammad Zakariya menuliskan:Pada waktu aku mengaji sebuah kitab kepada beliau, aku datang padanya dengan kitab pelajaranku dan aku menunjukkan tempat pelajaran dengan jari kepadanya. Tetapi apabila aku salah dalam membaca, maka beliau akan memberi isyarat kepadaku dengan jarinya agar menutup kitab dan menghentikan pelajaran. Hal itu beliau maksudkan agar aku mempelajari kembali kitab tersebut, kemudian datang lagi pada hari berikutnya .

Beliau akhirnya berkenalan dengan Syaikh Khalid Ahmad As-Sharanpuri, penulis kitab Bajhul Majhud Fi Hilli Alfazhi Abi Dawud, dan akhirnya beliau berguru kepadanya. Semakin bertambah ilmu yang dimiliki membuat beliau semakin tawaddu'. Ketawaddukan beliau di usia mudanya menyebabkan beliau dihormati di kalangan para Ulama dan Masyaikh. Syaikh Yahya, abang kandung beliau sendiri tidak pernah memperlakukan beliau sebagai anak kecil, bahkan Syaikh Yahya sangat menghormati beliau.

Pada suatu ketika di Kandhla ada sebuah pertemuan yang dihadiri oleh ulama-ulama besar, di antaranya terdapat nama Syaikh Abdurrahman Ar-Raipuri, Syaikh Khalil Ahmad As-Sharanpuri, dan Syaikh Asyraf Ali At-Tanwi. Waktu itu tiba waktu sholat Asar, mereka meminta Maulana Ilyas untuk mengimami solat tersebut. Ustadz Badrul Hasan salah seorang di antara keluarga besar tersebut berkata, “alangkah panjang dan beratnya kereta api ini, namun alangkah ringan lokomotifnya”, kemudian salah seorang diantara hadirin menjawab,” tetapi lokomotif yang kuat itu justeru keranana ringannya”.

Akibat kematian abangnya, Maulana Muhammad Yahya, pada 9 Ogos 1925, beliau mengalami goncangan batin yang cukup berat. Dua tahun setelah itu, menyusul abangnya yang tertua, Maulana Muhammad. Beliau meninggal di Masjid Nawab Wali, Qassab Pura dan dimakamkan di Nizamuddin. Kematian Maulana Muhammad ini mendapat perhatian dari masyarakat sekitarnya. Beribu orang menziarahi jenazahnya. Setelah dimakamkan orang ramai meminta kepada Maulana Ilyas untuk menggantikan abangnya di Nizamuddin padahal pada waktu itu beliau sedang menjadi salah seorang pengajar di Madrasah Mazhahirul ‘Ulum. Masyarakat bahkan menjanjikan dana bulanan kepada madrasah dengan syarat agar dapat diamalkan seumur hidupnya.

Pada akhirnya, setelah mendapat izin dari Maulana Khalil Ahmad dengan pertimbangan jika tinggalnya di Nizamuddin membawa manfaat maka Maulana Ilyas akan diberi kesempatan untuk berhenti mengajar. Beliau pun akhirnya pergi ke Nizamuddin, ke madarasah warisan ayahnya yang kosong akibat lama tidak dihuni. Dengan semangat mengajar yang tinggi beliaupun akhirnya membuka kembali madrasah tersebut.Kerana semangat yang tinggi untuk memajukan agama, beliaupun mendirikan Maktab di Mewat, tetapi keadaan sekitar dan suasana menyebabkan masyarakatnya lebih menyukai anak-anak mereka pergi ke kebun atau ke sawah daripada ke Madrasah atau Maktab untuk belajar agama, membaca atau menulis. Oleh yang demikian, Maulana Ilyas terpaksa meminta orang Mewat untuk menyiapkan anak-anak mereka untuk belajar dengan pembiayaan yang akan ditanggung oleh Maulana sendiri.

Besarnya pengorbanan Maulana hanya untuk memajukan pendidikan agama bagi masyarakat Mewat tidak mendapatkan perhatian. Bahkan mereka enggan menuntut ilmu, mereka senang hidup dalam keadaan yang sudah mereka jalani selama bertahun-tahun turun temurun. Beliau melihat bahawa kejahilan, kegelapan dan sekularisme yang melanda negerinya sangat berpengaruh terhadap madrasah-madrasah. Para murid tidak mampu menjunjung nilai-nilai agama sebagaimana yang sepatutnya, sehingga gelombang kejahilan semakin melanda bagaikan gelombang lautan yang meluru deras sehingga ratusan mil membawa mereka hanyut. Tetapi, masyarakat tetap masih belum memiliki semangat agama. Kebanyakan mereka tidak begitu berminat untuk mengirimkan anak-anak mereka untuk belajar ilmu di Madrasah. Hal ini disebabkan mereka tidak tahu pentingnya ilmu agama, mereka pun tidak menaruh hormat pada lulusan Madrasah yang telah memberikan penerangan dan dakwah. Orang Mewat pun tidak mahu mendengar apatah lagi untuk mengikutinya. Madrasah-madrasah yang ada itu masih tidak mampu mengubah warna dan gaya hidup masyarakat .

Melihat keadaan Mewat yang sangat jahil itu semakin menambah kerisauan beliau akan keadaan umat Islam terutama masyarakat Mewat. Kunjungan-kunjungan diadakan bahkan madrasah-madrasah banyak didirikan, tetapi hal itu belum dapat mengatasi masalah yang dihadapi masyarakat Mewat.

Dengan izin Allah timbullah keinginannya untuk mengirimkan jama’ah dakwah ke Mewat. Pada tahun 1351 H/1931 M, beliau menunaikan haji yang ketiga ke tanah suci Makkah. Kesempatan tersebut dipergunakannya untuk menemui tokoh-tokoh India yang ada di Arab untuk memperenalkan usaha dakwah dan dengan harapan agar usaha ini dapat terus dijalankan di tanah Arab. Keinginannya yang besar menyebabkan beliau berkesempatan menemui Sultan Ibnu Sa’ud yang menjadi raja tanah Arab untuk mengenalkan usaha mulia yang dibawanya. Selama di tanah Makkah Jama’ah bergerak setiap hari dari pagi sampai petang, usaha dakwah terus dilakukan untuk mengajak orang taat kepada perintah Allah dan menegakkan dakwah.Setelah pulang dari haji tersebut, Maulana mengadakan dua kunjungan ke Mewat, masing-masing disertai jama’ah dengan jumlah yang cukup besar, paling sedikit seratus orang. Bahkan di beberapa tempat jumlah itu semakin meningkat. Kunjungan pertama dilakukan selama satu bulan dan kunjungan ke dua dilakukan hanya beberapa hari saja. Dalam kunjungan tersebut beliau selalu membentuk jama’ah-jama’ah yang dikirimkan ke kampung-kampung untuk berjaulah (berkeliling dari rumah ke rumah) guna menyampaikan pentingnya agama . Beliau sepenuhnya yakin bahwa kejahilan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerosakan.

Adapun satu-satu jalan adalah memujuk orang-orang Mewat agar keluar dari kampung halamannya untuk memperbaiki diri dan belajar agama, serta melatih kebiasaan-kebiasaan yang baik sehingga tumbuh kesadarannya untuk mencintai agama lebih daripada dunia dan mementingkan amal dari mal (harta). Dari Mewat inilah secara beransur-ansur usaha tabligh meluas ke Delhi, United Province, Punjab, Khurja, Aligarh, Agra, Bulandshar, Meerut, Panipat, Sonepat, Karnal, Rohtak dan daerah lainnya. Begitu juga di bandar-bandar pelabuhan banyak jama’ah yang tinggal dan terus bergerak menuju tempat-tempat yang ditujukan sepeti halnya daerah Asia Barat .

Terbentuknya jama’ah ini adalah dengan izin Allah melalui asbab kerisauan Maulana Muhammad Ilyas, menyebarlah jama’ah-jama’ah yang membawa misi berganda yaitu islah diri (perbaikan diri sendiri) dan mendakwahkan kebesaran Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Perkembangan jama’ah ini semakin hari semakin ketara. Banyak jama’ah yang dihantar dari tempat-tempat yang dikunjungi jama’ah pun ada yang kemudian membentuk rombongan jama’ah baru sehingga silaturrahim antara kaum muslimin dengan muslim yang lain dapat terwujud. Gerakan jama’ah tidak hanya tersebar di India tetapi sedikit demi sedikit telah menyebar ke barbagai negara.

Hanya kekuasaan Allah yang dapat memakmurkan dan membesarkan usaha ini.Kerisauan akan keadaan umat semakin bertambah, jama’ah-jama’ah banyak dibentuk dan dihantar ke pelosok jazirah. Sehingga dengan izin Allah usaha ini pun semakin meluas. Maulana Muhammad Ilyas tanpa henti terus memberi dorongan dan arahan ilmu dan pemikirannya untuk menjalankan usaha dakwah ini agar sampai ke seluruh alam. Dalam keadaan umur yang tua, Maulana terus bersemangat hingga tubuhnya yang kurus tidak mampu lagi untuk digerakkan ketika beliau menderita sakit.

Pada hari terakhir dalam sejarah hidupnya Maulana mengirim utusan kepada Syaikhul Hadits Maulana Zakariya, Maulana Abdul Qodir Raipuri, dan Maulana Zafar Ahmad, bahwa beliau akan mengamanahkan kepercayaan sebagai amir jama’ah kepada sahabat-sahabatnya seperti Hafidz Maqbul Hasan, Qozi Dawud, Mulvi Ihtisamul Hasan, Mulvi Muhammad Yusuf, Mulvi Inamul Hasan, Mulvi Sayyid Raza Hasan. Pada saat itu terpilihlah Mulvi Muhammad Yusuf sebagai pengganti Maulana Muhammad Ilyas dalam memimpin usaha dakwah dan tabligh .Pada sekitar bulan Julai 1944 beliau jatuh sakit yang cukup parah, beliau hanya berbaring di tempat tidur dengan ditemani para pembantu dan muridnya. Keadaan tubuhnya yang telah lemah merupakan bukti nyata bahwa beliau bersungguh-sungguh menghabiskan waktu berdakwah Khuruj Fi Sabilillah mengembara dari satu tempat ke tempat lain bersama dengan jama’ah untuk mendakwahkan kebesaran Allah dan kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah.

Pada tanggal 13 Julai 1944, Maulana telah siap untuk menempuh perjalanannya yang terakhir. Beliau bertanya kepada salah seorang yang hadir, “apakah besok hari Khamis?”, yang di sekelilingnya menjawab,”Benar”, kemudian beliau berkata lagi, “Periksalah pakaianku, apakah ada najisnya atau tidak”, yang disekelilingnya berkata bahwa pakaian yang dikenakannya masih dalam keadaan suci. Kemudian beliau turun dari tempat pembaringan, berwudhu dan mengerjakan solat Isyak dengan berjama’ah. Beliau berpesan kepada orang-orang agar memperbanyak zikir dan do’a pada malam itu. Beliau berkata,”Yang ada di sekelilingku ini pada hari ini hendaklah menjadi orang-orang yang dapat membezakan antara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat Allah”.

Pada pukul 12 malam beliau pengsan dan sangat gelisah, doktor segera dipanggil dan ubat pun segera diberikan, kata-kata "Allahu Akbar" terus keluar dari mulutnya ketika malam telah menjelang pagi, beliau mencari anaknya Maulana Muhammad Yusuf dan Maulana Ikromul Hasan. Ketika dipertemukan beliau berkata, "kemarilah kalian, aku ingin memeluk, tidak ada lagi waktu setelah ini, sesungguhnya aku akan pergi”.

Akhirnya Maulana menghembuskan nafas terakhirnya, beliau pulang ke Rahmatullah sebelum azan Shubuh. Seorang pengembara yang amat lelah yang mungkin tidak pernah tidur dengan tenang, kini sampai ke tempat tujuannya. .Beliau tidak banyak meninggalkan karya-karya tulisan tentang kerisauannya akan keadaan umat.

Buah fikiran beliau dicurahkan dalam lembar-lembar kertas surat yang dihimpun oleh Maulana Manzoor Nu’mani dengan judul Aur Un Ki Deeni Dawat yang ditujukan kepada para ulama dan seluruh umat Islam yang mengambil usaha dakwah ini. Karya beliau yang paling nyata adalah beliau telah meninggalkan kerisuaan dan fikir atas umat Islam hari ini serta metod kerja dakwahnya yang atas izin Allah SWT telah menyebar ke seluruh pelosok dunia. Orang-orang yang mengetahui keadaan umat, Insya Allah akan mengambil jalan dakwah ini sebagai penawar dan ubat hatinya, dan akan menjadi sebab hadirnya hidayah bagi dirinya dan orang lain.

Prinsip dan Usaha Membangun Tradisi Dakwah

Dakwah merupakan masalah yang paling penting dalam mengembalikan kejayaan umat Islam. Kesan dakwah pada saat ini tidaklah sepenting yang digariskan, dan seakan sudah tidak ada lagi dalam fikiran orang-orang Islam yang hidup pada zaman ini. Orang-orang Islam mungkin lupa bahwa risalah kenabian dan kerasulan telah ditutup oleh Allah SWT. Sementara agama Islam yang menjadi jalan keselamatan harus sampai kepada generasi terakhir umat manusia yang tidak seorangpun mengetahui bila berakhirnya. Sering diungkapkan dalam riwayat-riwayat tentang penyakit umat-umat nabi terdahulu yang pada saat ini dapat kita lihat sendiri.

Maka menjadi tugas umat Islam sebagai pewaris tugas kenabian untuk mendakwahkan agama Allah SWT hingga generasi terakhir dari peradaban manusia.Dalam pandangan Maulana Muhammad Ilyas dakwah merupakan kewajiban umat Nabi Muhammad saw. Pada prinsipnya setiap orang yang mengaku mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW tentulah memiliki kewajiban mendakwahkan ajarannya, yaitu agar selalu taat kepada Allah dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Menjadikan dakwah sebagai maksud hidup untuk mencapai puncak pengorbanan merupakan tujuan yang harus dicapai setiap individu pendakwah yang mengerti keadaan umat Islam saat ini. Sebagaimana halnya para sahabat nabi yang dalam riwayat banyak dikisahkan tentang pengorbanan mereka terhadap agama Allah SWT, sehingga Allah memberikan kemulian dan kesempurnaan amal agama dan kehidupan yang tidak hanya berfokus pada ibadah semata melainkan mencakupi semua bidang kehidupan berupa politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Pada awal perkembangannya yang sedemikian terbatas, Islam mampu menguasai belahan dunia pada saat itu dengan menundukkan Romawi dan Parsi serta menyebarkan ilmu pengetahuan ke seluruh belahan dunia. Hal ini merupakan bukti tentang besar dan megahnya Islam dengan generasi yang berpegang teguh pada ajarannya. Hal inilah yang dikehendaki Maulana agar dapat diwujudkan kembali di kalangan umat Islam. Maulana menghabiskan masa hidupnya untuk berdakwah, mengajarkan prinsip dakwah yang hakiki yakni bahwa setiap diri yang mengaku sebagai umat Islam mempunyai kewajiban berdakwah, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.

Dalam salah satu suratnya yang ditujukan pada Syaikh Muhammad Zakariya, beliau menulis: "Aku ingin agar fikiran, hari, kekuatan dan waktuku hanya aku gunakan demi cita-citaku ini saja. Bagaimana aku dapat bekerja selain dari kerja dakwah dan tabligh, sedangkan aku melihat ruh Nabi SAW bersedih akibat perilaku buruk umatnya, lemah agama dan aqidah, merosot, dan hina serta tidak adanya kejayaan bahkan telah lama digilas kekufuran". Kerisauan yang mendalam akan keadaan umat inilah yang menyebabkan beliau berkeinginan kuat untuk terus berdakwah mengajak orang taat kepada Allah dan menyampaikan kebesaran Allah dengan manifestasi menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Melalui segala macam usaha yang dilakukan oleh beliau dengan fikiran dan kerisauan akhirnya terbentuklah jama’ah-jama’ah yang berkeinginan mendakwahkan kembali ajaran Nabi Muhammad saw kepada umatnya.Membebankan kewajiban bertabligh (amar ma’ruf nahi munkar) semata-mata pada kalangan ulama adalah sebagai tanda adanya kebodohan pada diri kita. Tugas ulama adalah mengajarkan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar akan pemahaman terhadap agama. Sedangkan memerintahkan berbuat kebajikan di antara khalayak dan mengusahakan supaya mereka menuju jalan yang benar adalah tanggung jawab semua orang Islam . Sementara Dr. Sayyid Muhammad Nuh dalam tulisannya menegaskan: Laju perjalanan umat Islam saat ini jauh tertinggal di belakang, setelah sebelumnya berada di barisan paling depan.

Banyak sebab yang menjadikan kaum muslimin dalam keadaan seperti ini, di antara sebab utama adalah meninggalkan kewajiban dakwah, amar ma’ruf nahi munkar dan jihad fi Sabilillah. Semua ini berangkat dari kesalahan persepsi umat dalam memandang kewajiban ini. Masih banyak yang memahami bahawa dakwah adalah kewajiban ulama saja, terbatas dalam bentuk ceramah, khutbah dan mau’idzhah saja. Sementara itu, sebahagian dari mereka ada yang memahami dakwah ini merupakan kewajiban yang berlaku atas setiap individu muslim, namun mereka melakukannya tanpa disertai pemahan yang baik terhadap manhaj dakwah nabawiyah dan rambu-rambu Al-Qur’an .

Jauh sebelum itu Maulana Muhammad Ilyas telah memikirkan keadaan ini, sehingga keinginannya yang telah bersatu dengan kerisauannya akan keadaan umat Islam yang dilihatnya, membuatnya mencurahkan hidupnya untuk kerja dakwah. Bahkan Maulana Muhammad Ilyas mulai membangun tradisi dakwah yang ia mulai dengan membentuk jama’ah-jama’ah dakwah yang dihantar ke tempat-tempat tertentu, bahkan dipimpin langsung oleh beliau. Dengan tenaga dan kerisauan yang ada beliau berusaha mengenalkan kewajiban dakwah pada umat Islam dan membangun tradisi tersebut agar semua dapat melaksanakan jalan dakwah ini.Membangun tradisi dakwah diantara keadaan umat yang jauh dari agama, seperti di Mewat tidaklah semudah yang dibayangkan.

Dalam keadaan yang penuh dengan kesesatan dan kejahilan masyarakat, Maulana Muhammad Ilyas terpanggil untuk mengajak mereka kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Terlebih lagi masyarakat yang masih kuat memegang syariat agama. Beliau sangat menyadari bahawa Rasulullah bukanlah orang yang mementingkan diri sendiri, beliau selalu memikirkan umatnya, merisaukan keadaan umatnya di kemudian hari. Sehingga dalam riwayat di beritakan bahwa ketika ajal beliau datang, dengan tersekat-sekat masih menyebut umatnya. Fikiran itulah yang selalu muncul dalam benak Maulana, bahwa dakwah hari ini adalah bagaimana mengajak umat kembali kepada jalan Allah dan Rasulnya.Berdasarkan pengalaman dan pemikiran yang panjang, Maulana melihat bahawa para petani Mewat yang miskin tidak mungkin dapat meluangkan waktunya untuk belajar agama, sedangkan mereka masih berada di tengah-tengah lingkungan dengan segala kesibukannya. Bahkan dalam jangka waktu yang pendek yang dapat mereka berikan itu, tidak dapat diharapkan agar mereka dapat memperoleh kesan yang dalam dari ajaran-ajaran agama yang telah mereka peroleh, serta memiliki semangat agama sebagaimana yang diharapkan yang dapat mengubah cara hidup mereka. Sesungguhnya tidak mungkin meminta mereka supaya semuanya untuk ke madrasah. Namun juga tidak tepat berangan-angan bahwa hanya dengan sekadar nasihat dan ceramah akan mengubah kehidupan mereka dari cara-cara jahiliyah kepada cara-cara Islam, baik dalam perangai, tradisi, maupun pola berfikir .

Peranan Maulana Muhammad Ilyas dalam menggerakkan masyarakat Mewat yang jahiliyah itu menyebabkan tumbuhnya suasana agama yang mempengaruhi kehidupan masyarakat. Suasana agama inilah yang diperlukan guna menstimulasi berkembangnya masyarakat yang Islami yang mengikuti kehidupan rasul dan para sahabat. Jama’ah-jama’ah dari masyarakat pun dibentuk untuk dikirim ke beberapa tempat agar dapat memperbaiki diri dalam suasana agama, dengan perbekalan seadanya dan semangat untuk menyebarkan dan mensuasanakan agama. Datangnya Ramadhan dan cahayanya telah menyinari hati manusia, Maulana Ilyas pun meminta para sahabatnya agar menyiapkan jama’ah untuk dikirim ke Kandhla. Padahal mereka tahu bahwa Kandhla merupakan pusat ilmu dan banyak terdapat rohaniawan. Tentu saja mereka berkeberatan untuk menyampaikan seruan agama tersebut. Apalagi jama’ah itu adalah orang-orang yang jahil, sungguh ini merupakan suatu yang aneh. Namun akhirnya terbentuklah jama’ah yang terdiri dari sepuluh orang Mewat yang dipimpin oleh Hafidzh Maqbul Hasan.

Jama’ah ini bertolak dari Delhi menuju ke Kandhla setelah hari raya. Jama’ah mendapatkan sambutan yang menyenangkan .Jama’ah pertama yang dikirim menyebabkan bertambahnya semangat beliau dalam membangun tradisi dakwah di kalangan masyarakat. Daerah-daerah lain pun mulai difikirkannya. Gerak jama’ah sangat penting ertinya bagi upaya mengubah pola hidup masyarakat. Bagaimanapun keadaannya, beliau tetap berharap dapat mengirimkan jama’ah-jama’ah serupa ke berbagai tempat lainnya. Jama’ah kedua dikirim ke Raipur, kemudian mengadakan ijtima’ (berkumpul) di Chatora hingga terbentuk jama’ah lagi hingga dikirim ke Sonepar, Panipat, dan daerah sekitarnya. Begitulah perkembangan yang terjadi di daerah Mewat dan sekitarnya.Beliau sepenuhnya meyakini bahwa kejahilan, kelalaian serta hilangnya semangat agama dan jiwa keislaman itulah yang menjadi sumber kerosakan. Adapun satu-satunya jalan keluar adalah memujuk orang-orang Mewat supaya keluar (dari kampung halamannya) guna memperbaiki diri, belajar agama, dan melatih kebiasaan yang baik hingga tumbuh kesadarannya untuk lebih mencintai agama daripada dunia, dan mementingkan amal daripada mal (harta) .

Maulana bercita-cita mewujudkan satu generasi yang benar-benar mau berkorban untuk agama, seperti berkorbannya para sahabat dahulu. Jika sehari-hari mereka berkorban waktu, harta, dan diri mereka untuk keduniaan, maka mereka pun harus berusaha untuk berkorban dengan diri, harta dan waktu mereka untuk agama. Menjadi hal yang biasa bahawa segala sesuatu yang diperoleh melalui pengorbanan akan sangat dicintai.Lambat laun suasana di Mewat semakin berubah. Bahkan perubahan tersebut makin tampak pada cara hidup dan tradisi mereka. Mewat menjadi tanah gembur dan subur yang apabila tanaman dakwah Islamiyah dan pengajaran hukum-hukum agama ditanamkan akan tumbuh, berkembang dan berbuah di tempat tersebut . Perkembangan yang terjadi di Mewat adalah perkembangan yang mengesankan, Mewat yang pada mulanya dilingkupi jahiliyah kini telah berubah menjadi pusat dakwah dan siar agama. Usaha Maulana Muhammad Ilyas yang pertama adalah menanamkan iman dan keyakinan yang benar terhadap Allah SWT dengan cara yang telah dicontohkan Rasulullah SAW. Kemudian beliau menyampaikan keutamaan-keutamaan beramal dan kerugian meninggalkannya serta mengajak umat Islam untuk berkorban, meletakkan diri, harta dan waktunya di jalan Allah.

Sampai akhir hayatnya beliau tetap mencurahkan perhatiannya pada usaha dakwah ini. Bahkan setelah berkembang di India, usaha dakwah ini berkembang ke seluruh dunia. Hingga saat ini negara-negara di beberapa berlahan benua telah memiliki amal jama’ah dakwah. Mereka terus bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengajak manusia kembali kepada tugas utama sebagai hamba Allah yang sudah seharusnya mengabdikan diri dengan segenap jiwa dan raga serta sebagai umat Nabi yang terakhir Muhammad saw yang mempunyai tugas dakwah beramar ma’ruf nahi munkar.

[1]Riwayat Hidup maulana Muhammad Ilyas diambil dari buku karangan Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, (1999), Riwayat Hidup Dan Usaha Dakwah Maulana Muhammad Ilyas, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 5-18
[2]lihat, H.A. Hafizh Dasuki (et al), (1993), Ensiklopedi Islam Vol. S1-1, Jakarta: Ichtiar Baru Van Hoeve, hlm. 266
[3]Kutubus Sittah berarti kitab yang enam yaitu kitab-kitab hadits yang telah dijadikan standard para ulama dan kaum muslimin untuk menjadi hujjah bagi persoalan-persoalan agama diantaranya adalah Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasa’i, dan Sunan Ibnu Majjah.
[4]Infiradi berasal dari kata faroda yang dalam bahasa arab berarti sendiri, yang dimaksudkan adalah beramal secara sendiri atau tidak berjama’ah
[5]Sayyid Abul Hasan Ali Nadwi, op. cit., hlm. 14
[6]Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadwi, op. cit., hlm. 39-40
[7]Ibid, hlm. 43-44
[8]Tutus Hendrato, op. cit., hlm. 22-23
[9]Ibid, hlm. 24
[10]Sayyid Abul hasan Ali- Nadwi, op. cit., hlm. 127-128
[11]Ibid, hlm. 145
[12]Maulana Ihtisamul Hasan Kandhalawi, (1998), Keruntuhan Umat Islam Dan Cara Mengatasinya, Yogyakarta: Ash-Shaff, hlm. 23
[13]Sayyid Muhammad Nuh, (1996), Dakwah Fardiyah, Dalam Manhaj Amal Islami, Solo: Citra Islami Press, hlm. 9
[14]Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, loc. cit., hlm 44
[15]Ibid, hlm. 47
[16] Sayyid Abul Hasan Ali-Nadwi, op. cit., 45-46
[17]Ibid, hlm. 51